Sunday, August 26, 2012

: random :

setelah sakan beraya sana sini . lupa pulak yang kite nie student . cuti seminggu saja . finally , sampai universiti tersayang . duduk kat bilik sorang-sorang . masuk-masuk bilik tengok tak ada orang lagi pon . yeeeaaayy ! orang first datang . haha . ekceli tak seronok pon . kalau first sampai banyak keja kena buat . sapu sampah . kemas situ sini . seriously , bilik berhabuk gilaaa , macam cuti semester pulak . penat aku spray-spray ayaq kat lantai lepastu lap guna tisu . dah macam cinderella pulak . heee . sebab tak jumpa kain buruk . bila laa roomate kesayangan aku semua nak balik nie . bosan jaa . aku bukan buleh , kalau tak tau nak buat apa mula nak terlelap . hahaha . macam tak de life je , sebab tu aku suka sembang-sembang . ngeee . sape yang kenal rapat dengan aku tau laa . kaaaan . :D *senyum sampai telinga .

cuti raya nie sekali laa dengan cuti mid sem . so tak de laa cuti dah lepas nie . and dalam 3 minggu lagi jee nak study  . lepas tu finale yang sangat menggerunkan . aku dah la tak berapa nak sungguh-sungguh belajaq .  sebab tu kena aim dengan lecturer . malu kott . jika anda yang membaca ini , classmate saya . serious aku malu kena aim . aku perempuan lhaaa . :D *senyum sampai telinga lagi . aku pon tak tau apa salah aku . acece , macam baik sangat . maybe aku kurang ajar kerek . penggunaan kurang ajar tidak sesuai untuk saya yang sopan lagi santun nie . kaaaan .

nak taip apa lagi nie ek ? sementara tunggu roomate balek . nak cerita pasal raya cam bosan jeeaa . ramai yang dah cerita . raya aku sama jaa macam raya korang . pakai baju kurung jugak . takde pulak pakai sari or cheongsam . tapi aku tak dapat banyak duet raya pon . sedih kan ? aku baru 19 kot . muda lagi . heeee .
aku nak kemas barang aku lhaa . tak kemas lagi . kalau ade orang nak menolong tak pe la jugak kaaan  ? sambil-sambil menaip aku tengok line wifi . adakah sempat aku nak publish ? kadang-kadang tu jadi draft je . sebab kejap-kejap ada . kejap-kejap tak de . macam chipsmore gitu . aku bawak balik tiga balang kueh raya . tapi tiga jenis jelaa . yang lain tak sempat nak cekau . naseb ayah aku hantaq , kalau tak terbongkok-bongkok aku jalan dengan beg , kueh raya bagai dari depan pintu UiTM sri iskandar  sampai lah ke cempaka 2 yang 'dekat' sangat . -,-

eh , tadi kata nak kemas barang kann ? tapi rasa macam nak taip lagi . lama tak taip-taip kot . selalu taip assignment jee . *bajet rajen . aku konfom stat esok banyak benda nak kena rush . sebab nak dekat finale . yelaaa , kelas mesti bertindih-tindih . nak cover chapter bagai . dengan speaking test lagi . aaahhhh . tension kalau fikir semua nie . nak kawen tak de orang nak la pulak . hahahaha  . sokay laaa , jaga mak ayah aku cukop . kaaannn . nak letak tajuk apa eh entry nie ? random cukup . sebab dah merapu meraban . okeee . nie betul-betul nak pergi kemas barang . bubye . kalau aku sembang dengan orang pon empat lima kali babai , baru laa stop betul-betul . heeee :D *senyum laagi , sampai telinga .




Thursday, July 12, 2012

: happy birthday to me :


Last two day is my birthday , 10 July, now i’m nine teen . and it’s my last teen . yelah kan . tahun depan dah 20 tahun . adoyai , tuaanyaaa . so , for the last teen , kena la berseronok kan ? tapi tak de la sampai tak hinggat dunia . melampau dah tu . eh , boleh tak nak stay kat nineteen sampai bila-bila ? dengan harapan ada pari-pari bercahaya datang tunaikan permintaan aku . nie mesti sebab banyak tengok cerita indon , tu yang suka berangan ! choi . sebelum terlupa atau saja-saja buat lupa , thank you so much kepada yang wish and give present . i really appreciate it . just like last two sem , sambut dekat uni je , so takde family yang boleh paw hadiah banyak-banyak . sedih . pagi-pagi lagi ayah aku dah wish . then mak , kakak and adek . ilysm ~ tak lupa jugak dekat kawan-kawan yang sanggup tunggu pukul 12 sebab nak wish besday dekat kita . terharu i nok . korang sangat suit . thank you very much .

