Tuesday, April 14, 2015

Tanamkan Hati di Perlis

Ini bukanlah luahan perasaan. Cuma sedikit overview sepanjang berada di kampus ini. Setelah bergelar pelajar kampus Arau, Perlis. And yaaa, dah sebulan lebih tak balik rumah. Tujuh minggu weyy, tujuh mingguu. Record paling lama setakat ni. Waktu diploma paling lama tiga ke empat minggu je. Tak pun dua minggu sekali angkut beg balik Taiping. Tapi takpelah, waktu tu dekat. Kentut pun dengaq kata orang. Tapi tak dengaq sangat laa sebab sejam lebih jugak. Mungkin dengaq jugak tapi samar samar gituww. Ada ke cakap pasal kentut dekat perenggan introduction. Ish ish


Mula mula sampai, I be like. Oemji, best nyaaa arau ni. Ok tipu. Waktu tu sedih. Mata dah mula berair, hidung mula beringus cuma tak meleleh lagi. Gila. Takkan tak sedih. Nak berpisah dengan family yang dah setahun aku mengadap muka depa hari hari. Terutama mak. Sebab mak sentiasa kat rumah. Takdak kawan lain, kawan dengan mak je hari hari. Lagi lagi waktu jadi pengaggur sebelum dapat kerja KFC dengan lepas resign dari KFC. Memang lama kat rumah. Lepas sampai je kolej. Semua tolong bawak naik barang sampai bilik. Semua tu ialah sedara mara yang turut memeriahkan lagi suasana. Dua bijik kereta. Satu kereta ayah, satu lagi kereta kak pijah yang cik dengan anak anak dia naik.


Lepas settle pendaftaran, barang semua dah bawah naik bilik. Terus pergi makan. Eh kejap. Ada berita yang mengecewakan. Aku dapat katil atas, dan meja tengah. Meja yang without board dan lampu belajar. Yang ada cuma tingkap yang dilalui angin sepoi sepoi bahasa. So sadddd. Tahu tak, sepanjang diploma aku tak penah dapat katil atas. Ni bukan kira dapat ke terima ke. First come first cop. So yang datang lambat tiga empat minit ni kena terimalah pilihan terakhir ituu. Takpelah, aku redho. Padahal baru lepas potpetpotpet komplen hihihi and yahh, my roomates, seorang dari Jitra seorang lagi dari Batu Gajah. Dua dua nya kos marketing. Dan aku jadi macam lost. Nak cari budak finance, nak kenal, nak buat kawan. Maklumlah. Masuk sini bersendirian. Ada kawan waktu diploma tapi dia kos Human Resource.


Kita cerita pasal kolej. Aku rasa kolej sini lagi ohsem lah. Sebab ada rak kasut, so kasut hang takkan tersepak oleh orang sampai ke hujung koridor. Loker pun lebih gedeq(besaq) boleh simpan banyak barang. Watercooler setiap aras, kemudahan untuk orang yang duduk aras atas. Like me, aras tiga. Lenguh kaki hoih naik turun tangga. Ada bilik study dan musolla yang lengkap dengan aircond. Dan juga ada bilik tv dekat ground floor. Tv dia ada astro hokayyy. Macam macam hader. Kolej dia banyak lebihnya dari Sri Iskandar actually. And yahh kena bayar RM300+ per semester. Sangat murah berbanding nak duduk rumah sewa. Dewan makan dia pun notbad. Cuma makanan tak berapa best. Tu je. Tak banyak pilihan. Dan untuk orang yang kuat makan macam saya, ianya satu masalah besarrr.


Ok cerita pasal mall dekat arau pulak. Arau takde mall ye anak anak. Yang ada cuma mart, CMART. Cmart tu kira tempat paling besar lah untuk shopping kalau kat Arau. Tapi rasanya tak shopping sangat kot. Sebagai seorang pelajar finance. Harga semua aku teliti and yahh Cmart ni barang dia mahal. Yelah, mungkin dia rasa dia satu satu nya mart dekat situ, so dia eksyenn (action) lebihh. Dan dekat Perlis ni kan ada segala jenis tempat belajar, student pun lain lain negeri. Sebab tu harga mahal. Wehh, kami student kot! Bisik hati kecilkuu. Rasanya Taiping segalanya lagi murah. So kalau nak beli stok makanan belilah kat rumah, hangkut bawak sini. To je optimal solution dia, githuww~


