Ini bukanlah luahan perasaan. Cuma sedikit overview
sepanjang berada di kampus ini. Setelah bergelar pelajar kampus Arau, Perlis.
And yaaa, dah sebulan lebih tak balik rumah. Tujuh minggu weyy, tujuh mingguu.
Record paling lama setakat ni. Waktu diploma paling lama tiga ke empat minggu
je. Tak pun dua minggu sekali angkut beg balik Taiping. Tapi takpelah, waktu tu
dekat. Kentut pun dengaq kata orang. Tapi tak dengaq sangat laa sebab sejam
lebih jugak. Mungkin dengaq jugak tapi samar samar gituww. Ada ke cakap pasal
kentut dekat perenggan introduction. Ish ish
Mula mula sampai, I be like. Oemji, best nyaaa arau ni. Ok
tipu. Waktu tu sedih. Mata dah mula berair, hidung mula beringus cuma tak
meleleh lagi. Gila. Takkan tak sedih. Nak berpisah dengan family yang dah
setahun aku mengadap muka depa hari hari. Terutama mak. Sebab mak sentiasa kat
rumah. Takdak kawan lain, kawan dengan mak je hari hari. Lagi lagi waktu jadi
pengaggur sebelum dapat kerja KFC dengan lepas resign dari KFC. Memang lama kat
rumah. Lepas sampai je kolej. Semua tolong bawak naik barang sampai bilik.
Semua tu ialah sedara mara yang turut memeriahkan lagi suasana. Dua bijik
kereta. Satu kereta ayah, satu lagi kereta kak pijah yang cik dengan anak anak
dia naik.
Lepas settle pendaftaran, barang semua dah bawah naik bilik.
Terus pergi makan. Eh kejap. Ada berita yang mengecewakan. Aku dapat katil
atas, dan meja tengah. Meja yang without board dan lampu belajar. Yang ada cuma
tingkap yang dilalui angin sepoi sepoi bahasa. So sadddd. Tahu tak, sepanjang
diploma aku tak penah dapat katil atas. Ni bukan kira dapat ke terima ke. First
come first cop. So yang datang lambat tiga empat minit ni kena terimalah
pilihan terakhir ituu. Takpelah, aku redho. Padahal baru lepas potpetpotpet
komplen hihihi and yahh, my roomates, seorang dari Jitra seorang lagi dari Batu
Gajah. Dua dua nya kos marketing. Dan aku jadi macam lost. Nak cari budak
finance, nak kenal, nak buat kawan. Maklumlah. Masuk sini bersendirian. Ada
kawan waktu diploma tapi dia kos Human Resource.
Kita cerita pasal kolej. Aku rasa kolej sini lagi ohsem lah.
Sebab ada rak kasut, so kasut hang takkan tersepak oleh orang sampai ke hujung
koridor. Loker pun lebih gedeq(besaq) boleh simpan banyak barang. Watercooler setiap
aras, kemudahan untuk orang yang duduk aras atas. Like me, aras tiga. Lenguh kaki
hoih naik turun tangga. Ada bilik study dan musolla yang lengkap dengan aircond.
Dan juga ada bilik tv dekat ground floor. Tv dia ada astro hokayyy. Macam macam
hader. Kolej dia banyak lebihnya dari Sri Iskandar actually. And yahh kena
bayar RM300+ per semester. Sangat murah berbanding nak duduk rumah sewa. Dewan makan
dia pun notbad. Cuma makanan tak berapa best. Tu je. Tak banyak pilihan. Dan untuk
orang yang kuat makan macam saya, ianya satu masalah besarrr.
Ok cerita pasal mall dekat arau pulak. Arau takde mall ye
anak anak. Yang ada cuma mart, CMART. Cmart tu kira tempat paling besar lah
untuk shopping kalau kat Arau. Tapi rasanya tak shopping sangat kot. Sebagai
seorang pelajar finance. Harga semua aku teliti and yahh Cmart ni barang dia
mahal. Yelah, mungkin dia rasa dia satu satu nya mart dekat situ, so dia eksyenn
(action) lebihh. Dan dekat Perlis ni kan ada segala jenis tempat belajar,
student pun lain lain negeri. Sebab tu harga mahal. Wehh, kami student kot! Bisik
hati kecilkuu. Rasanya Taiping segalanya lagi murah. So kalau nak beli stok
makanan belilah kat rumah, hangkut bawak sini. To je optimal solution dia,
githuww~
Haritu jenjalan dengan classmate dan kengkawan lain pergi
Kuala Perlis. Pergi makan besaq. Konon. Kat situ nak parking kereta sat sebab
nak pergi makan pun dah kena caj lima ringget. Mahal. Nasib makanan dia best.
Siakap tiga rasa, siakap stim, tomyam, kalian ikan masin, telur dadar, dan
sotong celup tepung. Order dua set sebab kami ada lapan orang. Semua orang
macam takut takut lepas tu. Takut mahal dan tak mampu bayar. Order bukan main
makcik makcik ni semua. Nasib lah kena sekepala enam belas ringget. So kira
mampu lagi lah. Cuma aku rasa takde apa yang best sangat pun. Aku bajet makan
tepi laut dengan angin sepoi sepoi bahasa. Rupanya cuma ada kereta kuda. Spoil.
Semua ni boleh dapat kat Taipingg. Sebenarnya saya rindukan Taiping. Hmmm kat
Perlis jarang hujan, boleh kira berapa kali je. Dan agak panas. So kalau kulit
saya macam hangus lebih dari biasa jangan tanya kenapa k
Awal awal masuk dulu rajin menangis, sebab rasa macam tak
percaya sekarang kat Perlis. Dan rasa macam tak boleh survive. Sebab sesorang.
Tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan aku, bagi aku kawan. So sekarang
tak cengeng dah. I’m 22 and I’m okay! Cepatlah berlalu dua tahun setengah. Bagilah
semuanya cemerlang disini. Yess, lagi berapa hari je nak balik. Naik train. Yahh,
first time naik train. Dengan kengkawan. Dah suruh ayah tunggu kepulangan anak
dia kat stesen ketapi khamis ni. See u! Tashabarnyaaaa~
![]() |
Throwback sikit gambar lama. Mak i miss u a lot :* Adik dah buat list makanan untuk seminggu kat rumah nanti hihi |
![]() |
Mysibling. Kakak dah nak kahwin this year. Marini going to sambung belajar. And eton masih di rumah dengan kucing kucingnya. |