Tuesday, April 14, 2015

Tanamkan Hati di Perlis

Ini bukanlah luahan perasaan. Cuma sedikit overview sepanjang berada di kampus ini. Setelah bergelar pelajar kampus Arau, Perlis. And yaaa, dah sebulan lebih tak balik rumah. Tujuh minggu weyy, tujuh mingguu. Record paling lama setakat ni. Waktu diploma paling lama tiga ke empat minggu je. Tak pun dua minggu sekali angkut beg balik Taiping. Tapi takpelah, waktu tu dekat. Kentut pun dengaq kata orang. Tapi tak dengaq sangat laa sebab sejam lebih jugak. Mungkin dengaq jugak tapi samar samar gituww. Ada ke cakap pasal kentut dekat perenggan introduction. Ish ish


Mula mula sampai, I be like. Oemji, best nyaaa arau ni. Ok tipu. Waktu tu sedih. Mata dah mula berair, hidung mula beringus cuma tak meleleh lagi. Gila. Takkan tak sedih. Nak berpisah dengan family yang dah setahun aku mengadap muka depa hari hari. Terutama mak. Sebab mak sentiasa kat rumah. Takdak kawan lain, kawan dengan mak je hari hari. Lagi lagi waktu jadi pengaggur sebelum dapat kerja KFC dengan lepas resign dari KFC. Memang lama kat rumah. Lepas sampai je kolej. Semua tolong bawak naik barang sampai bilik. Semua tu ialah sedara mara yang turut memeriahkan lagi suasana. Dua bijik kereta. Satu kereta ayah, satu lagi kereta kak pijah yang cik dengan anak anak dia naik.


Lepas settle pendaftaran, barang semua dah bawah naik bilik. Terus pergi makan. Eh kejap. Ada berita yang mengecewakan. Aku dapat katil atas, dan meja tengah. Meja yang without board dan lampu belajar. Yang ada cuma tingkap yang dilalui angin sepoi sepoi bahasa. So sadddd. Tahu tak, sepanjang diploma aku tak penah dapat katil atas. Ni bukan kira dapat ke terima ke. First come first cop. So yang datang lambat tiga empat minit ni kena terimalah pilihan terakhir ituu. Takpelah, aku redho. Padahal baru lepas potpetpotpet komplen hihihi and yahh, my roomates, seorang dari Jitra seorang lagi dari Batu Gajah. Dua dua nya kos marketing. Dan aku jadi macam lost. Nak cari budak finance, nak kenal, nak buat kawan. Maklumlah. Masuk sini bersendirian. Ada kawan waktu diploma tapi dia kos Human Resource.


Kita cerita pasal kolej. Aku rasa kolej sini lagi ohsem lah. Sebab ada rak kasut, so kasut hang takkan tersepak oleh orang sampai ke hujung koridor. Loker pun lebih gedeq(besaq) boleh simpan banyak barang. Watercooler setiap aras, kemudahan untuk orang yang duduk aras atas. Like me, aras tiga. Lenguh kaki hoih naik turun tangga. Ada bilik study dan musolla yang lengkap dengan aircond. Dan juga ada bilik tv dekat ground floor. Tv dia ada astro hokayyy. Macam macam hader. Kolej dia banyak lebihnya dari Sri Iskandar actually. And yahh kena bayar RM300+ per semester. Sangat murah berbanding nak duduk rumah sewa. Dewan makan dia pun notbad. Cuma makanan tak berapa best. Tu je. Tak banyak pilihan. Dan untuk orang yang kuat makan macam saya, ianya satu masalah besarrr.


Ok cerita pasal mall dekat arau pulak. Arau takde mall ye anak anak. Yang ada cuma mart, CMART. Cmart tu kira tempat paling besar lah untuk shopping kalau kat Arau. Tapi rasanya tak shopping sangat kot. Sebagai seorang pelajar finance. Harga semua aku teliti and yahh Cmart ni barang dia mahal. Yelah, mungkin dia rasa dia satu satu nya mart dekat situ, so dia eksyenn (action) lebihh. Dan dekat Perlis ni kan ada segala jenis tempat belajar, student pun lain lain negeri. Sebab tu harga mahal. Wehh, kami student kot! Bisik hati kecilkuu. Rasanya Taiping segalanya lagi murah. So kalau nak beli stok makanan belilah kat rumah, hangkut bawak sini. To je optimal solution dia, githuww~


