Bila ada cuti extra konfem lah nak tinggalkan Arau. Dah
planning dari awal sebenarnya dengan roommate, nak ikut dia balik Penang. So
that I can melepak dekat USM jumpa my best friend, Afai. Mulanya tak tahu pulak
isnin tu Labor Day dan macam lama sangat pulak nak melepak Penang. Dan mak
jugak suruh balik rumah sebab semua family members ada. Susah bila semua dah
besar. Nak berkumpul sama sama susah. So aku divide. 2 hari Penang dan 2 hari
Taiping. Budak finance memang bijak membahagikan sesuatu dengan adil dan
saksama. Perjalanan bermula pada 28 April, Khamis. Pukul 6.30 dah bergerak ke
Kangaq (Kangar). Scary marry bila perjalanan yang sepatutnya 3 jam tu jadi 5
jam. Driver taktau jalan. Whattt. Terus mata dari lali lali jadi bulat. Tengok
je jalan driver ni bawak. Mungkin pekerja baru kot. Jalan mana tah dia lalu.
Gelap je. Siap dia boleh tanya polis yang tengah buat roadblock jalan mana nak
lalu. Aku duduk seat no dua belakang driver, so I can heard everything clearly.
Dalam pukul 11.30 lebih jugak sampai Sungai Nibong. Aku dah risau, sebab takot
tak lepas masuk USM tu. Pukul 12 nak masuk kena punch student card dekat pagor.
Mana lah nak ada, dengan pakai baju UiTM nya. Taktau lah apa motif pakai baju
UiTM tapi pergi USM kann. Menumpang naik kereta roommate aku tu, Mus, suruh
bapak dia tolong hantarkan. Terima kasih pakcik Najib. Nasib sempat. Yayyyyy
berjaya menyeludup. Wiiii~
Rancang nya sampai tu nak pergi makan. Tapi dah sampai
lewat, dengan mengantuknya. Terus menyembang dan tidur. Sori afai, kiter banyak
cakap pulak malam tu. Dia dalam hati macam, eh bila dia ni nak berhenti cakap.
Pukul 3 jugak lah tidurnya. Esok dah la nak berjalan sakan. Tapi takpa, pagi tu
lepas subuh recharge energy extra. Tak elok tidur lepas subuh ya anak anak
semua. Jangan ikut perangai kakak kakak ni. Pukul 10 lebih bangun bersiap.
Yayyyy kita nak pergi bukit bendera ini hari. Sebenarnya aku excited nak pergi
tengok padlock tu je. Sebab bajet bajet kat korea hikss. Pukul 11 lebih pergi
amik kereta sewa. Aku boncengkan Afai. Aku tak reti naik scooter sebenarnya. Tapi
tu je yang ada. Asyik nak break guna tangan kanan je. Lepas tu tak reti nak
kepit kaki, biasa naik moto gear duduk mengangkang je. Ahhh tak reti.
Malam tu
Afai dah berteka teki dengan aku pasal kereta sewa yang kami akan naik tu.
Macam macam jenis kereta dah aku teka. K tipu. Aku cepat give up. Aku teka 2, 3
kali je. Hikss kereta rare, jarang orang pakai. Takdelah jarang orang pakai,
tapi jarang perempuan pakai. Teka laa teka laa. Ok jawapannya kendian. Dalam
kawasan USM jugak rumah abang yang buat servis kereta sewa tu. Senang kan.
Kalau university aku, kena berjalan pergi depan pagor yang beribu batu tu baru
boleh naik kereta sewa. Kira sempat lah mekap cayaq dan ketiak berlecak. Serius.
Aku penah sekali je sewa, dengan kawan kawan waktu part 2 dulu, lepas tu serik.
Tapi sekarang nak kemana tak payah nak naik kereta sewa atau teksi. Sebab dah
ada motor. Motor yang terbang nun jauh dar Taiping. Terimakasih mak and ayah.
Lebiuuu~
Ok sambung pasal kereta misteri tu, jeng jeng jeng. Abang tu
bawak pergi tempat kereta tu di parking. Oh em ji. Terkejut i. Seriously kereta
ni? Seriously? Mewahnya dari sudut jenama. Dari sudut appearance, oh comotnyaa
awak. Comot namatiii. Bayangkan dua orang aweks comel naik kereta yang
berminggu tak di bawak keluar. Bukan comot sikit, comot sangat. Hmmm habislah
tercalar kewanitaan kami. Nanti orang ingat kami ni wanita pemalas. Ohh, tidak.
