Sunday, March 10, 2013

Dinner


Seperti yang dijanjikan, entry dinner kini akan aku usulkan. Ayat yang semakin power hari demi hari. Hihi. Actually minggu ni i busy gila tau , tapi i cari jugak masa nak tapi benda ni. Cerita panas kena update panas panas kan. Kalau dah lama lama, jadi cerita sejuk . Tak best. Apa yang panas pasal dinner tu pun aku tak tau. Hahaha *ayat bajet kontrobasi*

Ok tak intro aku kali ni? Hihi *tunduk muka*.Cerita ni ada ada relate dengan entry sebelum ni, so sila tekan older post kalau tak faham, kalau tak faham lagi boleh tanya. Perlu ke nak faham cerita ni? Errrr, tak perlu, tak ada kena mengena dengan final pun. Ok, continue cerita yang agak suam suam kuku ni.

Lepas aku balik dari GM beli tudung dinner terus try try dekat baju, match ke tak. Padahal baju aku kaler grey je pun, konfom match. Hihi. Farah sibuk make up syiren, aku diarahkan untuk mandi sebab dia nak make up aku pulak lepas tu, tanpa melawan aku turutkan. Lepas aku, noren pulak. Agak menjadi jugak make up nye lepas beberapa kali tengok video kat Youtube. Hihi.

Cerita yang semakin sejuk, sebab aku baru nak update cerita minggu lepas, ahhh sejuknya cerita ni. Bagi mereka yang tak tahan dengan kesejukan ini boleh  beredar. Dah berapa kali ntah aku draf kan enty ni. Terok bebenor busynyee. Kann. Dengan presentation, quiz, assignment. Tak menang tangan tau. Minggu ni penuh dengan test pulak. Lagi dua minggu je kuliah, seminggu study week then finale. Kecut perut je rasa cakap pasal final, hadoi, wish me luck !

 Actually, macam macam jadi sepanjang malam tu, kitorang sampai lambat sebab silap bajet masa, dengan silap jalan, dengan farah jadi emcee. Memang riuh gila on the way nak sampai Hotel Tower Regency. Memang gila ! Sori, I tak banyak masa ni, banyak benda kena settle ni, so tibalah sesi tayangan gambar.  Hihi J

The event, grand tak? Bollywood tuuu.
Kesayangan saya, semua cantik !
Namaste hey!

With syiren, yang kanan sekali, naik kereta dia lah malam tuu. 

From the left, farah, mia, aku and noren. Sila rank. Hihi

With aisam, muka garang tapi still sopan, kan kan? *muntah*

Tadi kesayangan kan, sekarang manja manja saya. Eh, manja tu nickname noren. Hihi

Bertali di kepala, trademark kami. Mohon jangan jelly.

Tengah tu mata tipu, jangan tertipu. Hihi *macam pantun*

With classmates kesayangan. Semua cantik cantik, tetiba terbuat muka ganas. Hee *peace*

With some classmates, and noren yang tinggi lampai. Ketinggian palsu. Hahaha
Ada orang tu cakap, orang tu la cakap kan, malam dinner tu muka aku ada dua pesyen je, satu muka ganas and satu lagi muka gatai. Jahat kan orang tu. Prefer yang mana? Hahaha   *orang tu noren*

Banyak sesangat lagi gambar sebenarnya, tapi takut ada yang termuntah pulak nanti. Semua ni guna camera mia, cantek je kan. Dengan power of make up, power of camera, nampak berseri seri sikit kami semua. Ayat mintak kaki. Make up by farah, dia make up ok, tak tebal sangat. Tapi ada yang ingat kami make up dekat kedai, farah sila bukak business. Ok lah, nak sambung buat slide presentation *busy busy* #KBYE


Sunday, March 3, 2013

Perantau



Sedih dengan pemergian nyet tak habis lagi, rasa macam tak percaya pulak yang bila balik rumah nanti tak dapat nak main main dengan dia, tidurkan dia atas riba, kendong dia keliling rumah macam selalu. Sedih sedih sedih. Kalau tatap gambar dia lama lama mula rasa sentap, nangis sesorang, tapi coverlaa kan, takot orang nampak. Maluuu. ==’

Tapi life kena go on lah kan, tak kan aku nak nangis hari hari sambil tatap gambar dia. Macam putus cinta pulak kan. Cerita perantau ni agak panjang, tapi aku cuba pendekkan, tau tau. Tapi kalau panjang jugak tak tau lah yee, hihi. Dari mana nak mula ni, hadoi, aku selalu failed bab bab introduction ni tau, menci menci.

Straight to the point jelah kan, ini cerita minggu ni. Khamis petang, lepas habis kelas FAR, kami (aku, farah, mia, noren) berlari ala ala marathon balik ke bilik. Siap siapkan diri and barang semua sebab bapak noren dah sampai. Bapak noren yang sampai, tapi kenapa kami nak siap, kan kan? Sebab kami nak pergi rumah dia, tidur sana. Cepat gila bapak dia drive, kata pukul 6.30, pukul 6 dah sampai. Punctual sungguh. So, dalam keadaan kepoh lagi kalut, kami berjalan seperti berlari. Betol ke ayat aku ni? Hentam sajalah labu.

Noren drive dari UiTM sampai lah rumah dia, Kampung Ulu Chepor Tambahan. Bapak dia duduk sebelah dia sambil bagi semangat untuk dia drive secara safety, ‘Go Go Go !’, kata ayahnya abahnya. Aku, mia and farah terbongkang dekat belakang sambil mulut kumat kamit layan lagu, macam macam lagu ada, salah satunya, untuk dia hey, untuk dia hey, untuk dia hey, untuk dia’ *berapa kali hey pun aku tak tau lah*. Siap buat gaya angkat tangan tau, jangan main main. Hihi

Belum sempat sampai rumah, pakcik  ajak berhenti makan, roti canai plus horlick ais jadi pilihan. Waktu ni aku dah segan, awal awal lagi dah belanja makan. Segan segan. Menguyah nguyah roti yang dicanai oleh abang mamak sambil layan cerita Abu Dhabi, besar gila tb dekat kedai mamak ni. Bila perut dah kenyang, bermalasanlah kami jalan pergi kereta.