Haritu jenjalan dengan classmate dan kengkawan lain pergi Kuala Perlis. Pergi makan besaq. Konon. Kat situ nak parking kereta sat sebab nak pergi makan pun dah kena caj lima ringget. Mahal. Nasib makanan dia best. Siakap tiga rasa, siakap stim, tomyam, kalian ikan masin, telur dadar, dan sotong celup tepung. Order dua set sebab kami ada lapan orang. Semua orang macam takut takut lepas tu. Takut mahal dan tak mampu bayar. Order bukan main makcik makcik ni semua. Nasib lah kena sekepala enam belas ringget. So kira mampu lagi lah. Cuma aku rasa takde apa yang best sangat pun. Aku bajet makan tepi laut dengan angin sepoi sepoi bahasa. Rupanya cuma ada kereta kuda. Spoil. Semua ni boleh dapat kat Taipingg. Sebenarnya saya rindukan Taiping. Hmmm kat Perlis jarang hujan, boleh kira berapa kali je. Dan agak panas. So kalau kulit saya macam hangus lebih dari biasa jangan tanya kenapa k


Awal awal masuk dulu rajin menangis, sebab rasa macam tak percaya sekarang kat Perlis. Dan rasa macam tak boleh survive. Sebab sesorang. Tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan aku, bagi aku kawan. So sekarang tak cengeng dah. I’m 22 and I’m okay! Cepatlah berlalu dua tahun setengah. Bagilah semuanya cemerlang disini. Yess, lagi berapa hari je nak balik. Naik train. Yahh, first time naik train. Dengan kengkawan. Dah suruh ayah tunggu kepulangan anak dia kat stesen ketapi khamis ni. See u! Tashabarnyaaaa~


Throwback sikit gambar lama. Mak i miss u a lot :* Adik dah buat list makanan untuk seminggu kat rumah nanti hihi
 
Mysibling. Kakak dah nak kahwin this year. Marini going to sambung belajar. And eton masih di rumah dengan kucing kucingnya.


Monday, April 6, 2015

XPERIA

Assalamualaikum. Entry pertama untuk tahun 2015 ni. Walaupun dah bulan empat. Sekarang officially aku seorang student UiTM Per. Bukan lagi UiTM Perak, tapi Perlis. Student Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan). In simple word, budak finance. Pada mula keluar result rasa happy sangatt. Penantian selama ini tak sia sia, hampir setahun cuti sem, duduk rumah, tak belajar. So bila dapat sambung, rasa syukur. Rasa seronok. Sebab mak ayah happy. Syukur Ya Allah.


Dua bulan setengah jugak la jadi penjual henfon. Kita flashback sikit kay. Hari pertama kerja dah mula lilit shawl, konon habis cun la tu. Dengan baju biasa kaler kelabu. Taktau pulak kena tukar baju la la tu jugak. Dengan takdak handsock. Terpaksa lah beli lain kat kiosk. Takkan nak pakai tudung tapi tangan dibogelkan. I don’t like cenggitu. Pelik. Lepas tu kena belajar serve customer. Tanya nak fon apa, brand apa. So aku banyak belajar dari abg noley, the supervisor. Dan aireen, kawan kepsi aku yang rekomen keja situ.


Mula mula belajar pasang screen protector penuh bubble, senget, ada habuk. Lama lama tu reti lah. Nak kata pro tak jugak hihi. Tapi smooth la. Kira takyah nak mintak tolong orang lain. Sendiri explain, sendiri mulut manis, sendiri letak harga, sendiri jual. Waktu awal masuk, terketaq jugak. Semua benda tanya orang. Harga tak perlu tanya. Bergantung lah kita nk profit berapa. Takleh murah sangat, takleh mahal sangat. Setiap bulan ada target sales. Bukan pergi kerja setakat sembang kosong macam aku kerja celcom dulu hihi


Kalau hari minggu boleh tahan banyak la sales. Kalau hari biasa harap angin jela lalu. Biasalah, AEON. Market tak cantik sangat dekat Taiping ni. Harga barang mahal, branded pulak, orang Taiping majority sederhana. Dengan parking kena punch, makan kat foodcourt kena pakai kad. Itu lah yg leceh. Ini bukan andaian aku sendiri. Tapi makcik nasik lemak yang tetiba komplen sebab tahu aku kerja kat AEON. Sebelum pergi kerja selalu aku singgah beli nasik lemak dulu kat dia. Dia cakap dia tak biasa dengan cara AEON ni. Orang muda boleh lah. Pakcik makcik mestilah nak yang mudah. So diorang prefer makan dekat Tesco, harga pun lagi murah. Diorang tu termasuklah family aku, yang kalau boleh bagi duet terus, taraaaa~ makanan dah atas meja.