Haritu jenjalan dengan classmate dan kengkawan lain pergi Kuala Perlis. Pergi makan besaq. Konon. Kat situ nak parking kereta sat sebab nak pergi makan pun dah kena caj lima ringget. Mahal. Nasib makanan dia best. Siakap tiga rasa, siakap stim, tomyam, kalian ikan masin, telur dadar, dan sotong celup tepung. Order dua set sebab kami ada lapan orang. Semua orang macam takut takut lepas tu. Takut mahal dan tak mampu bayar. Order bukan main makcik makcik ni semua. Nasib lah kena sekepala enam belas ringget. So kira mampu lagi lah. Cuma aku rasa takde apa yang best sangat pun. Aku bajet makan tepi laut dengan angin sepoi sepoi bahasa. Rupanya cuma ada kereta kuda. Spoil. Semua ni boleh dapat kat Taipingg. Sebenarnya saya rindukan Taiping. Hmmm kat Perlis jarang hujan, boleh kira berapa kali je. Dan agak panas. So kalau kulit saya macam hangus lebih dari biasa jangan tanya kenapa k


Awal awal masuk dulu rajin menangis, sebab rasa macam tak percaya sekarang kat Perlis. Dan rasa macam tak boleh survive. Sebab sesorang. Tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan aku, bagi aku kawan. So sekarang tak cengeng dah. I’m 22 and I’m okay! Cepatlah berlalu dua tahun setengah. Bagilah semuanya cemerlang disini. Yess, lagi berapa hari je nak balik. Naik train. Yahh, first time naik train. Dengan kengkawan. Dah suruh ayah tunggu kepulangan anak dia kat stesen ketapi khamis ni. See u! Tashabarnyaaaa~


Throwback sikit gambar lama. Mak i miss u a lot :* Adik dah buat list makanan untuk seminggu kat rumah nanti hihi
 
Mysibling. Kakak dah nak kahwin this year. Marini going to sambung belajar. And eton masih di rumah dengan kucing kucingnya.


Monday, April 6, 2015

XPERIA

Assalamualaikum. Entry pertama untuk tahun 2015 ni. Walaupun dah bulan empat. Sekarang officially aku seorang student UiTM Per. Bukan lagi UiTM Perak, tapi Perlis. Student Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan). In simple word, budak finance. Pada mula keluar result rasa happy sangatt. Penantian selama ini tak sia sia, hampir setahun cuti sem, duduk rumah, tak belajar. So bila dapat sambung, rasa syukur. Rasa seronok. Sebab mak ayah happy. Syukur Ya Allah.


Dua bulan setengah jugak la jadi penjual henfon. Kita flashback sikit kay. Hari pertama kerja dah mula lilit shawl, konon habis cun la tu. Dengan baju biasa kaler kelabu. Taktau pulak kena tukar baju la la tu jugak. Dengan takdak handsock. Terpaksa lah beli lain kat kiosk. Takkan nak pakai tudung tapi tangan dibogelkan. I don’t like cenggitu. Pelik. Lepas tu kena belajar serve customer. Tanya nak fon apa, brand apa. So aku banyak belajar dari abg noley, the supervisor. Dan aireen, kawan kepsi aku yang rekomen keja situ.


Mula mula belajar pasang screen protector penuh bubble, senget, ada habuk. Lama lama tu reti lah. Nak kata pro tak jugak hihi. Tapi smooth la. Kira takyah nak mintak tolong orang lain. Sendiri explain, sendiri mulut manis, sendiri letak harga, sendiri jual. Waktu awal masuk, terketaq jugak. Semua benda tanya orang. Harga tak perlu tanya. Bergantung lah kita nk profit berapa. Takleh murah sangat, takleh mahal sangat. Setiap bulan ada target sales. Bukan pergi kerja setakat sembang kosong macam aku kerja celcom dulu hihi


Kalau hari minggu boleh tahan banyak la sales. Kalau hari biasa harap angin jela lalu. Biasalah, AEON. Market tak cantik sangat dekat Taiping ni. Harga barang mahal, branded pulak, orang Taiping majority sederhana. Dengan parking kena punch, makan kat foodcourt kena pakai kad. Itu lah yg leceh. Ini bukan andaian aku sendiri. Tapi makcik nasik lemak yang tetiba komplen sebab tahu aku kerja kat AEON. Sebelum pergi kerja selalu aku singgah beli nasik lemak dulu kat dia. Dia cakap dia tak biasa dengan cara AEON ni. Orang muda boleh lah. Pakcik makcik mestilah nak yang mudah. So diorang prefer makan dekat Tesco, harga pun lagi murah. Diorang tu termasuklah family aku, yang kalau boleh bagi duet terus, taraaaa~ makanan dah atas meja.


