Tuesday, April 23, 2013

Satu Malam Satu Hari

Lepas balik kerja untuk second day terus balik kampung. Actually memang plan nak balik kampung minggu ni. Aku yang gatal start kerja awal. It should be Isnin, tapi aku dah start Khamis lagi. Sabtu aku kerja and plan balik kampung sangkut. Then, balik kampung kejap jelah. Takdelah kampung sangat. Jenjalan dekat rumah baru sebonaunyaa.

Aku tak pasti pun sebenarnya Ahad tu cuti ke tak, tapi aku tanya some kakak dekat celcom tuu and they said cuti. Terus call mak suruh packing kan barang. Lepas balik terus gerak ipoh. Dalam pukul 6.10 petang. Dengan busuk busuk pakai kemeja naik kereta. Tertido tido dalam kereta. Tido tersengguk macam buat kerja banyak sangat. Dalam sejam lima belas minit sampai dah Chemor, rumah baru kami. Kejap je pong Taiping to Ipoh.

Masuk dalam rumah yang ala ala rumah bujang, tak complete furnished lagi. Siap mandi and solat maghrib. Then, terus tolong mak masak. Sebenarnya eton my lil sister je yang tolong. Aku dengan marini bergambo guna tab. Hiks baguskan perangai kami. Mak membebel kami tengok tivi. Jangan tiru aksi ini ok. Dah siap masak semua, solat. Dan terus melantak. Mak dah bawak semua bahan, tinggal campak dalam pot.

Hobi kami sefamily suka golek golek depan tivi lepas kenyang, malas jalan. Kalau mak suruh amik barang pun mengesot, pemalas tahap tak tau lah ceritanya. Tapi ayah ajak pergi tengok opah. Teng! Sweet tak ayah cari rumah dekat dengan rumah mak dia sendiri, syurga bawah tapak kaki ibu hoi. Dengan bermalasan siap siap lah kami. Aku sarung cardingan dengan tudung. Malas sangat. Naik kereta terus pecut pergi rumah opah. Jalan ke sana kiri kanan hutan. So macam biasa, pejam mata buat tido. Tak nak lah peghati sana sini japgi ada yang peghati balik nayaaa jaa.

Sampai terus salam cium cium opah and menyembang. Sembang yang lama kemainnyaa. Dah nak dekat pukul 12 baru gerak balik. Saja nak experience tido rumah baru, padahal boleh jee tido rumah opah kalau dah lewat. Balik tu again pejam mata buat buat tido. Malam tuu, bentang toto. Bergolek lah ramai ramai depan tivi. Kami semua nak tidur, ayah macam biasa tengok tivi sampai tivi tengok dia balik.

Pagi tuu bangun awal gila. Tak gila sangat pun, subuh macam biasa. Mengantok sesangat. Nak sambung tido tapi kena ugut tinggal kat rumah. Pagi tu breakfast sandwich, sardin tu aku masak ok. Again, sadin tu aku masak. Hikhik buat dua bekas sardin sebab satu spicy satu original. Yang spicy untuk mak den dengan eden. Kami kalau tak pedas tak boleh, macam tak adventure gitu. Letak cabai melaka kot. Ohsem kan kami anak beranak?

Dah kenyang, golek golek kejap terus siap pergi pasar. Aiceh, jenjalan je pun. Pasar Chemor. Ramai gila orang. Tengah jalan nampak bangkai anak kucing, fresh lagi. Otak dia berkecai. Dah seleper dengan jalan pun. Rasa sentap je hati, kesian dia. Kalau tikus aku ok lagi, ni kucing yang kiut miut. Sedih sedih. Lepas beli barang sikit sikit. Terus pergi jenjalan. Jenjalan cari perabot. Survey je pon. Bila dah tengok perabot semua aku dah berangan rumah sendiri nanti. Cantik sangat semuanya. Harga pun cantik. Lagi 7 tahun baru nak pindah. Kalau beli sekarang konfom kena beli lagi nanti. Sebagai student akaun aku kena manage kan perbelanjaan. Bajet sangat tau. 