Waktu nak dekat-dekat pukul 12 tu rasa macam nak buat-buat tido je , konon-konon tak ingat besday sendiri . taktik waktu duduk hostel time sekolah dulu . macam kelakar je . mesti korang pernah terfikir nak buat kan ? tengok tu , senyum-senyum . mesti pernah , kaaan ? hahaha . waktu tu jugak mesti ternanti-nanti call orang tersayang kan ? perkataan ‘ kan ‘ digunakan berkali-kali . tambah-tambah kalau korang-korang yang  ada boyfriend yang sweet gilos . mesti ada superise bagai . aku tak da boyfriend pong , so just tunggu kawan-kawan tersayang yang wish . kawan-kawan kite sweet taw ! kalah boyfriend awak-awak semua , siap nyanyi-nyanyi lagi . 

Tahun lepas aku siap nangis lagi waktu malam besday aku , sebab kawan baik aku tak wish malam besday aku . mengada kan ? aku tak mengada sangat pun , just dia orang yang paling rapat , paling paham , paling sekepala dengan aku . dan segala jenis paling yang sewaktu dengannya . tapi dia wish malam tu jugak , dia cakap dia tertido . aku punyalah nangis sentap sebab ingat dia lupa besday aku . hahaha . rugi ayaq mata aku malam tu . tahun nie , for my nineteen . dia wish ontime , walaupun ade orang-orang lain yang wish awal sikit dari dia . waktu kat hostel dulu pon , dia mesti lepak-lepak kat bilik aku sampai pukul 12 , which is the date of my birthday . sweet kan ? u always be my BFF . sayang laju-laju .

Tadi aku online and scroll down profile fb aku sebab nak baca posted besday dari peminat . *ayat bajet hot , konon ramai orang wish . tapi line Internet yang slow nak mampus macam siput vavi . aku tak sempat tengok semua lagi . kesian kan ? besday aku dah nak basi pong . ceit . eh , tak lupa jugak dekat classmate yang nyanyi-nyanyi lagu besday dekat kita dengan riang . thank you again . post kali nie , perkataan ‘thank you’ akan digunakan beberapa kali . tak sabar-sabar pulak nak balik rumah , sebab nak mintak hadiah dari parent and sisters tersayang . weee ~ “ doakan saya berkat umur , berkat rezeki dan tingkat iman plusss jumpa jodoh yang soleh . ” AMIN ~ * huahua . gatal kan ? oke lah , that’s all , bubye ! :)

tengs ain for this , sumpah terharu . :(


eh jap-jap ! jangan bubye lagi . kat atas nie pulak post dari mak tersayang ! mesti mak aku rindu sangat kat aku , sebab sampai dua kali post . mom , i love you MORE ~

Saturday, June 30, 2012

: happy birthday ayah ! :* :

actually bufday ayah semalam . 28 JUNE . now ayah dah 50 tahun 1 hari . bangun je dari tido semalam aku terus text ayah ,

hepy bufday ayah , semoga panjang umur , murah rezeki , AMIN ~

umur ayah dah cecah 50 tahun , dah setengah abad dah . sekejap je masa berlalu .  aku rasa sedih , sebab aku tak nak umur ayah aku bertambah , aku tak nak ayah aku semakin tua , aku tak nak ayah aku jadi warga emas , dan yang aku paling tak nak , aku tak nak ayah aku sakit . aku tak nak semua tu , tapi siapa lah aku kan . aku bukan siapa-siapa yang boleh menetapkan semua tu . so , aku  just berdoa yang terbaik untuk kedua orang tua aku , mereka jantung hati aku . segalanya bagi aku , aku tak pernah lupa untuk doakan mereka . aku nak mereka sentiasa sihat . kalau boleh , aku nak pergi dulu sebelum mereka . sebab aku rasa aku tak boleh hidup tanpa mereka . but . Allah tak kan menguji kita lebih dari kemampuan kita , kaan . 

oke , stop bersedih . ayah aku hero , mak aku heroin . tapi entry nie pasal ayah , so hanya gambar ayah yang akan tertempek disini . mak jangan jeles taw . hehehe . eh , lupa . happy father's day too . sayang ayah .

ayah aku time muda-muda , sungguh awesome dan handsome , kan ? adik harap ayah akan sentiasa kuat .
nota kaki : entry nie dah taip siang tadi , tapi tetiba line putus , so post malam nie . date yang tunggan terbalik . bayangkan anda membaca hari jumaat pagi , taw . hewhew . kbai . saya sayang ayah saya ! anda sayang ayah anda ! *tetiba


Close