Bila rasa sedih, sunyi. Nak luahkan sesuatu. Baru aku akan
cari kau, wahai computer riba. Yang dah berkurun lamanya aku tak sentuh, tak
belai. Yang dulunya sentiasa berkepit dengan aku siang malam, sepanjang
diploma. Temankan aku bermovie, makan, main game. Segalanyalah. Nampak sangat
jarangnya guna laptop untuk beresaimen. Mungkin penulisan kali ini agak
panjang, mungkin jugak tidak. Bergantung lah kepada daya upaya jari jemari.
Itu hari aku ada cerita pasal kfc, yang kononnya aku akan
berhenti 25 hb Julai, sebelum raya. Tapi semua yang dirancang tunggang tebalik
dan tergolek. I iz sad. Very sad. Bermula dengan kerja, aku berhenti 20 hb
Ogos, terlebih satu bulan kehadapan dari yang dirancang. Aku hantar surat
berhenti kerja. Sebab nak sambung belajar. Aku bajet nak berehat la pulak dekat
rumah. The result is, aku tidak berjaya to continue my study. Tiada degree live
yang aku bayang bayang kan. Tiada campus life yang happening macam waktu
diploma dulu. Tiada perasaan belajar tempat baru. Semuanya tiada. Hanya air
mata menemani aku dua tiga hari lepas tuu. Tuhan saja tahu. Aku redha
ketentuanNya, tapi aku rasa macam dah kecewakan kedua orang tua aku. Hmmm
Hari kawan kawan dah mula daftar, aku masih tunggu keputusan
rayuan. Aku mintak marketing, akaun letak pilihan kedua. Sebab kaunselor uitm
yang aku call tanya kenapa aku tak dapat cakap, akaun minima 3.5, gila tak gila
lah kan. Mungkin sebab bebudak akaun yang semakin genius. Yang gagal kemasukan
bukan lah aku seorang. Ada 4, 5 orang. So kami masih berjimba dekat rumah.
Yelah,sementara nak tunggu keputusan rayuan. Tipulah kalau aku cakap aku tak
berharap. Tapi apakan daya, result rayuan pun aku masih tidak berjaya.
Berpuluhan kali cek, tak puas cek dekat fon, cek dekat computer, tak puas lagi
cek kat laptop. Dengan harapan keputusan tiba tiba jadi berjaya. Malangnya
keputusan masih sama, aku redha Ya Allah. Aku redha. Walaupun dalam hati kecik
aku, aku menangis.
Tapi nak buat macam mana lagi, dah bukan rezeki aku. Pasti
ada yang lagi baik. Aku yakin tu, sebab jalanNya lagi jelas dari perancangan
aku. Tapi buat masa sekarang aku taktau nak buat apa. Mati akal. Kerja entah
kemana, belajar entah kemana. Tapi aku tak pernah menyesal berhenti kerja
sebagai staff kfc tu, sebab kalau boleh aku nak cari kerja yang ala ala office,
dan ada kena mengena sikit dengan akaun. Yelah kalau tak buat apa aku belajar
semua tu kalau tak gunakan. Takkan aku nak kerja lap meja selamanya. Cuma
sekarang aku belajar baking sikit sikit. Sama seperti perancangan aku. Buat
pertama kali nya perancangan aku ni berjaya. Kalau tak hangat hangat tahi unta
jerr. Tapi kek biasa biasa jelah, kek marble, kek oren, cheese kek, kek coklat,
kek coklat with caramel on top. Itu jelah, kalau yg pro pro macam secret resepi
belum try lagi. Tapi resepi coklat indulgion dah ada. Assistant I dah carikan.
Assistant I tu mak I leww. Hihi
Nak belajar kursus menjahit pun susah. Takde yg dekat
Taiping. Bukan nak mengada taknak pisah dengan mak. Tapi memang jauh semuanya.
Giatmara Taiping ada kursus untuk anak jantan jee, jenis cat kereta, mekanikal
dan letrik semuanya lah. Lagipun tempoh 6 bulan tu dari Januari sampai Jun.
Bulan tiga kalau ada rezeki nak sambung degree. Takot tergantung pulak nanti.
Sekarang join kursus jangka pendek jela. Kolej komuniti Taiping. Baking pun ok
sebab minat. Tapi yang banyak kursus jangka pendek ni kursus make up dan
grooming. Ayah tak berkenan. Ayah memang tak suka perempuan mekap, tambah
tambah yang tebal tebal macam opera cina. Katanya, cukup lah apa yang ada,
semua yang kita ada ni dah cantik. Tapi aku dengan akak nak jugak pergi hihi.
Degil. Lagipun temanya sweet and simple. Takde opera sangat lah kot. Kannn.
Sabtu ni. Boleh la belajar ilmu make up sikit. Mihmih nak taip entri seketul
pun boleh berhari hari. Padahal bukan buat apa pun dekat rumah. Hihi baboi chu
ollls! :*