Sebelum balik singgah beli lauk, balik tinggal masak nasi dengan goreng telur dadar. Eton lagi yang masak, aku sambung tidur sebab ngantok yang amat. Makan. Kenyang. Golek. Tidur. Bangun. Solat zohor. Siap. Balik. Malas nak taip dah, battery tangan dah low. *teett teett*#Kbye #Assalamualaikum

Kakak not joining us. Next time will be complete, semua ada.

Before balik, depan rumah. Semua muka excited bak hang.

                
Candid. Dah macam ombak rindu dah. Loving couple ever. Amin~
 



Friday, April 19, 2013

First Day Kerja


Semakin hari semakin rajin pulak rasanya nak mengupdate. Padahal kalau tak, sebulan dalam dua  tiga entry je. Menaip pun sebab ada isi, cakap macam entry sebelum ni berisi lah sangat. Tengok tajuk pun konfom dah tau nak cerita apa. First day kerja lah. Weeehee~ *tetiba*

Eh, ada pulak masa nak menaip semua ni? Esok tak kerja ke? Semalam kalut tido awal.

Untuk pengetahuan, esok Birthday Sultan Perak. So, mereka mereka yang berkampung dekat Perak dapat lah cuti sehari. Baru kerja sehari dah cuti. Untung badan lah kan. Ok, kita flash back cerita pagi tadi. Bangun pagi macam biasa, 6.45 pagi, lepas solat subuh terus mandi. Tergetaq jugak lah mandi tuuu sebab lama tak mandi awal sangat. Last pun waktu ada kuliah dulu. Busuk kan perangai marliza ni. Hihi then terus siap siap. Semangat gila ok. Pukul 8 dah siap. Padahal kedai bukak pukul 8.30.

Dah siap pakai kemeja biru dengan tudung hitam. Lastly, tudung kaler hitam jadi pilihan. Takot tak ikut tema celcom lah konon. Ayah hantar pergi keja naik moto, dekat laa jugak dengan rumah. Terbang terbang tudung den, nasib maintain. Sampai dalam pukul 8.15. Weh, semangat gila kan. First day macam tuu lah. Masuk dalam kedai tengok akak akak kat situ slumber je pakai tudung kaler lain lain. Orange, purple, colourful rainbow pun ada. Terasa skema kejap. Hikhik

Then akak tu bagi punch card. Dia tolong punch, first time woh ada punch card. Excited. Then duduk melangut dalam sejam sebab tak tau nak buat apa. Zero weh zero. Memang nak tolong pun tak pandai. Diorang semua buat kerja cekap. Dah biasa maybe. Ada jugak akak akak kat situ ajar basic sikit sikit. Macam bayar bill. Package yang nak promote. Jual topup. Fotostat liminate. Semua tuu lah.

Sebab actually aku apply untuk promoter seller gitu. Kira aku tak payah belajar pasal admin. Macam siap report semua tuu. Tak payah. Kena focus on pelan yang celcom jual and promotion semua tuu lah. Lepas the bos, kak liza datang *nama sama dengan kita, hihi*. Dia terang lah apa aku and kawan kawan baru yang lain kena buat. She said nak fokuskan kami on sale. Kira kena study on package. 

Pasal lunch, aku berlunchkan biskut oat. Memang sedih bunyinyaa kan, ayah pelik sebab tahan pulak perut aku. Diorang semua bawak bekal, kalau aku tau aku bawak jugak, note 50 ayah bagi tak berusik. Takde lah tahan sangat pun perut aku. Sebab sampai je rumah tanggal tudung, solat, terus senduk nasi dalam pinggan. Tak tukar baju pun. Sedap pulak tuu mak masak, ayam masak merah. Memang tak toleh kiri kanan. Lepas kenyang terus terbaring and hanyut. Bangun je terus sakit kepala. Sebab tidur sesenja kan. Mak bergurau pun buat muka serius. Rasa berdosa. Kejap ye mak, nak mandi, nanti kita gurau gurau. Lepas mandi tu ok lah sikit.

Lepas tuu mak ajak makan luar pulak, memang tak tolak lah kan. lepas solat isyak terus semangat pergi Cherry Corner. Kedai makan peberet kami sefamily. Selalu kalau pergi sana mesti aku order Tomyam, takdak laen dah. Sebab Tomyam dia kaw gila, sedap bakhang. Lepas kekenyangan barulah menaip entry ni. Hihi babai~ Itu saja untuk kali ni. Assalamualaikum. 

