Sunday, September 18, 2016

Welcome to the family, Hana Zulaikha.

Lengkap sekeluarga bila ada cuti panjang. Aku dari Arau, adik aku si Marini dari Jengka, adik aku si Eton dari SBP semua balik rumah. Raya haji oi. Susah nak berkumpul bila masing masing dah besar ni. Kakak pulak dah kawin. Nak jadi ibu dah pun. Raya first dekat rumah je, walaupun tak ramai yang ada tapi mak masak meriah. Jiran tetangga yang tak balik raya datang makan dekat rumah kami. Rendang, lemang, laksa, dessert lima jenis. Dessert aku yang buat. Semangat betul kan. Trifle, cheese kek, kek coklat berhantu, cheese layer dengan kek marble. Ada jiran yang datang makan dessert je. Sebab rumah dia pun buat laksa. Aireen dengan adik dia pun ada datang.

Raya kedua semua dh start kerja. Mak pun kerja. Babysit budak. So kamilah yang kena babysit mereka mereka ni. Tapi bukan baby dah pun. Dah 4 tahun, 7 tahun. Baru je pun mak jaga diorang. Anak pegawai yang baru pindah dari Pahang Ogos lepas. Baru sebulan lebih. Awal awal rasa lain macam sebab jaga budak yang dah besar. Sebelum ni mak jaga anak orang yang dari baby. Tiga orang mak jaga. Emak yang sama. Tapi sekarang seorang je yang still mak jaga, yang lain dah ke tempat lain. Sebab apa? Dah. Malas buka aib orang. Total tiga orang la mak jaga sekarang. Seorang yang lama, dua lagi baru. Alhamdulillah masing masing dengar cakap, takdela mak pening.

Raya kedua mak buat nasik goreng. Dua jenis, nasik goreng orang tua dengan nasik goreng budak budak. Nasik goreng budak budak tu nasik goreng cina. Nasik goreng orang tua pulak nasik goreng kampong. Mak tak masak banyak sebab nak habiskan rendang semalam dengan laksa. Kakak datang pukul 11 macam tu. Dia baru balik dari klinik. Dia nak makan nasik goreng dengan keropok. Pelik. Sejak bila dia makan nasik goreng dengan keropok. Mak cakap kalau yang pelik selalunya bukan dia nak, baby dia. Ohhh cenggitu eh mak.

Malam tu sembang sembang dengan mak, nak bawak apa esok majlis korban pulapen. Nak buat kek tak cukup bahan, nak buat pudding dah ada orang buat. Dok berbincang tiba tiba  abang ipar call mak. Dia cakap kakak kena tahan wad. Semua dah risau. Kakak muntah muntah malam tu, tu yang ilun (abang ipar) bawak pergi hospital terus. Tak sangka kena tahan wad. Kami semua risau, sambil mulut cakap benda benda positif. Takpela, nurse bagi masuk air kot esok dia balik la balik. Dia penah cek ada masalah kencing kotor. Kami ingat benda benda macam tu jela. Tak lama lepas tu mak dapat whatsapp dari ilun, yang doctor nak operate kakak malam tu jugak. Ya Allah, betul ke apa aku dengar ni. Aku tengah makan terus stop. Air mata dah turun laju. Mak pun sama. Due date dia lagi 6 minggu. Anak pun kecik lagi.

Mak ayah terus siap pergi hospital. Mak suruh kami stay kat rumah, baca yassin dan doakan kakak. Tak habis aku makan. Terus baca yassin dengan Eton, dengan air mata laju. Teringat siang tadi elok je dia makan nasik goreng dekat atas sofa. Ya Allah, hanya keajaibanMu yang dapat membantu kakak aku ketika ini. Tak lama lepas tu ayah whatsapp yang dah selamat bersalin, tapi kakak  tak sedar lagi. Tak henti henti doa waktu ni, Ya Allah, lindungilah kakak aku ya Allah. Benda tu je berulang ulang sebut dekat mulut. Waktu tu dalam pukul 11 malam. Lama sikit ayah whatsapp lagi, cakap kakak tersedak ubat bius, acid masuk dalam darah. Dugaan demi dugaan. Aku syak tu mesti salah doctor atau nurse yang in-charge. Masuk air lah kakak lagi sejam untuk stabilkan balik. Doctor cakap, acid tu boleh sebabkan koma. Luruh jantung bila tahu. Kakak, please kuat, lawan semua tu. Malam tu memang malam yang paling aku taknak  berulang dalam hidup aku. Satu satunya kakak aku tengah pertarungkan nyawa. Pukul 1 lebih barulah semuanya stabil. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Mak ayah sampai rumah dalam pukul 2 pagi. Bawak uri. First time aku tengok uri. Aku tengok ayah basuh. Sebelum tu letak garam, asam jawa, limau. Basuh sampai keluar semua darah. Lama jugak nak hilang semua darah tu. Dah siap basuh ikat dalam kain. Terus menyangkul dan tanam. Baca la selawat selawat sikit. Aku cakap kat mak, kalau ada yang tengok mesti ingat apa lah keluarga tu dok menyangkul, dah nak dekat pukul 3 pagi. Kalau nak simpan esok berbau pulak nanti mak kata. Pukul 3 baru kami sekeluarga tidur.