Afai bawak kereta, lead kat depan. Aku follow dengan scooter kat belakang. Balik
bilik hantar motor, amik barang dan chow. 10 kali pusing USM pun aku rasa aku
tak ingat jalan. Besaq gila weh ‘u’ depa. So aku follow jelah belakang.
Malangnya. Segala ranting pokok dan tahik burung kering yang meyelaputi kereta
tu terbang ke belakang. Aku menghadapi nya dengan penuh kesabaran. Aku slow kan
moto, bagi jarak jauh sikit. Dan sepanjang jalan aku tengok semua orang usha
pelik. Wehh, malu. Walaupun aku belum lagi naik kereta tu. Keluar terus direct
pergi stesen minyak, dekat Shell tu kami amik la mop cermin tu. Nak bagi clear
cermin kereta tu. Ada bangla datang tolong. Dia cucikan cermin depan sambil
terlepas cakap, ‘Eeeeee’. Hamboih, dia pun pandai eeee. Dia suruh kami pergi
basuh. Kalau basuh kedai konfem kena charge lebih ni. So kami mengambil
keputusan tebalkan muka dan drive je. Biar jelah orang nak cakap apa, janji
kami dalam kereta ni selesa. Kannn Afai kan. Sori, budak finance ni bukan
kedekut. Bijak merancang hihi. Tapi yang sedih, pergi bukit bendera, kereta
orang lain berkilat, comel. Kereta kami comot. Sekali orang tengok mesti ingat
dari hutan mana diorang ni datang ntah. Gagah nak naik Bukit Bendera. Takpelah,
janji sampai.
Bukit Bendera ramai jugak mat saleh dan minah saleh. Minah
saleh semua lawa lawa gais. Please datang Bukit Bendera gais, tak rugi gais.
Kalau nak cerita semua macam panjang berjela pulak kan. So aku highlight je
benda yang patut dikongsi bersama gituuw. Pertama yang best, ketapi dia tu.
First time jugak naik ketapi yang macam roller coaster ni. Seronok. Tak best
sikit sebab tak dapat tempat duduk. Tapi kejap je pun, takdelah lama sangat pun
nak kena berdiri. Kedua, ada ais buah kat atas tu. Sedap ngattt ais buah tu.
Dengan cuaca panas. Memang daebak! Kami beli mango ais. Pelam dia tuu, ermmm
manis bangettt. Gue suka bangettt. Tiba tukar indon jap. Ketiga, tempat padlock
yang aku nak sangat pergi tu. Cantik. Padlock bentuk love kaler pink banyak
banyak. So beautippul. Chowaaa~(saya suka dalam bahasa Korea). Kau kunci cinta
kuuu, di dalam hatimuuuu~ Afai jadi photographer tak berbayar hihi tq. Pemandangan
kat atas memang cantik. Tapi dengan kepanasan yang boleh tahan melampau, kami
beransur ke masjid. Solat dan duduk duduk kejap kat situ. Terus naik train
balik ke bawah. Lepas tu blank, taktau nak pergi mana dah. My driver Afai bawak
ronda ronda Penang, balik pulau lah mana hala. Lepas tu terus balik, recharge
energy. Malam ni nak keluar lagiii. Batu Feringgi pulok.
Malam ni tak berduaan, tapi berempatan. Mula ke sana
berlima, sorang kawan dia mintak tolong drop dekat hospital. Tinggal aku, afai,
ekin dan afiq. Ekin penah jumpa dah haritu mai Penang waktu pesta tahun lepas.
Afiq ni kira first time, ramah dan lady like sikit. Sikit je. Kira boleh masuk
geng geng jemah. Ok taknak describe lelebih hahaha tapi have fun jugak lah
dengan diorang. Walaupun aku macam blurr blurr katak bila diorang cerita pasal kelas, pasal Jessica alba, pasal
classmates. Pergi makan dekat kedai apa ntah nama. Sikit, dan tak sedap. Tapi
dah lapor, bedal sajalah labu. Habis tu pergi fish spa. Yayyyy~ First time weh,
bagi ikan makan kulit kaki. Selalu bagi makan roti. Heksaited hakak kejap malam
tu. Tapi kedai mengurut tu agak scary. Macam kedai kedai siam yang,
‘Massageeee, one dollar massageee’. Bila customer perempuan laki yang massage,
and vice versa. Tukang urut perempuan bukan main, luas leher baju. Sexy
ladehhh. Tapi aku rasa boleh request kot. Sebab ada sorang akak bertudung tu,
perempuan yang massage dia. Geli mula mula tu bila ‘anak anak ikan’ tu gigit
gigit manja kaki ni.