Senyuman senget untuk hari pertama kerja, seawal 8 pagi.
      With Mohamad busuk sebelum pergi kerja.
      Muka penyayang, hihi sepatutnya aku apply kerja nursery jaga budak. Tapi takut takut jumpa adam mukhriz. *oh bajet*



Thursday, April 18, 2013

Kerja Oh Kerja


Rasa macam bajet sangat tajuk entry kali ni. Hikhik, walaupun bajet kita teruskan. Sepatutnya waktu ni aku kena tidur dah pun, yelah esok first day start kerja. Tapi nak cerita jugak, nak jugak nak jugak *hentak kaki*. Nak tau kita kerja apa? Sila baca sampai habis tau tau. Majority student diploma konferem sekarang tengah sibuk nak cari kerja, nak cari duet poket. Yelah, duduk rumah pun bukan buat apa pun kan selain makan *eh, cakap dekat diri sendiri pulak*. Dari menggalakkan double chin menjadi triple chin baik aku cari kerja, cari duet beli phone baru. Yelah, teringin jugak amik gambar guna camera depan, kesian sungguh kan. TT^TT

Ada dua tempat yang aku tau ada vacancy. First, Big Cinema dekat Taiping Sentral tu. Ini pun  aku tau sebab bestfriend kita punya boyfriend kerja sana. Tengah finale exam dia tanya, konfom lah excited nak kerja. Kerja wayang pulak tuu, masyuuukk weh. Tapi bila dah tanya ayah. Ayah diam je, muka macam tak bagi. Then terfikir fikir, aku nak kerja apa ni. Huh. Aku tau kenapa ayah aku tak bagi kerja situ, yelah kan. Walaupun masyuk, tapi konfom kena deal dengan ramai orang, tambah tambah kat Taiping Sentral tuu ramai budak nakal. Floor atas sekali. Aku pun terfikir jugak, macam tak sesuai je dengan aku. Tak kan hari hari aku nak kerut kening buat muka garang. Kedut seribu muka den woh. Dulu time kerja dekat butik, dalam Taiping Sentral tu jugak ayah selalu tanya, ada budak budak muda masuk kedai tak? Risau sungguh dengan anak dia ni.

Tapi nasiblah mak gua ni alert, tau je kat mana mana tanda iklan kerja kosong. She said dekat celcom ada satu. Then petang tadi bergegas dengan ayah nak pergi cari kerja. Mengada tak? Mintak kerja pun nak ajak ayah. Hihi yelah kena ada support. Tapi yang masuk dalam tanya tu den sesorang okay. Terima kasih UiTM kerana mengajar saya menjadi lebih yakin *bajet again*. Orang dekat dalam tu pun semua ok. Aku isi borang, and ada seorang kakak ni approve aku kerja. On the spot. Suka tu tak yah cakap lah, first mintak dah dapat. Rasa lucky gila. Thanks jugak dekat mak. Sebab sebelum pergi tu aku mintak mak doakan, and she doakan depan pintu. Syukur sangat. Alhamdulillah~

Actually aku tak tau pun payment dia berapa. Main redah je janji dapat kerja, hihi. Start kerja pukul 8.30 pagi sampai 6 petang. Oklah kan, janji dapat tengok tb memalam. Especially drama, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Handsome gila weh Izzue Islam. Rugi tak tengok, eh jangan tengok nanti terpikat banyak pulak saingan kita. Hihi and esok kena pakai baju formal, kemeja. Nasib aku ada satu kemeja biru, tapi tak kan nak ulang yang sama sampai retired kan. Busuk sangat bunyinyaa. And now aku tak tau nak pakai tudung kaler apa. Biru ke? Maroon? Or boleh suka hati je? Trademark celcom kaler apa eh, rasanya biru jee. Hadoi, pening. Esok lah sambung fikir balik. Tidur dulu. Goodnight~ Doakan yang terbaik untuk saya :* Assalamualaikum. 