Esok pagi siap siap barang buat kerabu megi siam. Nak hantar untuk majlis korban pulapen. Tak sempat siap buat mak dapat call dari ilun. Kakak masuk icu. Mak dah air mata laju. Terus panggil ayah nak ke hospital. Aku dah menangis mengadap tingkap. Ya Allah, beratnya rasa dekat dada aku ini ya Allah. Kau lindungilah kakak aku ya Allah. Siapkan buat kerabu. Terus hantar kat rumah jiran suruh dia bawak ke sana. Kami adik beradik tak pergi. Nak ke hospital tak boleh. Sebab nak kena jaga budak dua orang tu. Mak ingatkan suruh baca yassin, kepala kakak kena scan kejap lagi. Tak henti henti doa, nak kakak selamat. Harap sangat takde apa apa.

Tengahari nak ke petang tu mak ayah balik. Mak cerita, kakak kena masuk icu sebab doctor nampak dia nak tarik sawan. Dia macam tak sedar sangat. Ayah cakap,’Kakak, ayah ni. Kenal tak? Ayah ni kakak’. Dia angguk je. Mak ayah masing masing belakangkan katil. Layan perasan masing masing. Beratnya dugaan ni ya Allah. Aku yang dengar cerita mak ni pun menangis on the spot. Lepas asar semua siap nak tengok kakak dekat hospital. Budak budak tu ibu diorang dah amik. Aku pesan dekat diri sendiri. Jangan nangis depan dia. Please kuat walaupun sekejap. Aku taknak dia lagi sedih kalau tengok orang sekeliling dia sedih.

Mak dengan eton masuk dulu. Aku ayah marini tunggu kat luar. lepas eton keluar baru aku masuk. Icu boleh masuk dua orang je dalam satu masa. Masuk tu aku dah rasa sebak dah. Masuk bilik tengok mak tengah bersembang dengan nurse. Aku pergi kat katil tengok dia tidur. Mak cakap pg la sembang dengan kakak, dia dok lali lagi tu. sedih aku tengok keadaan dia. Bermacam macam wayar dekat tangan dia. Muka dia sembab je. Air mata aku dah nak turun tapi aku tahan. Aku sembang sembang dengan dia. Macam macam benda. Bagi dia relax. Kadang suara aku tersekat, sebab cuba nk tahan nangis. Aku buat buat tengok laci dia sebab nak lap air mata. Nasib katil tu tinggi. Dia tak perasan. Dia tanya dia ada cakap merapu ke tadi? Kot mak ayah ada cerita. Cakap takde pun. Dia diam. Dia cakap boring. Nak balik. Kakak mana penah kena tahan wad sebab sakit sebelum ni. Icu pulak tak boleh ada handphone, mati kutu dia dalam tu. Tapi nurse kat situ baik baik. Waktu melawat sampai pukul 7 je.

Esok tu ilun bagitau kakak dah transfer ke wad hdu. Alhamdulillah. Dengar icu rasa seriau sangat. Wad hdu ni still dalam pantauan la sebelum masuk wad biasa. Wad ni ok sikit sebab boleh masuk ramai. Tak payah nak tunggu turn. Baby still dalam wad baby sebab underweight. Cepat sihat tau baby. Tak sabar nak jumpa awak sayang. Tapi lagi sedih sebab kakak pun tak jumpa baby dia lagi. Lepas asar pergi melawat. Kali ni jiran jiran dari pulapen turun padang. Ok la sikit tengok dia dari kat icu haritu. Tangan pun dah takde wayar wayar pelik. Dia pun dah boleh gelak gelak. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Seronok tengok dia macam tu, walaupun tak fully recover.