Selalunya melayu bila dia nak beli henfon mesti dia cari cina, kononnya cina tu bos dan boleh bagi murah. But, sorry to say. Kedai kami branch dari ipoh. So bos dekat Ipoh dan monitor kami semua through cctv. Kalau ada yang tak kena, dia terus akan call office. Contoh, waktu kami duduk depan kedai. Bos hanyalah 4 ketul cctv, so memang dia tak nampak depan kedai. Dia akan terus call office dan tanya, Mana pigi semua olang? Dan kami serbu masuk balik dalam kedai. Alah bos ni baru nak cuci mata. Ok sambung pasal Melayu tadi, why don’t you trust us? Yang kami akan bagi harga murah sebab kita sebangsa? Ini tak, dia cari jugak cina. Padahal cina tu bukan bos, dan harga bukan harga sebangsa. Nak buat macam mana, melayu sendiri tak percaya melayu.


Cakap pasal gaji. Alhamdulillah gaji agak mewah. Gaji lain, komisen kira lain. So kalau orang yang betul betul buat sales, banyak jual handphone. Duet gaji tak payah usik, pakai duet komisen je belanja. Mulut I tak berapa nak manis, sales tak berapa nak power. Jadi saya kena usik duet gaji untuk belanja hihi aku kerja sementara ni nak cari duet sambung belajar. Alhamdulillah duet yang ada cukup aku belanja sementara dapat ptptn. Hajat nak tukar henfon terpaksa tolak tepi dulu. Lambat benor pun ptptn ni haaa.


Paling best jadi part of YI FATT ni tau tak apa? YI FATT tu nama kedai. Bos dia tak kedekut. Bos akan datang setiap hujung minggu. Hari sabtu atau ahad. Datang dengan tangan dipenuhi kotak kotak kfc. Tak pun kotak kotak nasik lemak oldtown. And we olls, terus macam yayyy jimat duet makan hariniii. Makanan dalam AEON mahal. Memang selalu aku bawak lauk dari rumah dan beli nasik puteh. Nasik goreng biasa pun sampai lapan ringget. Sekali sekala boleh la. Kalau hari hari tak ke kopak duet. Pernah sekali tu bos siap bagi duet RM50 suruh beli makan share tiga orang. Jap, waktu tu sebab sales banyak dan semua ada jual henfon. Sebab tu kot dia bagi, hati manyak sejuk maaa. Aku dan aireen pun pergi lah habiskan duet beli chatime. Konon nak try yang baru, yang mahal. Mojitea. And yaahh, rasa dia tak seindah rupa. Rasa macam ayaq detox. Euwww~ lepas tu beli hot and rolls, and yaaa ini memang all time favourite. Siap penah beli barang konon rolls kat rumah. Tapi tak berapa nak jadi :<



Walaupun baru kerja tak sampai sebulan, aku juga di jemput pergi annual dinner YIFATT. Duet tak payah keluar, best betul. Dekat ipoh dinner nya. So bertiga lah kami, aku, aireen dan abg noley naik kereta lepas kerja. Terus shoot ke ipoh. Kedai tutup awal haritu, sempat lah aku dan aireen siap siap kat rumah dulu. Pakai biasa je, takde dress bagai pun. Bila sampai ipoh, tengok orang lain semua simple. Siap ada yang pakai baju kerja lagi. Mula mula masuk aku rasa was was. Sebab ada arak segala benda. Meja melayu ada satu, terletak hujung kat penjuru. Pekerja melayu tak ramai, dalam 5 outlet ada 6 orang. Bila dia letak makanan semua, rasa takot nak makan. Yelah, dengan cina semua ni. Terus aku direct tanya pelayan situ. Halal ke semua ni? Dia cakap halal, Thai restaurant. Dah la makanan dia semua seafood. Udang sotong ketam semua kelas A punya. I love seafood <3~ ada jugak pengalaman lain sepanjang malam tu yang membuatkan aku rasa salah aku pilih join dinner ni. Nasib abg noley ada, protect adik dia dua orang ni. Sekian cerita ringkas sepanjang bekerja di XPERIA, AEON TAIPING. Goodbye :*

Walaupun sekejap. There is a lot of memories. Thank you,
Abg Noley, Aireen, Ah ho, Alvin, Afei.
Sebagai perempuan yang normal, everyday is selfie day for us. Hikhik i miss u, Aireen.

