Friday, December 30, 2016

Sembangs study and my anak buah photos

Previous entry kata nak letak gambar Hana Zulaikha soon. Tapi tak masukkan pun dan Hana dah nak masuk tiga bulan dah pun. Hihi I’m sorrryyyyy. Busy sangat final semester ni. Sem depan dah start practical and yaahh degree is done. Tak sabar nak habis and at the same time takut rindu university life. Ramai yang dah kerja cakap, study lagi best. Study memang best, yang tak best tuuuu, test, assignment, presentation and final examination. Haa tu semua tak best. And satu lagi, nak hadap perangai orang yang pelik and kadang kadang kita sendiri fedup nak faham. Pergi kelas je best, itu pun bukan kelas pukul lapan hihi

Pejam celik tahun depan dah 24 tahun dah. Times go marathon. Dia tak fast dah. Dia marathon teruih. Dah tak tunggu hengko dah oih. Sepatutnya aku dah habis belajar time ni. Tapi disebabkan delay kejap waktu diplome nak masuk degree tu. dengan tukar kos. Haaa rugi setahun jugak la. Pada adik adik yang baru habis spm tu, kalau dapat offer matrikulasi atau diploma. Please go for matric. Jimat masa. Tak macam hakak, tua tua kena belajor lagi. Tapi kena struggle sikit la kat matric tu, janji dapat sambung degree. At first aku tak dapat pun matric, masuk uitm, tapi still buat rayuan matric tu. Bila dah dua minggu kat uitm barulah dapat offer dari matric. Waktu tu macam alahhh malas la. Lebih kurang je pun habisnya nanti. Tengok sekarang haaa, lebih banyak. Ramai kawan yang dah grad. So marilah kita berhuhuhu. Tapi takpe, ni jalan yang Dia dah tentukan untuk aku. Ni yang terbaik.

Mana gambar Hana ni? Kejaappp, aku tak habis borak lagi ni. Walaupun takde orang baca. Jom berhuhuhu lagi sekali. Sekarang study week. Nama jela study week, tapi apa yang kita buat? Movie week, khatam cerita mana yang tak habis tengok lagi. Tido week, qado tido mana yang tak cukup sebab berjaga buat assignment. Lagi dua hari nak exam baru bukak buku. Lepas tu menyesal. Haaa rotate dari first semester sampai final semester. Jangan macam tu ye adik adik. Jangan! Diploma dulu aku memang main teruksss punya. Pergi final exam tanpa ilmu yang cukup di dada. Study mana yang sempat and main banyak. Sebab tu result tak flying colour walaupun above 3 pointer.

Final sem ni ada lima paper. Kena study lebih, make sure semua paper lepas. Kalau tak delay lagi lah nak habiskan degree ni. Cukup cukup lah tu kan delay. Nak kerja pulak. Cari duet sikit. Kawin. Ramai dah kengkawan dah kawin, dah ada anak. Kita ni ada anak tekak jee. Tambah hujung tahun ni, memang tak berapa nak berasap la dapur rumah. Asyik kenduri je. Baru ni geng waktu kecik pun dah kawin, cepat jodoh dia. Cepat jodoh dia takpe. Yang serabut bila mak dok sibuk tanya pasal calon. Haaa haruu. Siap nak carikan calon. Sabor jela. Doakan aku yaaa. Semoga Marliza dapat first class degree. Semoga Marliza dapat practical dekat Bank Rakyat. Amin~


Itu je kot untuk entry kali ni. Alhamdulillah kakak dah sihat. Hana bertambah sihat. Waktu mula mula tengok dulu haluih ja dia. Nak pegang pun seriau. Sekarang haaa hamik kau. Debab kemain dah dia. Hari hari makngah doakan Hana. Bagi Hana besar dengan sihat, cantik dan bijak. I miss you, Hana Zulaikha.




Ni gambar waktu photoshoot. Kemain Hana, kecik kemetot dah siap photoshoot hihi. Waktu ni haluih lagi. Sekarang dah debab. Gambar sekarang tak dapat nak letak sebab my laptop ada virus and tak boleh nak transfer gambor dari phone. Karang jahanam laptop dengan phone sekali harung. Maybe on next entry bila aku dah format my laptop. Next entry taktau bila. Kbye~


Sunday, September 18, 2016

Welcome to the family, Hana Zulaikha.