Hari jumaat sedara mara dari kedah pulak datang. Pergi melawat tengah hari tu. Mak bawak nasik, ikan salmon grill, sayur sawi. Special untuk ibu berpantang. Kakak dah makin sihat. Syukur sangat. Petang saudara dari ipoh pulak datang. Kali ni tak pergi dah. Pergi aeon betulkan spec marini yang tercabut lens sebelah. Macam2 tau budak ni. Haihhh. Esoknya dah nak ke Arau. Mak, ayah, eton nak ke Jengka hantar marini. Semua kembali ke sarang. Cuti dah habis oi. Tak dapat nak jumpa baby lagi. Lagi dua minggu makngah balik jumpa awak ye sayang, Hana Zulaikha. Semoga mama dan hana sama sama cepat sihat. Amin. Gambar Hana will be on next entry soon. 





Portfolio of boyfriends

Hai semua. Long time no cerita kan. So harini I nak borak sikit dengan engkorang semua. This semester ialah final semester before industrial training. Rojak habis bahasa melayu campur english marliza buat. Semester ni enam subjek. Semua nya agak tough, 4 credit hours. Semester lepas jangan tanya apa apa, jatuh tergolek resultnya. Tak tahulah sebab apa. Semester ni kena kejar balik lah cgpa bagi cgpa cun cun before grad. In sha Allah dengan izin-Nya.

Minggu depan raya haji, cuti seminggu. Bayangkan. Baru masuk seminggu dah cuti balik lagi seminggu. Tapi ada je yang tak balik kampus lagi. Sebab seminggu je kan. Seminggu ni pun pengenalan je. Pengenalan pun ada jugak lecturer yang mengamuk sebab student tak balik lagi dari cuti sem. Nasib aku datang jugak walaupun sekejap. Masalahnya tak beli tiket siap siap haritu. Bukan aku je, classmates semua ada masalah sama. Bila pergi tanya hari isnin haritu semua tiket kamis jumaat sabtu ahad dah sold out. Khamis pagi je ada. Daripada balik kamis pagi, baik balik rabu malam tu kan. Rasa macam pergi kem pulak, tiga hari dah balik rumah. Tengok, dah taip panjang panjang still tak masuk main point. Mari kita berhuhuhu

Tahu tak portfolio tu apa? Portfolio dari segi investment macam sekumpulan asset dari pelbagai jenis ciri ciri yang dikumpulkan untuk mengurangkan risiko. Faham tak? Mesti tak faham kan. Okay, kita bagi situasi. Lain investment, lain risk and return. Kalau kita buat investment. Kita tumpu dekat satu investment, mungkin kita akan hadapi risk yang tinggi. So kita kena pelbagaikan la investment kita tu.  Lecturer subject portfolio ni nama dia Jaaffar, tapi student panggil sir Jeff. Dia kelakor gler. Dia cakap,  I nak you praktikkan apa yang u semua belajar dalam kelas portfolio ni. I nak semua ada lebih dari seorang boyfriend/girlfriend. Ada boyfriend dan girlfriend ni jugak merupakan investment. By end of this semester I akan tanya setiap seorang, jumlah boyfriends/girlfriends terkini. He said.


Contoh aplikasikan senang je. Cari boyfriends yang berbeza ciri ciri. Seorang mungkin kuat makan. Seorang mungkin kaya. Seorang mungkin rajin study. Seorang lagi mungkin kuat berjalan. So kalau kita lapar, haa call terus yang kuat makan tu. Kalau nak dekat exam, call yang rajin study tu. Kalau nak release tension sikit, nak jalan jalan, haaa call yang kuat berjalan tu. Last sekali, kalau duet takde haa call yang kaya tu. Giler nak ada lebih dari seorang. Seorang pun rasa macam nak give up dah. Mari kita berhuhuhu. Lagi. Itu je kbyeeee~