Doakan saya berjaya habiskan degree saya dengan cemerlang :)
Dulu akaun, sekarang finance. Lecturer cakap, Finance better dari akaun, Sebab, mana ada ministry of account. Ministry of finance ada lah. Hihi jangan maraah ye kengkawan akaun


Friday, December 19, 2014

Dua Hari di Kedai Bunga


Bila dah takde takde sangat, bila dah ada sampai tiga pulak pilihan nak kerja apa. Yang pertama kerja tesco. Aku pergi jugak interview padahal dalam hati dah buat pilihan, yang aku taknak kerja dekat tesco. Interviewer dua orang, sorang india sorang melayu. Macam biasalah soalan, tell me about yourself. Aku pun bla blaa bla blaa~Lama jugak interview nya. Aku dah panas bontot nak balik. Yelah, dia call suruh datang pukul 5.30 petang. Tapi nak dekat sejam jugak baru aku di interview oleh mereka mereka. Tak punctual langsung. Yang kedua kerja kedai bunga, luar dari tesco. Saron Florist. Kedai dekat dengan toilet dgn surau. So senang la nak solat ke apa kan. Tokey cina. Pekerja semua melayu. Syarat senang. Janji ada lesen kereta. Lesen memang la ada, masalahnya dah lama tak drive. Selalunya nak kemana rempit je. Yang ketiga, dekat Aeon, kedai henfon. Kawan kepsi dulu cakap ada kosong situ. Kalau nak boleh jee. Dia pun kerja situ jugak. Lagi la senang, sebab ada orang kenal kan. Takde la kekok.

Tapi antara semua aku pilih kerja kedai bunga, kerja 8jam basic sembilan. Ok lah kan. Lagipun dekat dengan rumah. Kerja takde la berat sangat. Jaga bunga je kot. Ni tanggapan sebelum pergi kerja ler. Start kerja senin, pukul 1.30 tengahari. Lepas solat zohor terus gerak. Berpeluh ketiak lari bekejaran sebab dah lambat. Masuk tu ada sorang budak melayu, Wani nama dia. Nama sama macam budak kepsi dulu jugak. Umur 17. Tapi waktu dia suruh aku teka aku cakap 20 tahun hihi dia bagi punchcard suruh isi nama semua. Jam punchcard lambat 10 minit. Kira aku on time la. Fuhh selamat rekod hari pertama kerja. Mula mula awkward la. Sebab tak kenal sesape. Bos pun aku tak kenal sebab yg amik aku kerja haritu pekerja je, Kak Fatin. Tiba tiba ada cina masuk, aku agak dah ni konfem boss. Kedai tu sangat kecik, sempit. Siap ada botol arak, dengan tokkong cina. Scaryy weh. Belajar pasal harga la mula mula tu. Roses sekuntum RM2.50. Kalau yang dah siap balut RM10. Pembalut hadiah RM5. Bear kecik cenoet pakai hood Rm18. Semua mahai. Kalau aku, aku beli yg tak gubah lagi. Jimat.

Lepastu pergi siapkan stage. Dekat dekat situ jugak. Event tesco. Kena gantung belon kat tiang. Main belasah je lilit asalkan tak nampak tiang. Aku malas nak bagi pendapat bila ada orang tunjuk pandai. So aku biar je. Dua tiga kali jugak cabut pasang cabut pasang. Dah siap separuh kerja kena ikut bos pergi simpang. Ada event. Sebelum tu, pergi store amik barang. Store tu rumah sewa yg penuh dengan segala mak nenek punya barang.Hangkut lah barang satu persatu. Bunga besaq macam pintu gerbang tu, segala kain, renda, reben, meja. Tu ok lagi. Tiba tiba dia suruh aku angkat cawan wain. Aku dah macam, eh event apa ni. Eh. Paling tak ok, selamba badak dia suruh aku pegang dua botol wain, arak la tu. Aku terkejut. Dengan kepala aku yg bertutup litup bawak dua arak. Bayangkan. Menangis hati kecilku. Tapi dia tengah kalut. Aku cepat cepat masukkan dalam kereta dia.

Dah separuh jalan nak sampai dia boleh lupa karpet, terpaksa patah balik. Sambil tu dia maki maki diri dia. Sebab dah jauh, boleh pulak lupa kan. Dah amik karpet berambus pergi simpang balik. Kali ni dia bawak laju. Aku seriau dah. Kalau nak jadi apa apa pun dekat aku, please jangan dalam kereta ni, dengan ada dua arak kat belakang, dengan depan ada patung tokkong cina. Tidakkk. Nasib selamat sampai. Haaa, dalam kereta dia dah siap pesan. Sampai nanti u basuh cawan wain tu. Sebab berhabuk. Aku rasa macam whattt? Event dekat kedai makan cina. Bau busuk ya rabbiii. Aku rasa tu konfem ada babi tu. First time aku masuk kedai makan cina. Siap guna singki basuh cawan wain yang berhabuk. Terasa hina sekejap.