Demand nak boyfriend macam izzue, tapi muka tak berapa nak cun macam tiz. Hikhik
I  ❤ U ~ 





Monday, April 8, 2013

Review Final Examination


Assalamualaikum and hai ! Sekarang minggu final exam and tinggal last payperrr je lagi. Saja nak menaip waktu ni sebab. Emmm, sebab. Sebab dah last payperr. And lepas habis paper terus hangkut beg masuk kereta. Then sampai rumah. Bila dah sampai rumah ada tv. And bila dah ada tv tak boleh nak menaip mahupun buat kerja lain. Sebab nak bergolek depan tv layan astro yang ulang cerita berkali kali. Sebab yang berkait, dah macam sains pun. Conclusion is kena lah taip sekarang. Hikhik

Mula dengan first paper, paper economy. Macroeconomic lah kan sebab micro dah amik waktu part two dulu. Sebelum hari nak paper eco ni aku agak pulun jugak study. Bukan sebab rajin sangat pun. Tapi sebab kebijaksanaan aku yang melampau, guna study week untuk bercuti makan angin kat rumah. Dalam seminggu jugak weh makan angin, dah macam cuti raya cina pun. Ohsem tak ohsem? Paper eco boleh tahan jugak lah tough dia, tapi  rasa macam tak puas jawab. Sebab apa yang pulun study lebih sikit tak keluar. Yang part selak halai balai pulak keluar soalan lebih lebih. Tapi aku hentam kan aje janji jangan rompong tak berjawab.

Paper lepas tu paper costing. Paper ni best sikit sebab faham apa yang belajar waktu kelas. Bukan nak perasan pandai pun, tapi lecturer ni memang best gila dia ajar. Faham je dia ajar. Kelakar pulak tuu. Dia siap ajar cara nak jawab soalan. Memang full pakej lah. Buku past year untuk course ni pun dah lunyai sikit sebab banyak guna. Buku past year course lain suci murni lagi tau, macam baru fotostat. Aku kalau tak kena suruh buat memang tak lah aku nak menyelak past year tu. So, aku harap sem sem depan dapat lagi lecturer ni, Puan Naimah. Kalau aku nak cerita bestnya kelas costing ni kena buat entry baru dah sebab panjang berjela dah, hihi. Balik dengan final exam untuk costing. Alhamdulillah semua ok walaupun sangkut kejap dekat process costing.

Third paper, computerized apa ntah. Orang panggil ais je sebab kod dia AIS. Macam computer in accounting lah senang cerita. Kena belajar MYOB dengan EXCEL. Yang computer ni memang aku lemah. Aku takdelah kuno sangat tak pandai kena guna computer. Tapi yang kena hafal menghafal ni memang aku lemah. No telefon family aku pun aku tak ingat kecuali mak ayah. Birthday kawan pun aku ingat bulan je. Jalan dekat taiping tu pun aku boleh sesat. Ni nak suruh aku hafal step bagai ni semua. Memang tak lah kan. Tapi aku paksa kan jugak diri hafal sikit sikit. Rasa macam nak menangis sedu sedu je hafal benda ni semua. Errgghhh! Yang paling geram sekali soalan final yang keluar tuuu. Haih, rasa macam nak makan je kertas soalan dia. Apa yang aku hafal tak keluar. Selalu tak bernasib baik tau *tskkk tskkk*. And lagi sedih bila tau carry mark ais aku ciput je. Macam tak cukup je nak menampung total. Harap ok lah, Aminnn~

And untuk last payperrr ni aku tak dapat nak agak macam mana. Tak dapat nak mengagak sebab tak study apa pun lagi. Yelah kan, gap seminggu. Lekluuuu, sapkokluuuu. Sekarang ni pun otak aku tengah kosoonnggg kosooonggg~ Ok stop. Ini paper, main course punya paper tau. So jangan nak relax sangat siap melepak bilik orang siap layan ABPBH. To jantung pisang saya, Iqram Dinzly, awak sentiasa maintain handsome. Kena sambung study, babai ~ *Mr. Right cepatlah datang, penat kita tungguuu*

Calculator comel yang sentiasa bersama saya :*

Study costing. *oh bajet*

Disebabkan awak panjang sangat, saya terpaksa patahkan awak wahai encik pembaris.
Macroeconomics. With Puan Ayu yang gojes!

Costing Puan Naimah yang ohsem mosem! 

Last payperrr : 13 April 2013 *hai hai Taiping!*

Close