Akhirnya sampai jugak rumah noren, lepas salam mak dia, abang kak long dia, kami masuk bilik. Nak tukar baju solat Maghrib. Malam tu mak dia masak lagi, rasa segan bertambah lagi. Tapi dah rezeki kan, bedal sajalah. Malam tu kami tidur sama sama, berebut rebut bantal, tapi aku berjaya dapat bantal peluk. Yes yes! Noren tidur dengan kak long dia.

Esok tu lepas subuh aku tidur balik, part ni sweet, waktu mia bangun dalam pukul 9, aku terjaga, tapi mia cakap ‘kau tidurlah, aku keluar’. Yelah kan, duduk rumah orang tak kan nak bangun pukul 12, lagipun noren memang tak tidur balik lepas subuh. Mia kira wakil kami bertiga lah tuu, aku dengan farah balas tidur dalam 20 minit extra. Hihi

Petang jumaat tu kami semua pergi main game dekat Aman Jaya, lepas tu jenjalan dekat Mydin. Best gila game dekat Aman Jaya ni, belambak lambak game dia sampai rambang mata tak tau nak main yang mana, aku rasa nak try semua game. Murah pulak tu, satu token lima puluh sen. Mana nak dapat sekarang ni kan. Rasa macam promoter pulak.

Kami jalan berlima, eh kenapa berlima? Extra kawan baru, boipreng mia. Nak dekat dua jam jugak dalam tempat game ni. Mana taknyee, main game menari, tembak tembak, race moto, main drum, basketball. Game kereta aku tak nak try sebab aku tak reti, nanti pusing setempat macam mia rugi, hihi. Oppss, sorry mia. *sambil buat muka kiut*

Actually, kami ada dinner sabtu malam, and ada lagi barang tak habis borong. Dinner tu dekat ipoh, so rumah noren laa jadi sasaran. Rumah mia pun dekat ipoh jugak, tapi mak dia takde kat rumah khamis tuu. Perlu ke aku explain semua ni? Errrr tak kot, lupakan! Kami keluar ni konon nak beli barang dinner yang tak complete lagi. Tapi takde barang sangat pun yang kami beli. Tudung aku pun tak jumpa lagi tau. Padahal esok tu nak dinner, bagus kan anak pakcik Mazlan sorang ni?

Kami sampai rumah pukul 7, mia dah tak ikut sekali. Dia balik rumah dia dekat Manjoi. Aku dengan farah tidur berdua jelah malam ni. Aku berjaya mengongker tiga bantal. Yey yey! kejuaraan buat kali kedua. Sebab penat berjalan, aku dengan farah tertidur. Noren tak tidur pun, padahal dia yang drive. Bangun bangun tidur mak noren pelawa makan, malu nya. Macam tuan puteri pulak, bangun terus makan. Malu malu. Malu pun bedal jugak, hihi. Malam tu aku dengan farah mengadap video tutorial mekap untuk dinner. *bajet bajet*

Tadi jumaat kan? Now sabtu, aku dengan noren nak keluar cari tudung untuk dinner malam ni. Gila kan? Last minute gila, bukan tak jumpa yang berkenan sebelum ni. But, compare harga punya pasal. Yelah, budak akaun kan. Hihi. Farah tak ikut sebab ada rehearsal untuk dinner, dia jadi MC santai gitu. Rugi tau dia tak join kitorang cari tudung, kak long belanja Marry Brown, hahaha. Lastly jumpa jugak tudung, and lastly jugak aku pakai tudung bawal je pun.

Balik rumah, tengok kawan sekolah farah, syiren dah sampai. Nak suruh farah mekup, cantik  cantik. Kalau bagi aku, habis lah muka dia. Cerita dinner ni aku buat post baru nanti. Sebab dah rasa panjang sangat dah ni, kan kan. Aku ngan farah dah hangkut barang masuk kereta syiren sebab lepas dinner kami nak ikut syiren balik rumah. Noren ngan mia balik rumah diorang.

Bukan tak best duduk rumah noren, best sangat. Tapi aku tak nak tumpang lelama. Takut menyusahkan pulak. Minggu nia aku mengamalkan kehidupan orang nomad, hidup pindah randah, hihi. Waktu kat rumah syiren, aku rasa rindu dekat rumah noren. Seriously!

Lastly, sampai jugak hari ahad. Bertolak balik dari Batu Gajah ke UiTM. Mak su syiren hantar dalam pukul 11. Sampai je bilik unpack barang, asing baju mana nak basuh. Agak bertimbun jugak baju yang perlu dibasuh, and as wanita melayu terakhir, i guna manual wash. Dah siap basuh jemur semua, terus bukak lappy yang sudah ditinggalkan dalam loker berhari hari. Tengok itu ini and taip entry ni. Sekarang nak tido, hahaha. Babai~


Dekat kedai mamak. Hihi

Dekat tempat game, me as a drumer and dancer, hihi

Aman Jaya, muka excited.

Nota kaki: Thanks a lot to pakcik Abdul Rahman dengan makcik Aminah sebab kasi tumpang lelama dekat rumah dia. Aku rasa rindu sangat dekat family sendiri bila duduk dengan family orang. So, the conclusion is minggu depan nak balik rumah! Tapi nyet takde nak sambut. *tskk tskk*

Close