Lengkap sekeluarga bila ada cuti panjang. Aku dari Arau, adik aku si Marini dari Jengka, adik aku si Eton dari SBP semua balik rumah. Raya haji oi. Susah nak berkumpul bila masing masing dah besar ni. Kakak pulak dah kawin. Nak jadi ibu dah pun. Raya first dekat rumah je, walaupun tak ramai yang ada tapi mak masak meriah. Jiran tetangga yang tak balik raya datang makan dekat rumah kami. Rendang, lemang, laksa, dessert lima jenis. Dessert aku yang buat. Semangat betul kan. Trifle, cheese kek, kek coklat berhantu, cheese layer dengan kek marble. Ada jiran yang datang makan dessert je. Sebab rumah dia pun buat laksa. Aireen dengan adik dia pun ada datang.

Raya kedua semua dh start kerja. Mak pun kerja. Babysit budak. So kamilah yang kena babysit mereka mereka ni. Tapi bukan baby dah pun. Dah 4 tahun, 7 tahun. Baru je pun mak jaga diorang. Anak pegawai yang baru pindah dari Pahang Ogos lepas. Baru sebulan lebih. Awal awal rasa lain macam sebab jaga budak yang dah besar. Sebelum ni mak jaga anak orang yang dari baby. Tiga orang mak jaga. Emak yang sama. Tapi sekarang seorang je yang still mak jaga, yang lain dah ke tempat lain. Sebab apa? Dah. Malas buka aib orang. Total tiga orang la mak jaga sekarang. Seorang yang lama, dua lagi baru. Alhamdulillah masing masing dengar cakap, takdela mak pening.

Raya kedua mak buat nasik goreng. Dua jenis, nasik goreng orang tua dengan nasik goreng budak budak. Nasik goreng budak budak tu nasik goreng cina. Nasik goreng orang tua pulak nasik goreng kampong. Mak tak masak banyak sebab nak habiskan rendang semalam dengan laksa. Kakak datang pukul 11 macam tu. Dia baru balik dari klinik. Dia nak makan nasik goreng dengan keropok. Pelik. Sejak bila dia makan nasik goreng dengan keropok. Mak cakap kalau yang pelik selalunya bukan dia nak, baby dia. Ohhh cenggitu eh mak.

Malam tu sembang sembang dengan mak, nak bawak apa esok majlis korban pulapen. Nak buat kek tak cukup bahan, nak buat pudding dah ada orang buat. Dok berbincang tiba tiba  abang ipar call mak. Dia cakap kakak kena tahan wad. Semua dah risau. Kakak muntah muntah malam tu, tu yang ilun (abang ipar) bawak pergi hospital terus. Tak sangka kena tahan wad. Kami semua risau, sambil mulut cakap benda benda positif. Takpela, nurse bagi masuk air kot esok dia balik la balik. Dia penah cek ada masalah kencing kotor. Kami ingat benda benda macam tu jela. Tak lama lepas tu mak dapat whatsapp dari ilun, yang doctor nak operate kakak malam tu jugak. Ya Allah, betul ke apa aku dengar ni. Aku tengah makan terus stop. Air mata dah turun laju. Mak pun sama. Due date dia lagi 6 minggu. Anak pun kecik lagi.

