Tuesday, November 27, 2012

: where is my helmet ? :

hellooo, hai, and heyyy ! nak taip ke tidak, nak taip ke tidak. padahal tengah taip.--' actually nak taip semalam tapi tenaga tak cukup nak menari-narikan jari atas keyboard. mana tak nyaaa, merempit dalam hujan sepoi-sepoi bahasa renyai-renyai, tak renyai jugak laaa and without helmet. ok, ini cerita past year tense. semalam lepaking dengan farah kejap. and semalam jugak laah benda yang merapu meraban berlaku. rasa macam , 'weh, apasal dengan aku hari ni. pffttt.' adakah disebab kan keluar rumah tanpa restu mak bapak. tak jugak sebab aku dah bagitau mak aku lah. kalau duduk uni yee aku tak bagitau, ngeh3. --'

waktu kat sanaa, kami hanya sempat makan plus tengok wayang. yang laen nyaaa sembang, sembang dan sembang. haaa, hamek kau. lamaa tak jumpaa kan. lama laa sangat. kalau dah habis diploma nanti aku tak  taw laa bila lagi nak jumpa kawan-kawan, lainlah kalau satu uni lagi waktu degree. oke stop, jauh lagi benda tu semua. ;) sekarang hanya cerita pasai #helmet. kasik hashtag sikit. hewhew.

dalam pukui enam. aku terus jalan lelaju pergi kat tempat aku letak moto and waktu tu hujan dah seghiaat sikit. and pergi je kat moto aku tengok helmet aku tak dak. aku cari-cari jugak kat area situ. tapi tak jumpaa. waktu tu dalam kepala aku nak rembat helmet orang, *jahat tak aku, tapi macam tak baek pulak. then aku just start motor and balek tak pakai helmet. dah la hujan. pedih bijik mato den. waktu kat jalan tu semua orang macam ushaaa pelik aku.

sedih giilaa, helmet tu baru lagi wehh, waaajaq betoi sapa yang curi, bukannya aku letak free-free atas moto, aku kunci dekat seat kot. sampai rumah aku terus bgtaw parent ak, and depa tanyaa habeh tu aku balek tak pakai helmet ke? aku cakap laa tak. and terpikir nak ambek orang laen punyaa. parents aku tanya lagi kalau ada polis guano? aku cakap jelaa yang helmet aku kena curik, boleh pulak cenggitu? hahaha. rasa ringan je kepala tak pakai helmet, tapi tangan aku lagi ringan kalau dapat si perembat busuk tuuu. tapi salah aku jugak letak lama-lama. konpom orang aim. hahaha, kbai~ helmet oh helmet.

macam tak seri pulak post tak dak gambar, letak gambar abang handsome saya. ngeh3. aeril zafrel <3 ~



Wednesday, November 14, 2012

: si kuning :

cepat betol masa berlalu sekarang nie, pejam celik pejam celik, dah tinggal berapa hari lagi jee cuti tinggal. semester nie cuti kejap, so memang rasa lain macam laju nyaa. tapi duduk rumah sekarang pon dah mati akai, tak tau nak buat apa, selain tengok tb and online. ok, stop intro. ekceli nak cerita pasal binatang sekoq nie. binatang ke aku pon tak pasti. bentuk bulat, kaler kuning, jambul ciput tengah kepala. mesti semua penah chat dengan dia lepastu senyum sesorang. tak pasti laa senyum ke tak. ke aku je yang senyum, ntah. ini laa perbualan yang berjaya direkodkan. perbualan? err ==" bosan punya pasal.



