Lengkap sekeluarga bila ada cuti panjang. Aku dari Arau,
adik aku si Marini dari Jengka, adik aku si Eton dari SBP semua balik rumah.
Raya haji oi. Susah nak berkumpul bila masing masing dah besar ni. Kakak pulak
dah kawin. Nak jadi ibu dah pun. Raya first dekat rumah je, walaupun tak ramai
yang ada tapi mak masak meriah. Jiran tetangga yang tak balik raya datang makan
dekat rumah kami. Rendang, lemang, laksa, dessert lima jenis. Dessert aku yang
buat. Semangat betul kan. Trifle, cheese kek, kek coklat berhantu, cheese layer
dengan kek marble. Ada jiran yang datang makan dessert je. Sebab rumah dia pun
buat laksa. Aireen dengan adik dia pun ada datang.
Raya kedua semua dh start kerja. Mak pun kerja. Babysit
budak. So kamilah yang kena babysit mereka mereka ni. Tapi bukan baby dah pun.
Dah 4 tahun, 7 tahun. Baru je pun mak jaga diorang. Anak pegawai yang baru
pindah dari Pahang Ogos lepas. Baru sebulan lebih. Awal awal rasa lain macam
sebab jaga budak yang dah besar. Sebelum ni mak jaga anak orang yang dari baby.
Tiga orang mak jaga. Emak yang sama. Tapi sekarang seorang je yang still mak
jaga, yang lain dah ke tempat lain. Sebab apa? Dah. Malas buka aib orang. Total
tiga orang la mak jaga sekarang. Seorang yang lama, dua lagi baru. Alhamdulillah
masing masing dengar cakap, takdela mak pening.
Raya kedua mak buat nasik goreng. Dua jenis, nasik goreng
orang tua dengan nasik goreng budak budak. Nasik goreng budak budak tu nasik
goreng cina. Nasik goreng orang tua pulak nasik goreng kampong. Mak tak masak
banyak sebab nak habiskan rendang semalam dengan laksa. Kakak datang pukul 11
macam tu. Dia baru balik dari klinik. Dia nak makan nasik goreng dengan
keropok. Pelik. Sejak bila dia makan nasik goreng dengan keropok. Mak cakap
kalau yang pelik selalunya bukan dia nak, baby dia. Ohhh cenggitu eh mak.
Malam tu sembang sembang dengan mak, nak bawak apa esok
majlis korban pulapen. Nak buat kek tak cukup bahan, nak buat pudding dah ada
orang buat. Dok berbincang tiba tiba
abang ipar call mak. Dia cakap kakak kena tahan wad. Semua dah risau.
Kakak muntah muntah malam tu, tu yang ilun (abang ipar) bawak pergi hospital
terus. Tak sangka kena tahan wad. Kami semua risau, sambil mulut cakap benda
benda positif. Takpela, nurse bagi masuk air kot esok dia balik la balik. Dia
penah cek ada masalah kencing kotor. Kami ingat benda benda macam tu jela. Tak
lama lepas tu mak dapat whatsapp dari ilun, yang doctor nak operate kakak malam
tu jugak. Ya Allah, betul ke apa aku dengar ni. Aku tengah makan terus stop. Air
mata dah turun laju. Mak pun sama. Due date dia lagi 6 minggu. Anak pun kecik
lagi.
Mak ayah terus siap pergi hospital. Mak suruh kami stay kat
rumah, baca yassin dan doakan kakak. Tak habis aku makan. Terus baca yassin
dengan Eton, dengan air mata laju. Teringat siang tadi elok je dia makan nasik
goreng dekat atas sofa. Ya Allah, hanya keajaibanMu yang dapat membantu kakak
aku ketika ini. Tak lama lepas tu ayah whatsapp yang dah selamat bersalin, tapi
kakak tak sedar lagi. Tak henti henti
doa waktu ni, Ya Allah, lindungilah kakak aku ya Allah. Benda tu je berulang
ulang sebut dekat mulut. Waktu tu dalam pukul 11 malam. Lama sikit ayah
whatsapp lagi, cakap kakak tersedak ubat bius, acid masuk dalam darah. Dugaan
demi dugaan. Aku syak tu mesti salah doctor atau nurse yang in-charge. Masuk
air lah kakak lagi sejam untuk stabilkan balik. Doctor cakap, acid tu boleh
sebabkan koma. Luruh jantung bila tahu. Kakak, please kuat, lawan semua tu. Malam
tu memang malam yang paling aku taknak
berulang dalam hidup aku. Satu satunya kakak aku tengah pertarungkan
nyawa. Pukul 1 lebih barulah semuanya stabil. Alhamdulillah. Terima kasih ya
Allah.
Mak ayah sampai rumah dalam pukul 2 pagi. Bawak uri. First
time aku tengok uri. Aku tengok ayah basuh. Sebelum tu letak garam, asam jawa,
limau. Basuh sampai keluar semua darah. Lama jugak nak hilang semua darah tu.