Mak ayah terus siap pergi hospital. Mak suruh kami stay kat rumah, baca yassin dan doakan kakak. Tak habis aku makan. Terus baca yassin dengan Eton, dengan air mata laju. Teringat siang tadi elok je dia makan nasik goreng dekat atas sofa. Ya Allah, hanya keajaibanMu yang dapat membantu kakak aku ketika ini. Tak lama lepas tu ayah whatsapp yang dah selamat bersalin, tapi kakak  tak sedar lagi. Tak henti henti doa waktu ni, Ya Allah, lindungilah kakak aku ya Allah. Benda tu je berulang ulang sebut dekat mulut. Waktu tu dalam pukul 11 malam. Lama sikit ayah whatsapp lagi, cakap kakak tersedak ubat bius, acid masuk dalam darah. Dugaan demi dugaan. Aku syak tu mesti salah doctor atau nurse yang in-charge. Masuk air lah kakak lagi sejam untuk stabilkan balik. Doctor cakap, acid tu boleh sebabkan koma. Luruh jantung bila tahu. Kakak, please kuat, lawan semua tu. Malam tu memang malam yang paling aku taknak  berulang dalam hidup aku. Satu satunya kakak aku tengah pertarungkan nyawa. Pukul 1 lebih barulah semuanya stabil. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Mak ayah sampai rumah dalam pukul 2 pagi. Bawak uri. First time aku tengok uri. Aku tengok ayah basuh. Sebelum tu letak garam, asam jawa, limau. Basuh sampai keluar semua darah. Lama jugak nak hilang semua darah tu. Dah siap basuh ikat dalam kain. Terus menyangkul dan tanam. Baca la selawat selawat sikit. Aku cakap kat mak, kalau ada yang tengok mesti ingat apa lah keluarga tu dok menyangkul, dah nak dekat pukul 3 pagi. Kalau nak simpan esok berbau pulak nanti mak kata. Pukul 3 baru kami sekeluarga tidur.

Esok pagi siap siap barang buat kerabu megi siam. Nak hantar untuk majlis korban pulapen. Tak sempat siap buat mak dapat call dari ilun. Kakak masuk icu. Mak dah air mata laju. Terus panggil ayah nak ke hospital. Aku dah menangis mengadap tingkap. Ya Allah, beratnya rasa dekat dada aku ini ya Allah. Kau lindungilah kakak aku ya Allah. Siapkan buat kerabu. Terus hantar kat rumah jiran suruh dia bawak ke sana. Kami adik beradik tak pergi. Nak ke hospital tak boleh. Sebab nak kena jaga budak dua orang tu. Mak ingatkan suruh baca yassin, kepala kakak kena scan kejap lagi. Tak henti henti doa, nak kakak selamat. Harap sangat takde apa apa.

Tengahari nak ke petang tu mak ayah balik. Mak cerita, kakak kena masuk icu sebab doctor nampak dia nak tarik sawan. Dia macam tak sedar sangat. Ayah cakap,’Kakak, ayah ni. Kenal tak? Ayah ni kakak’. Dia angguk je. Mak ayah masing masing belakangkan katil. Layan perasan masing masing. Beratnya dugaan ni ya Allah. Aku yang dengar cerita mak ni pun menangis on the spot. Lepas asar semua siap nak tengok kakak dekat hospital. Budak budak tu ibu diorang dah amik. Aku pesan dekat diri sendiri. Jangan nangis depan dia. Please kuat walaupun sekejap. Aku taknak dia lagi sedih kalau tengok orang sekeliling dia sedih.

Mak dengan eton masuk dulu. Aku ayah marini tunggu kat luar. lepas eton keluar baru aku masuk. Icu boleh masuk dua orang je dalam satu masa. Masuk tu aku dah rasa sebak dah. Masuk bilik tengok mak tengah bersembang dengan nurse. Aku pergi kat katil tengok dia tidur. Mak cakap pg la sembang dengan kakak, dia dok lali lagi tu. sedih aku tengok keadaan dia. Bermacam macam wayar dekat tangan dia. Muka dia sembab je. Air mata aku dah nak turun tapi aku tahan. Aku sembang sembang dengan dia. Macam macam benda. Bagi dia relax. Kadang suara aku tersekat, sebab cuba nk tahan nangis. Aku buat buat tengok laci dia sebab nak lap air mata. Nasib katil tu tinggi. Dia tak perasan. Dia tanya dia ada cakap merapu ke tadi? Kot mak ayah ada cerita. Cakap takde pun. Dia diam. Dia cakap boring. Nak balik. Kakak mana penah kena tahan wad sebab sakit sebelum ni. Icu pulak tak boleh ada handphone, mati kutu dia dalam tu. Tapi nurse kat situ baik baik. Waktu melawat sampai pukul 7 je.