aku dah tak taw nak tanya benda kuning nie apa, so aku taip laa nama aku, alaaa macam orang zaman sekarang nie buat, lepas tu print screen dekat fb. kaan3? cheq nak jugak. awww. okee, merujuk kepada rajah di atas, benda kuning nie cakap aku comel and pandai. tu memang dah betoi dah. perasan -,- tapi persoalan nya sekarang siapakah aiman othaman tu? tak pernah aku kenal orang nama aiman. yang aku kenal pong aiman hakim redza. ok. ayat bajet retis. kenapa aiman, kenapa tak ammar masterchef? sekarang nie aku sesangat lah admire ammar. nampak tak perigi carik timba kat situ. tapi aku seronok sesorang jelaa. sedih je bunyi dy kann. wuwuwu~ nak tau sape jodoh aku? taraaaa~ 


sila jangan jeles, mesti buat mukaa je kaan. lepas tu rasa macam euuuww, annoying gilaa. hahaha. saja nak tayang. yang minat KPOP macam aku, mesti laa kenal kaan. yang tak kenal. niee haa jodoh aku. jangan risau, aku tak akan sia-siakan kau sayang, aww awww ~ :D

antara yang handsome dari group Super Junior, Lee Donghae <3
*saja nak besaqkan, ngeee~
memang bagi aku berangan lebih laa benda kuning niee. haih. okee laaa. bubyee. namo baru den, 'ammarliza', sedap taak? niee dah kes parah niee. errr ==" bye again :*


Friday, November 9, 2012

: surat cinta dari UiTM :

nak taip ke tak, nak taip ke tak. tu yang bermain dekat kepala aku tadi. tengok jam rasa macam sempat lagi nak taip. bukan nak kemana pun. sebab satgi nak pergi tengok tb jee. heeee :) aku memang akan bajet masa nak hadap PC or lappy. sebab nanti tak sempat aku nak tengok tb. duduk rumah kena laa guna masa hadap tb kann. and aku paling malaih and tak suka tengok cerita separuh jalan. tak best, tak best. lepas tu nak tanya orang kiri kanan pasal jalan cerita. memang tak laaa kaaan. 

ok. back to the tajuk, semua uitm student mesti dapat kann surat cinta dari uitm dihatiku pagi tadi. aku tak taw laa dy sent bilaa email tu. tapi bangun-bangun pagi tadi aku terus on computer. terus on, ok. dengan rambut serabai, gigi tak gosok. mata pon bukak sikit-sikit sebab cahaya pagi yang mengejutkan mata. terus bukak yahoo. kalau tak, selalunyaa  fb and twitter laa yang aku akan klik dulu. hee e:) bukak inbox and nama 'uitm.edu.apantah' tertera kat atas sekali. baca bismillah sekali and taraaaa.

macam tak malu je kaan, tayang result yang tak seberapa nie =='
tengok laa, tengok laaa. result yang cukup-cukup makan jee. koko pon aku dapat B+ kot, see NO4, HBU134 tuu, macam mana laaa boleh kantoi. dah dua sem dapat A kot. bukan nak riak pong, just koko senang dapat A. and aku yakin sangat aku dpt B+ sebab aku ponteng waktu last-last tu. dalam 3, 4 kali jugak laa. wuwuwu~ habeh buruk result den. MAF220 aku bersyukur je dapat B sebab aku bajet aku repeat sebab soalan dy time tu buat aku rasa nak maki-maki. yang laen-laen tu no komen. GPA aku teruk kan, ekceli nie result tinggi antara tiga-tiga semester. but, aku rasa kali nie aku usaha laa jugak dr sem-sem sebelum nie. ntah laa. just alhamdulillah. and just be nice to lecturer next semester. hahaha. kenapa? nothing. lalalala~  bubye.



Tuesday, November 6, 2012

: raya haji dan kedah :

nak tidoq tapi rasa macam awai lagi. awai ka? dah pukui 1 lebih nak kat-kat pukui dua dah haih. petang tat sat tidoq lama dah, so malam nie nak berjaga sat. rasa macam bukan malam nie ja aku berjaga. okeee, sambung pasai raya haji dan kedah. ekceli aku nie beranak kat kedah. tapi dok dan membesaq kat perak. walaupon membesaq kat perak tapi tak dak pulak aku pandai cakap perok mengkome-mengkome bagai. air jadi ayor. and kerja jadi koje. sebab aku duduk perak area taiping. taiping area kat-kat utagha jugak. dari kecik sampai form 5 aku guna aku-hang jaa kalau bersembang dengan orang. sampai sekarang aku tak biasa lagi guna ko, kau, engkau, semua tu. tak tau laaa bilaa I nak belajar cakap bandar, U.

