Thursday, July 3, 2014

Experience Bersama Kepsi


Dengan sedikit kesempatan, masa yang ada. Aku teruskan diri menaip. Merekodlan kisah hidup aku. Hari demi hari. Aku tak pernah rasa atau mintak supaya orang kenal aku. Tapi kalau kau dah baca blog aku. Kau dah kenal separuh dari aku. Penulisan aku tak bagus, tapi entah kenapa aku suka menulis. Entah. Sekarang dah sebulan lebih aku kerja. Sebagai CSC dan juga cashier dekat KFC Giant. At first, minggu pertama. Memang rasa letih gila. Rasa nak resign. Tapi dah lama lama ok. Not bad.

Awal awal dulu aku CSC, asyik kena closing. Letih, berpeluh ketiak. Dah lama lama baru dapat morning. Macam minggu ni. Tiga hari morning. Seronok lah kan, boleh berbuka dekat rumah. Eh, sebelum tu. Selamat berpuasa untuk semua! Semoga banyak buat amal, jangan buat benda sia sia. Banyakkan masa dengan al-Quran daripada dengan handphone. Solat jangan tinggal. Pahala berlipat ganda, untuk sebulan ni sahaja. Sangat limited edition. Kalau rasa rasa malas, pejam mata dan fikir. Mungkin kah ni Ramadhan terakhir untuk aku. Pesanan untuk diri sendiri jugak :)

Ok sambung cerita pasal kerja tadi. Kawan kawan aku ada tanya CSC tu apa. Maksud CSC pun aku tak tau apa sebenarnya. Tapi secara ringkasnya. Kerja dia macam cleaner la. Clear table, sapu sampah, mop lantai, lap cermin, basuh pinggan. Haaa macam tu lebih kurang. Penah jugak kadang tu ada orang muntah. Jadi, aku yang kurang kesabaran ni mula laa sumpah seranah dalam hati. Sebab customer kebanyakannya blahh macam tu. Tanpa say sorry. Memang hangin satu badan. Dengan kembang tekak terpaksa jugak bersihkan. Ada jugak yang tinggal pampers budak dekat meja makan. Dia ingat toilet apa. Sakit hati hamba. Memanglah pengalaman. Tapi aku tak perlukan pengalaman macam tu.

Dalam seminggu kerja aku akan tiga hari jadi cashier, tiga hari jadi CSC. Kadang kadang aku pun pening. Kalau nak tahu, KFC ni ada standard dia tau. Setiap bulan akan ada CMS. Okay aku cerita pasal CMS pulak. CMS ni Customer Mystery, dia nilai cashier. Hospitality, macam greeting and suggest makanan. Speed, dia amik masa kita serve dia. Dia akan datang dua kali dalam sebulan. Satu makan, satu take away. Kita takkan perasan pun dia yang mana. Nama pun mystery kan. Aku penah kena sekali. Hari kedua aku jadi cashier, hari kedua kot. Aku dapat 75%. 25% aku hilang sebab speed aku slow. Mula lah kena tegur dengan manager. Aku sentap, aku nak resign. Aku dah ambik beg dengan helmet dah waktu tu. Lepas tu baru manager pujuk. Drama la jugak sehari tu. Kekeke

Penah jugak sekali tu, closing cashier. Dah siap kemas semua dah. Tinggal nak balik je, aku nak ubah extinguisher. Macam mana ntah, aku terhempas benda tu. Bersepahan serbuk kering. Aku terkejut, dah bersih semua kot. Mula aku rasa nak marah diri aku sampai rasa nak nangis. Dah la kawan kawan yang lain nak keluar makan MCD lepas closing. Mula aku rasa sebersalah. Aku rasa down. Kesian diorang pergi makan lambat. Aku tak kisah kalau apa apa yang jadi effect aku sorang dan tak susahkan orang lain. Takde mood terus aku. Balik tu aku  cakap kat mak yang aku rasa aku malang. Mak cakap Allah SWT baru uji aku sikit and blaa blaa blaa~ Setiap kali masuk kerja niat kerana Allah SWT, tu pesan mak. Baru lah aku rasa lega. Aku akan rasa lega kalau kongsi masalah dengan mak, itu aku.

Dan aku rasa sudah cukup pengalaman yang aku belajar dekat KFC ni. Mungkin aku akan berhenti 25 Julai ni. Tak ramai yang tahu aku nak resgin. Sebab raya nanti tak boleh cuti, so terpaksa aku angkat kaki. Tak berbuka sama aku boleh terima. Tapi kalau tak raya sama, it’s hard for me. Aku memang family type. Bukan aku saja, satu family aku macam tu. Memang lebih suka spend masa bersama keluarga dari kawan kawan. Soo, goodbye kfc peoples! Lepas ni aku nak belajar baking. Aku dah google sikit resepi resepi. Kalau boleh aku nak join mana mana kolej komuniti yang buat kelas masak masak. Kalau dah terer nanti tak payah la aku cari laki yang pandai baking. Hihihi tapi entah kenapa, aku masih jatuh hati dekat laki yang pandai baking. Hadoiii~ Sebenarnya aku ada buat cerpen, tapi tak berkesempatan lagi nak habiskan. Sampai disini saja kisah saya. Doakan yang terbaik untuk saya. Baboiiii~ 

Mula mula pakai tudung bawal, dah lama tu malas. Pakai tudung sarung je. Hihi




Close