Saturday, May 7, 2016

Empat hari bermanfaat

Bila ada cuti extra konfem lah nak tinggalkan Arau. Dah planning dari awal sebenarnya dengan roommate, nak ikut dia balik Penang. So that I can melepak dekat USM jumpa my best friend, Afai. Mulanya tak tahu pulak isnin tu Labor Day dan macam lama sangat pulak nak melepak Penang. Dan mak jugak suruh balik rumah sebab semua family members ada. Susah bila semua dah besar. Nak berkumpul sama sama susah. So aku divide. 2 hari Penang dan 2 hari Taiping. Budak finance memang bijak membahagikan sesuatu dengan adil dan saksama. Perjalanan bermula pada 28 April, Khamis. Pukul 6.30 dah bergerak ke Kangaq (Kangar). Scary marry bila perjalanan yang sepatutnya 3 jam tu jadi 5 jam. Driver taktau jalan. Whattt. Terus mata dari lali lali jadi bulat. Tengok je jalan driver ni bawak. Mungkin pekerja baru kot. Jalan mana tah dia lalu. Gelap je. Siap dia boleh tanya polis yang tengah buat roadblock jalan mana nak lalu. Aku duduk seat no dua belakang driver, so I can heard everything clearly. Dalam pukul 11.30 lebih jugak sampai Sungai Nibong. Aku dah risau, sebab takot tak lepas masuk USM tu. Pukul 12 nak masuk kena punch student card dekat pagor. Mana lah nak ada, dengan pakai baju UiTM nya. Taktau lah apa motif pakai baju UiTM tapi pergi USM kann. Menumpang naik kereta roommate aku tu, Mus, suruh bapak dia tolong hantarkan. Terima kasih pakcik Najib. Nasib sempat. Yayyyyy berjaya menyeludup. Wiiii~

Rancang nya sampai tu nak pergi makan. Tapi dah sampai lewat, dengan mengantuknya. Terus menyembang dan tidur. Sori afai, kiter banyak cakap pulak malam tu. Dia dalam hati macam, eh bila dia ni nak berhenti cakap. Pukul 3 jugak lah tidurnya. Esok dah la nak berjalan sakan. Tapi takpa, pagi tu lepas subuh recharge energy extra. Tak elok tidur lepas subuh ya anak anak semua. Jangan ikut perangai kakak kakak ni. Pukul 10 lebih bangun bersiap. Yayyyy kita nak pergi bukit bendera ini hari. Sebenarnya aku excited nak pergi tengok padlock tu je. Sebab bajet bajet kat korea hikss. Pukul 11 lebih pergi amik kereta sewa. Aku boncengkan Afai. Aku tak reti naik scooter sebenarnya. Tapi tu je yang ada. Asyik nak break guna tangan kanan je. Lepas tu tak reti nak kepit kaki, biasa naik moto gear duduk mengangkang je. Ahhh tak reti. 

Malam tu Afai dah berteka teki dengan aku pasal kereta sewa yang kami akan naik tu. Macam macam jenis kereta dah aku teka. K tipu. Aku cepat give up. Aku teka 2, 3 kali je. Hikss kereta rare, jarang orang pakai. Takdelah jarang orang pakai, tapi jarang perempuan pakai. Teka laa teka laa. Ok jawapannya kendian. Dalam kawasan USM jugak rumah abang yang buat servis kereta sewa tu. Senang kan. Kalau university aku, kena berjalan pergi depan pagor yang beribu batu tu baru boleh naik kereta sewa. Kira sempat lah mekap cayaq dan ketiak berlecak. Serius. Aku penah sekali je sewa, dengan kawan kawan waktu part 2 dulu, lepas tu serik. Tapi sekarang nak kemana tak payah nak naik kereta sewa atau teksi. Sebab dah ada motor. Motor yang terbang nun jauh dar Taiping. Terimakasih mak and ayah. Lebiuuu~