selalunya kalau raya haji aku jarang balek kampung. sebab dekat area rumah aku ada sambut jugak. meriah pulak tu. but raya kali nie kurang dapat sambutan. ramai yang balek kampung. and yang ada pon sembelih kambing. *info: area rumah aku dipenuhi dengan kakitangan kerajaan awam. sebab aku duduk dalam quarters penjara.* waktu kecik-kecik dulu aku lah orang paling semangat mandi awai-awai pagi raya sebab nak pi tengok orang sembelih lembu. takot terlepas scene percikan darah lembu gamaknya. siap pergi ketuk rumah kawan-kawan ajak tengok sekali. lepas tu duduk depan-depan lagi. sebab nak tengok live gitu. punya laaa semangat. tapi sekarang dah lama jugak laaa aku tak tengok acara ni. aku jadi takot. padahal dulu aku suka tengok darah ngan benda-benda macam tu. sekarang lemah den kalau nak tengok. pasai paa pon tak tau. -,-

with lovely youngest sister yang kecik tapi garang, heee. at rumah pak ngah.


on the way nak pi kedah ghitu jem, dalam lima jem jugak baru sampai. jem malam oke lagi, jem tengahari rembang waktu nak balek perak yang aku tak boleh nak terima. mai aaaii, macam joging dalam kereta pulak. berpeluh gilaaa, nak tidoq pon tak lena. *info: aku memang suka tido dalam keta kalau lebih setengah jam duduk dalam tu.* tapi meriah sesangat laaa first day raya haji tuu, sebab budak-budak area situ datang mintak duet raya macam raya puasa. adat laa tu, dulu kecik-kecik aku dengan sepupu-sepupu yang laen pon pi ketuk rumah mintak duet raya. bila poket dah berat dengan syiling baru laa balek rumah, sebab tak larat nak hangkot. lepas tu siap ada kueh raya, ketupat  plus rendang bagai. kenyang perot den pagi-pagi tu. esok nye rumah pak ngah pulak ada open house. pergi melantak lagi. kerja makan jela kalau raya.

okeee, sesi tayang gambaq, sebonau-bonaunyaa tak amek sangat pong gambaq pagi raya tuu. niee tayang gambaq waktu jenjalan dekat kampung. awesome and awesome. jalan tepi pantai lepaih pekena roti teloq sebijik plus teh ais, minum ais pepagi. ==' 


ayah the handsome hero and kakak si pisang dekat tepi pantai pagi-pagi. mak tak join sebab sibuk nak masak. kedah kampung mak, so she prefer to spend her time in the house maybe.

aku dan marini. dia tak bagi aku letak gambaq nie ekceli tapi cantek jelaa marini oi. heee. orang selalu cakap muka kami sama, maybe ada sikit, tapi pak ngah memang konpius gila ngan kami. dia tak leh beza. hahaha ;p

kakak ngan eton. diorang punya muka pong sama. tapi kalau sapa tak leh beza memang nak kena laaa. sebab muka and cara diorang maybe sama. tapi saiz beza laa. bukan kakak besaq or gemok, just eton kecik lagi. heee :D
kalau kami kat kedah, memang kami akan ajak ayah pergi jalan. and selalunya pergi TESCO Mergong ngan mee ABBAS. tu jee tempat yang selalu pergi but still tak ingat sangat jalan. jalan ke TESCO laa yang selalu lupaaa. haaaihhh. gambaq kat food court. lepas balik makan-makan dekat rumah pak ngah. mak tak join lagi sebab pergi perlis dengan pak tam. you always in our heart, don't worry :)

ayah dengan eton. ayah maybe nampak serious. but actually he's really kind and understanding. dulu ayah garang, tapi kalau ayah tak garang kita tak jadi orang taw. the only hero in our family. :*

kami yang opposite ayah dengan eton. minum sampai kembung. :)
thats all. LOTS OF LOVE ~


Close