Dah siap basuh ikat dalam kain. Terus menyangkul dan tanam. Baca la selawat
selawat sikit. Aku cakap kat mak, kalau ada yang tengok mesti ingat apa lah
keluarga tu dok menyangkul, dah nak dekat pukul 3 pagi. Kalau nak simpan esok
berbau pulak nanti mak kata. Pukul 3 baru kami sekeluarga tidur.
Esok pagi siap siap barang buat kerabu megi siam. Nak hantar
untuk majlis korban pulapen. Tak sempat siap buat mak dapat call dari ilun.
Kakak masuk icu. Mak dah air mata laju. Terus panggil ayah nak ke hospital. Aku
dah menangis mengadap tingkap. Ya Allah, beratnya rasa dekat dada aku ini ya
Allah. Kau lindungilah kakak aku ya Allah. Siapkan buat kerabu. Terus hantar
kat rumah jiran suruh dia bawak ke sana. Kami adik beradik tak pergi. Nak ke
hospital tak boleh. Sebab nak kena jaga budak dua orang tu. Mak ingatkan suruh
baca yassin, kepala kakak kena scan kejap lagi. Tak henti henti doa, nak kakak
selamat. Harap sangat takde apa apa.
Tengahari nak ke petang tu mak ayah balik. Mak cerita, kakak
kena masuk icu sebab doctor nampak dia nak tarik sawan. Dia macam tak sedar
sangat. Ayah cakap,’Kakak, ayah ni. Kenal tak? Ayah ni kakak’. Dia angguk je. Mak
ayah masing masing belakangkan katil. Layan perasan masing masing. Beratnya
dugaan ni ya Allah. Aku yang dengar cerita mak ni pun menangis on the spot. Lepas
asar semua siap nak tengok kakak dekat hospital. Budak budak tu ibu diorang dah
amik. Aku pesan dekat diri sendiri. Jangan nangis depan dia. Please kuat
walaupun sekejap. Aku taknak dia lagi sedih kalau tengok orang sekeliling dia
sedih.
Mak dengan eton masuk dulu. Aku ayah marini tunggu kat luar.
lepas eton keluar baru aku masuk. Icu boleh masuk dua orang je dalam satu masa.
Masuk tu aku dah rasa sebak dah. Masuk bilik tengok mak tengah bersembang
dengan nurse. Aku pergi kat katil tengok dia tidur. Mak cakap pg la sembang
dengan kakak, dia dok lali lagi tu. sedih aku tengok keadaan dia. Bermacam macam
wayar dekat tangan dia. Muka dia sembab je. Air mata aku dah nak turun tapi aku
tahan. Aku sembang sembang dengan dia. Macam macam benda. Bagi dia relax. Kadang
suara aku tersekat, sebab cuba nk tahan nangis. Aku buat buat tengok laci dia
sebab nak lap air mata. Nasib katil tu tinggi. Dia tak perasan. Dia tanya dia
ada cakap merapu ke tadi? Kot mak ayah ada cerita. Cakap takde pun. Dia diam. Dia
cakap boring. Nak balik. Kakak mana penah kena tahan wad sebab sakit sebelum
ni. Icu pulak tak boleh ada handphone, mati kutu dia dalam tu. Tapi nurse kat
situ baik baik. Waktu melawat sampai pukul 7 je.
Esok tu ilun bagitau kakak dah transfer ke wad hdu.
Alhamdulillah. Dengar icu rasa seriau sangat. Wad hdu ni still dalam pantauan la
sebelum masuk wad biasa. Wad ni ok sikit sebab boleh masuk ramai. Tak payah nak
tunggu turn. Baby still dalam wad baby sebab underweight. Cepat sihat tau baby.
Tak sabar nak jumpa awak sayang. Tapi lagi sedih sebab kakak pun tak jumpa baby
dia lagi. Lepas asar pergi melawat. Kali ni jiran jiran dari pulapen turun
padang. Ok la sikit tengok dia dari kat icu haritu. Tangan pun dah takde wayar
wayar pelik. Dia pun dah boleh gelak gelak. Alhamdulillah. Terima kasih ya
Allah. Seronok tengok dia macam tu, walaupun tak fully recover.
Hari jumaat sedara mara dari kedah pulak datang. Pergi melawat
tengah hari tu. Mak bawak nasik, ikan salmon grill, sayur sawi. Special untuk
ibu berpantang. Kakak dah makin sihat. Syukur sangat. Petang saudara dari ipoh
pulak datang. Kali ni tak pergi dah. Pergi aeon betulkan spec marini yang
tercabut lens sebelah. Macam2 tau budak ni. Haihhh. Esoknya dah nak ke Arau.
Mak, ayah, eton nak ke Jengka hantar marini. Semua kembali ke sarang. Cuti dah
habis oi. Tak dapat nak jumpa baby lagi. Lagi dua minggu makngah balik jumpa
awak ye sayang, Hana Zulaikha. Semoga mama dan hana sama sama cepat sihat.
Amin. Gambar Hana will be on next entry soon.