Ok sambung pasal kereta misteri tu, jeng jeng jeng. Abang tu bawak pergi tempat kereta tu di parking. Oh em ji. Terkejut i. Seriously kereta ni? Seriously? Mewahnya dari sudut jenama. Dari sudut appearance, oh comotnyaa awak. Comot namatiii. Bayangkan dua orang aweks comel naik kereta yang berminggu tak di bawak keluar. Bukan comot sikit, comot sangat. Hmmm habislah tercalar kewanitaan kami. Nanti orang ingat kami ni wanita pemalas. Ohh, tidak. Afai bawak kereta, lead kat depan. Aku follow dengan scooter kat belakang. Balik bilik hantar motor, amik barang dan chow. 10 kali pusing USM pun aku rasa aku tak ingat jalan. Besaq gila weh ‘u’ depa. So aku follow jelah belakang. Malangnya. Segala ranting pokok dan tahik burung kering yang meyelaputi kereta tu terbang ke belakang. Aku menghadapi nya dengan penuh kesabaran. Aku slow kan moto, bagi jarak jauh sikit. Dan sepanjang jalan aku tengok semua orang usha pelik. Wehh, malu. Walaupun aku belum lagi naik kereta tu. Keluar terus direct pergi stesen minyak, dekat Shell tu kami amik la mop cermin tu. Nak bagi clear cermin kereta tu. Ada bangla datang tolong. Dia cucikan cermin depan sambil terlepas cakap, ‘Eeeeee’. Hamboih, dia pun pandai eeee. Dia suruh kami pergi basuh. Kalau basuh kedai konfem kena charge lebih ni. So kami mengambil keputusan tebalkan muka dan drive je. Biar jelah orang nak cakap apa, janji kami dalam kereta ni selesa. Kannn Afai kan. Sori, budak finance ni bukan kedekut. Bijak merancang hihi. Tapi yang sedih, pergi bukit bendera, kereta orang lain berkilat, comel. Kereta kami comot. Sekali orang tengok mesti ingat dari hutan mana diorang ni datang ntah. Gagah nak naik Bukit Bendera. Takpelah, janji sampai.

Bukit Bendera ramai jugak mat saleh dan minah saleh. Minah saleh semua lawa lawa gais. Please datang Bukit Bendera gais, tak rugi gais. Kalau nak cerita semua macam panjang berjela pulak kan. So aku highlight je benda yang patut dikongsi bersama gituuw. Pertama yang best, ketapi dia tu. First time jugak naik ketapi yang macam roller coaster ni. Seronok. Tak best sikit sebab tak dapat tempat duduk. Tapi kejap je pun, takdelah lama sangat pun nak kena berdiri. Kedua, ada ais buah kat atas tu. Sedap ngattt ais buah tu. Dengan cuaca panas. Memang daebak! Kami beli mango ais. Pelam dia tuu, ermmm manis bangettt. Gue suka bangettt. Tiba tukar indon jap. Ketiga, tempat padlock yang aku nak sangat pergi tu. Cantik. Padlock bentuk love kaler pink banyak banyak. So beautippul. Chowaaa~(saya suka dalam bahasa Korea). Kau kunci cinta kuuu, di dalam hatimuuuu~ Afai jadi photographer tak berbayar hihi tq. Pemandangan kat atas memang cantik. Tapi dengan kepanasan yang boleh tahan melampau, kami beransur ke masjid. Solat dan duduk duduk kejap kat situ. Terus naik train balik ke bawah. Lepas tu blank, taktau nak pergi mana dah. My driver Afai bawak ronda ronda Penang, balik pulau lah mana hala. Lepas tu terus balik, recharge energy. Malam ni nak keluar lagiii. Batu Feringgi pulok.

Malam ni tak berduaan, tapi berempatan. Mula ke sana berlima, sorang kawan dia mintak tolong drop dekat hospital. Tinggal aku, afai, ekin dan afiq. Ekin penah jumpa dah haritu mai Penang waktu pesta tahun lepas. Afiq ni kira first time, ramah dan lady like sikit. Sikit je. Kira boleh masuk geng geng jemah. Ok taknak describe lelebih hahaha tapi have fun jugak lah dengan diorang. Walaupun aku macam blurr blurr katak bila diorang  cerita pasal kelas, pasal Jessica alba, pasal classmates. Pergi makan dekat kedai apa ntah nama. Sikit, dan tak sedap. Tapi dah lapor, bedal sajalah labu. Habis tu pergi fish spa. Yayyyy~ First time weh, bagi ikan makan kulit kaki. Selalu bagi makan roti. Heksaited hakak kejap malam tu. Tapi kedai mengurut tu agak scary. Macam kedai kedai siam yang, ‘Massageeee, one dollar massageee’. Bila customer perempuan laki yang massage, and vice versa. Tukang urut perempuan bukan main, luas leher baju. Sexy ladehhh. Tapi aku rasa boleh request kot. Sebab ada sorang akak bertudung tu, perempuan yang massage dia. Geli mula mula tu bila ‘anak anak ikan’ tu gigit gigit manja kaki ni.