Esok tu ilun bagitau kakak dah transfer ke wad hdu. Alhamdulillah. Dengar icu rasa seriau sangat. Wad hdu ni still dalam pantauan la sebelum masuk wad biasa. Wad ni ok sikit sebab boleh masuk ramai. Tak payah nak tunggu turn. Baby still dalam wad baby sebab underweight. Cepat sihat tau baby. Tak sabar nak jumpa awak sayang. Tapi lagi sedih sebab kakak pun tak jumpa baby dia lagi. Lepas asar pergi melawat. Kali ni jiran jiran dari pulapen turun padang. Ok la sikit tengok dia dari kat icu haritu. Tangan pun dah takde wayar wayar pelik. Dia pun dah boleh gelak gelak. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Seronok tengok dia macam tu, walaupun tak fully recover.

Hari jumaat sedara mara dari kedah pulak datang. Pergi melawat tengah hari tu. Mak bawak nasik, ikan salmon grill, sayur sawi. Special untuk ibu berpantang. Kakak dah makin sihat. Syukur sangat. Petang saudara dari ipoh pulak datang. Kali ni tak pergi dah. Pergi aeon betulkan spec marini yang tercabut lens sebelah. Macam2 tau budak ni. Haihhh. Esoknya dah nak ke Arau. Mak, ayah, eton nak ke Jengka hantar marini. Semua kembali ke sarang. Cuti dah habis oi. Tak dapat nak jumpa baby lagi. Lagi dua minggu makngah balik jumpa awak ye sayang, Hana Zulaikha. Semoga mama dan hana sama sama cepat sihat. Amin. Gambar Hana will be on next entry soon. 





Portfolio of boyfriends

Hai semua. Long time no cerita kan. So harini I nak borak sikit dengan engkorang semua. This semester ialah final semester before industrial training. Rojak habis bahasa melayu campur english marliza buat. Semester ni enam subjek. Semua nya agak tough, 4 credit hours. Semester lepas jangan tanya apa apa, jatuh tergolek resultnya. Tak tahulah sebab apa. Semester ni kena kejar balik lah cgpa bagi cgpa cun cun before grad. In sha Allah dengan izin-Nya.

Minggu depan raya haji, cuti seminggu. Bayangkan. Baru masuk seminggu dah cuti balik lagi seminggu. Tapi ada je yang tak balik kampus lagi. Sebab seminggu je kan. Seminggu ni pun pengenalan je. Pengenalan pun ada jugak lecturer yang mengamuk sebab student tak balik lagi dari cuti sem. Nasib aku datang jugak walaupun sekejap. Masalahnya tak beli tiket siap siap haritu. Bukan aku je, classmates semua ada masalah sama. Bila pergi tanya hari isnin haritu semua tiket kamis jumaat sabtu ahad dah sold out. Khamis pagi je ada. Daripada balik kamis pagi, baik balik rabu malam tu kan. Rasa macam pergi kem pulak, tiga hari dah balik rumah. Tengok, dah taip panjang panjang still tak masuk main point. Mari kita berhuhuhu

Tahu tak portfolio tu apa? Portfolio dari segi investment macam sekumpulan asset dari pelbagai jenis ciri ciri yang dikumpulkan untuk mengurangkan risiko. Faham tak? Mesti tak faham kan. Okay, kita bagi situasi. Lain investment, lain risk and return. Kalau kita buat investment. Kita tumpu dekat satu investment, mungkin kita akan hadapi risk yang tinggi. So kita kena pelbagaikan la investment kita tu.  Lecturer subject portfolio ni nama dia Jaaffar, tapi student panggil sir Jeff. Dia kelakor gler. Dia cakap,  I nak you praktikkan apa yang u semua belajar dalam kelas portfolio ni. I nak semua ada lebih dari seorang boyfriend/girlfriend. Ada boyfriend dan girlfriend ni jugak merupakan investment. By end of this semester I akan tanya setiap seorang, jumlah boyfriends/girlfriends terkini. He said.


Contoh aplikasikan senang je. Cari boyfriends yang berbeza ciri ciri. Seorang mungkin kuat makan. Seorang mungkin kaya. Seorang mungkin rajin study. Seorang lagi mungkin kuat berjalan. So kalau kita lapar, haa call terus yang kuat makan tu. Kalau nak dekat exam, call yang rajin study tu. Kalau nak release tension sikit, nak jalan jalan, haaa call yang kuat berjalan tu. Last sekali, kalau duet takde haa call yang kaya tu. Giler nak ada lebih dari seorang. Seorang pun rasa macam nak give up dah. Mari kita berhuhuhu. Lagi. Itu je kbyeeee~


Close