Keesokannya yang aku kena balik Taiping, dah janji dengan my
mommy. Ingat nak balik pukul 3 petang. Tapi pagi tu keluar jalan lagi. Pergi
cari jeruk pak ali dengan kesesakan lalu lintas yang melampau. Gerammm mak nak.
Banyak benor kereta. Mungkin sebab hari sabtu. Lepas beli belah jeruk, terus
pergi KFC Greenland nak jumpa Wani, kawan waktu kerja part time Teleflex. Lama
gila tak jumpa. Lepas habis contract haritu dia terus apply jadi manager KFC.
Sekarang ni susah dapat kerja, so kita grab je opportunity yanga ada. Kann. Dia
training KL dan dicampak ke Penang. Aku ingat dia pernah cakap, nanti aku dah
jadi manager hang datang store aku, aku belanja makan. Dengan perut lapar pagi
tu, maka kami breakfast KFC. Yayyy freee J
Thankyou Miss Wani.
Habis semua tu dalam pukul 2 jugak hahaha tak gerak ke jeti
lagi. Pukul 2.30 gerak ke jeti naik student cab kawan Afai. Dalam kereta tu ada
classmates dia yang lain pulak, Sopisopian, Khai, Nada. Nada aku pernah jumpa
jugak haritu. Tapi diorang okay, takde lah rasa awkward walaupun nak duduk
kejap je dalam kereta tu kan. Habis
scene salam salam, peluk dan babai. Terus aku seorang diri berjalan menuju ke
jeti. Dalam 20 minit jugak tunggu feri. Naik feri sampai Buteerworth terus beli
tiket dekat KTM. Naik komuter balik Taiping. First time jugak naik komuter.
Selalu naik KTM atau ETS je. Dia ada bahagian untuk lelaki dan perempuan. Tapi
yang tak best dia berhenti KTM Kamunting. Bukan KTM Taiping. So jauh sikit lah
dari rumah. Kalau Taiping 5 minit je dari rumah. Sejam je dari Butterworth
sampai Kamunting. Eh kejap, jari krem. BYEEEE~
 |
Beratur nak beli tiket, nampak sexy layyydeh lalu. |
 |
Dalam ketapi kita duduk depan, dekat dengan pakcik driver. |
 |
Santik kan pemandangan atas ni. Ok boleh cari benda tersembunyi. |
 |
Padlock yang nak sangat tengok. Cantik pemandangan atas ni. Lainkali nak datang, datang dengan boifren baru sweet, eh suami. |
 |
Boleh saya nak kunci awak dalam hati saya? Tapi saya tak pakai padlock biasa. Saya pakai lock motor yang berantai tu. Baru safety hihi |
 |
Cantik kan view dia. Beautippul~ |
 |
Bertambah beautippul pemandangan bila ada adik manisss. Jap, sape photoboom gambar i ni. |
 |
Kim Hye Jin (kiri) dan Min Ha Ri (kanan). Kita sekarang kat korea kan? |
 |
Afai cakap, bunga tahik ayam macam ni rumah dia pun ada. Hmm k. |
 |
Kawan baik since 7 february 2006 :> #10yearsandstillcounting |
 |
Keluasan penang. View dari atas. Santik kannn. |
 |
Sori muka i jadi avatar kejap, i dekat fish spa ni. |
 |
Empat bentuk avatar tengah bagi ikan makan. Fish spa ni dekat Batu Feringgi ye kawan kawan. |
 |
Kalau nak urut kaki dekat kerusi. Nak lebih lebih masuk dalam, 'massagee one dollar massageee'. |
 |
Pagi sabtu sebelum balik Taiping, singgah KFC Greenland jumpa Miss Wani. |
 |
Bila kawan sendiri yang shootkan jalapeno. Melimpah ruah ke ladang gandum. Wedges nampak lebih sexy. |
 |
Miss Wani belanja kita makan macam macam.Thankyouuuu :* |
 |
Waktu ni tengah cari mesin ATM. Tiba nampak loker ni,tiba teringat cerita isteri separuh masa, tiba rasa nak ambik gambor. |
 |
Tiba ada event konvokesyen, tiba teramik gambar kakak dan abang yang konvo, tiba baju merah tengok kamera kita dengan muka marah. |
 |
Dalam kereta menuju ke jeti. Goodbye Penang. |
 |
First time naik komuter. Ada 5, 6 ketul orang je. RM7.10 je dari Butterworth ke Kamunting. Murah. Sejam je perjalan. |
 |
Mystery solved. Kereta yang kami naik dengan menebalkan muka bila orang intai ikut tingkap dan masa nak turun kereta. Honda lama. Bunyi pun mengaum macam racing car. Ganas. |