Keesokannya yang aku kena balik Taiping, dah janji dengan my mommy. Ingat nak balik pukul 3 petang. Tapi pagi tu keluar jalan lagi. Pergi cari jeruk pak ali dengan kesesakan lalu lintas yang melampau. Gerammm mak nak. Banyak benor kereta. Mungkin sebab hari sabtu. Lepas beli belah jeruk, terus pergi KFC Greenland nak jumpa Wani, kawan waktu kerja part time Teleflex. Lama gila tak jumpa. Lepas habis contract haritu dia terus apply jadi manager KFC. Sekarang ni susah dapat kerja, so kita grab je opportunity yanga ada. Kann. Dia training KL dan dicampak ke Penang. Aku ingat dia pernah cakap, nanti aku dah jadi manager hang datang store aku, aku belanja makan. Dengan perut lapar pagi tu, maka kami breakfast KFC. Yayyy freee J Thankyou Miss Wani.


Habis semua tu dalam pukul 2 jugak hahaha tak gerak ke jeti lagi. Pukul 2.30 gerak ke jeti naik student cab kawan Afai. Dalam kereta tu ada classmates dia yang lain pulak, Sopisopian, Khai, Nada. Nada aku pernah jumpa jugak haritu. Tapi diorang okay, takde lah rasa awkward walaupun nak duduk kejap je dalam kereta tu kan.  Habis scene salam salam, peluk dan babai. Terus aku seorang diri berjalan menuju ke jeti. Dalam 20 minit jugak tunggu feri. Naik feri sampai Buteerworth terus beli tiket dekat KTM. Naik komuter balik Taiping. First time jugak naik komuter. Selalu naik KTM atau ETS je. Dia ada bahagian untuk lelaki dan perempuan. Tapi yang tak best dia berhenti KTM Kamunting. Bukan KTM Taiping. So jauh sikit lah dari rumah. Kalau Taiping 5 minit je dari rumah. Sejam je dari Butterworth sampai Kamunting. Eh kejap, jari krem. BYEEEE~

Beratur nak beli tiket, nampak sexy layyydeh lalu.

Dalam ketapi kita duduk depan, dekat dengan pakcik driver. 

Santik kan pemandangan atas ni. Ok boleh cari benda tersembunyi.

Padlock yang nak sangat tengok. Cantik pemandangan atas ni. Lainkali nak datang, datang dengan boifren baru sweet, eh suami. 

Boleh saya nak kunci awak dalam hati saya? Tapi saya tak pakai padlock biasa. Saya pakai lock motor yang berantai tu. Baru safety hihi

Cantik kan view dia. Beautippul~

Bertambah beautippul pemandangan bila ada adik manisss. Jap, sape photoboom gambar i ni.

Kim Hye Jin (kiri) dan Min Ha Ri (kanan). Kita sekarang kat korea kan?

Afai cakap, bunga tahik ayam macam ni rumah dia pun ada. Hmm k.

Kawan baik since 7 february 2006 :> #10yearsandstillcounting

Keluasan penang. View dari atas. Santik kannn.

Sori muka i jadi avatar kejap, i dekat fish spa ni. 

Empat bentuk avatar tengah bagi ikan makan. Fish spa ni dekat Batu Feringgi ye kawan kawan. 

Kalau nak urut kaki dekat kerusi. Nak lebih lebih masuk dalam, 'massagee one dollar massageee'. 

Pagi sabtu sebelum balik Taiping, singgah KFC Greenland jumpa Miss Wani.

Bila kawan sendiri yang shootkan jalapeno. Melimpah ruah ke ladang gandum. Wedges nampak lebih sexy.

Miss Wani belanja kita makan macam macam.Thankyouuuu :*

Waktu ni tengah cari mesin ATM. Tiba nampak loker ni,tiba teringat cerita isteri separuh masa, tiba rasa nak ambik gambor.

Tiba ada event konvokesyen, tiba teramik gambar kakak dan abang yang konvo, tiba baju merah tengok kamera kita dengan muka marah. 

Dalam kereta menuju ke jeti. Goodbye Penang.

First time naik komuter. Ada 5, 6 ketul orang je. RM7.10 je dari Butterworth ke Kamunting. Murah. Sejam je perjalan. 
Mystery solved. Kereta yang kami naik dengan menebalkan muka bila orang intai ikut tingkap dan masa nak turun kereta. Honda lama. Bunyi pun mengaum macam racing car. Ganas.



Close