Selalunya melayu bila dia nak beli henfon mesti dia cari cina, kononnya cina tu bos dan boleh bagi murah. But, sorry to say. Kedai kami branch dari ipoh. So bos dekat Ipoh dan monitor kami semua through cctv. Kalau ada yang tak kena, dia terus akan call office. Contoh, waktu kami duduk depan kedai. Bos hanyalah 4 ketul cctv, so memang dia tak nampak depan kedai. Dia akan terus call office dan tanya, Mana pigi semua olang? Dan kami serbu masuk balik dalam kedai. Alah bos ni baru nak cuci mata. Ok sambung pasal Melayu tadi, why don’t you trust us? Yang kami akan bagi harga murah sebab kita sebangsa? Ini tak, dia cari jugak cina. Padahal cina tu bukan bos, dan harga bukan harga sebangsa. Nak buat macam mana, melayu sendiri tak percaya melayu.


Cakap pasal gaji. Alhamdulillah gaji agak mewah. Gaji lain, komisen kira lain. So kalau orang yang betul betul buat sales, banyak jual handphone. Duet gaji tak payah usik, pakai duet komisen je belanja. Mulut I tak berapa nak manis, sales tak berapa nak power. Jadi saya kena usik duet gaji untuk belanja hihi aku kerja sementara ni nak cari duet sambung belajar. Alhamdulillah duet yang ada cukup aku belanja sementara dapat ptptn. Hajat nak tukar henfon terpaksa tolak tepi dulu. Lambat benor pun ptptn ni haaa.


Paling best jadi part of YI FATT ni tau tak apa? YI FATT tu nama kedai. Bos dia tak kedekut. Bos akan datang setiap hujung minggu. Hari sabtu atau ahad. Datang dengan tangan dipenuhi kotak kotak kfc. Tak pun kotak kotak nasik lemak oldtown. And we olls, terus macam yayyy jimat duet makan hariniii. Makanan dalam AEON mahal. Memang selalu aku bawak lauk dari rumah dan beli nasik puteh. Nasik goreng biasa pun sampai lapan ringget. Sekali sekala boleh la. Kalau hari hari tak ke kopak duet. Pernah sekali tu bos siap bagi duet RM50 suruh beli makan share tiga orang. Jap, waktu tu sebab sales banyak dan semua ada jual henfon. Sebab tu kot dia bagi, hati manyak sejuk maaa. Aku dan aireen pun pergi lah habiskan duet beli chatime. Konon nak try yang baru, yang mahal. Mojitea. And yaahh, rasa dia tak seindah rupa. Rasa macam ayaq detox. Euwww~ lepas tu beli hot and rolls, and yaaa ini memang all time favourite. Siap penah beli barang konon rolls kat rumah. Tapi tak berapa nak jadi :<



Walaupun baru kerja tak sampai sebulan, aku juga di jemput pergi annual dinner YIFATT. Duet tak payah keluar, best betul. Dekat ipoh dinner nya. So bertiga lah kami, aku, aireen dan abg noley naik kereta lepas kerja. Terus shoot ke ipoh. Kedai tutup awal haritu, sempat lah aku dan aireen siap siap kat rumah dulu. Pakai biasa je, takde dress bagai pun. Bila sampai ipoh, tengok orang lain semua simple. Siap ada yang pakai baju kerja lagi. Mula mula masuk aku rasa was was. Sebab ada arak segala benda. Meja melayu ada satu, terletak hujung kat penjuru. Pekerja melayu tak ramai, dalam 5 outlet ada 6 orang. Bila dia letak makanan semua, rasa takot nak makan. Yelah, dengan cina semua ni. Terus aku direct tanya pelayan situ. Halal ke semua ni? Dia cakap halal, Thai restaurant. Dah la makanan dia semua seafood. Udang sotong ketam semua kelas A punya. I love seafood <3~ ada jugak pengalaman lain sepanjang malam tu yang membuatkan aku rasa salah aku pilih join dinner ni. Nasib abg noley ada, protect adik dia dua orang ni. Sekian cerita ringkas sepanjang bekerja di XPERIA, AEON TAIPING. Goodbye :*

Walaupun sekejap. There is a lot of memories. Thank you,
Abg Noley, Aireen, Ah ho, Alvin, Afei.
Sebagai perempuan yang normal, everyday is selfie day for us. Hikhik i miss u, Aireen.

Doakan saya berjaya habiskan degree saya dengan cemerlang :)
Dulu akaun, sekarang finance. Lecturer cakap, Finance better dari akaun, Sebab, mana ada ministry of account. Ministry of finance ada lah. Hihi jangan maraah ye kengkawan akaun


Close