Si Wani kena bentang karpet dengan pasal bunga pintu gerbang tu. Lepas tu dia tengok aku dah siap kerja, dia suruh hangkut dua arak tu dari dalam kereta pergi depan. Againnnn aku kena pegang. Terpaksa. Lepas siap pasang semua gerak balik kedai. Siapkan pentas untuk event tesco. Sambung pasang kain, siap kena staple bagai. Lenguh tangan i. Lepas tu break sejam. Dan sambung siapkan stage. Wani dah balik. Tinggal aku dengan Kak Fatin jela. Dalam pukul sepuluh bos ajak aku pergi amik barang dekat simpang. Seorang. Sebab sorang lagi kena jaga kedai. Kali ni lagi rare. Aku kena basuh cawan yg ada wain tu wehhh. Yang bekas orang dah minum. Basuh sambil termenung aku. Rasa terkejut, rasa blurr. Dia sibuk suruh cepat, dah lambat, nak balik. Ada pulak anjing besar bapak lalu lalu situ. Takot haih aku. Lagi slow aku buat kerja. Dah kena main elak elak anjing. Hey you anjing, pergi jauh jauh. Sepanjang perjalanan balik tu, aku termenung dalam kereta. Kepala dok fikir macam macam. Betul ke apa aku buat ni. Betul ke hmm rasa nak menangis. First time pegang botol arak weii, dengan kedai makan cina yang bau busuk yg amat. Aku tak tahan, rasa nak muntah. Sampai tesco naik kedai, amik helmet dengan beg dan belah. Kalau ikutkan hati esok tu aku dah taknak datang dah. Tapi esok shift pagi. Sebab Kak Fatin ada hal. Takkan aku nak fikir masalah aku sorang je kan. Balik rumah cerita semua dekat family. Ayah suruh berhenti. Kalau mintak keje jaga kedai pun. Sumber duet dia tu pun dah was was. Taknak ahh aku. Aku terus text kawan kepsi, tanya ada lagi tak kosong. Kedai henfon tu. Alhamdulillah rezeki. Ada kosong. Boleh aku angkat kaki cepat dari kedai bunga ni.

Pagi selasa, hari yang nak kena bukak kedai tu. Pukul 9 lagi aku dah bertolak dari rumah. Sebab konon kalau bukak lambat kena penalty RM200. Mana nak cekau duet. Kedai pukul 9.30 dah kena bukak dah. Terkedek kedek aku keluarkan barang dari kedai. Sempit gila kot. Takleh masuk selagi tak keluarkan barang susun kat depan. Aku mana reti. Aku hentam je susun bunga ikut sesedap rasa. Lepas tu boss datang buat muka terkejut, sebab aku bukak kedai. Dia susun balik bunga yg aku susun. Kena lapik papan bagi tinggi. Mana I tau. Semalam tak sempat pun nak teliti semua tu. Mula mula buat stok bunga. Ada macam macam jenis. Baby breath, bunga kaler purple, roses. Roses paling banyak jutaaan lemon. Kena potong batang dia, cabut daun. Tak larat. Nasib wangi. Waktu awal awal tu semangat la nak buat. Hujung hujung dah malas. Lepas tu break kejap. Aku duduk kat surau je, malas nk makan. Tak suka makan sorang sorang. Rasa tak sedap hihi. Lepas habis break kena pergi store. Jalan kaki dr tesco dengan Wani. Aku dah terpikir, kena buat apa pulak nii.

Ok ni kurang hasam. Kena basuh segala sarung meja kerusi. Banyak sangat, rasa macam kedai dobi. Kalau basuh mesin takpe. Ni kena manual pakai tangan. Aku dah membebel dalam hati. Kedekut, hantar la kedai dobi. Aku rasa aku kerja kedai bunga bukan kedai dobi. Dah laa semua kain tu bau colok. Sebab event dekat tokkong. Tu pun Wani cakap, sebab dia yg kena pergi. Kain alas meja bau lagilah. Dengan kotor nya, ada bekas sambal. Aku takot nak pegang sebab entah entah babi masak pedas ke yg depa makan. Mana tau kan. Seram makkk. Habis rendam kain kain tu nak balik kedai. Dalam pukul 6 dah waktu tu. Dah nak dekat time balik.Waktu sesi rendam kain tu boss ada sekali. Dia berehat kat dalam. Sebelum balik aku cakap la harini saya last kerja. Muka dia pelik, dia tanya kenapa. Aku cakap dapat offer keje tempat lain. Dia suruh kerja lagi sehari dua. Aku rasa mesti banyak lagi event dia ni. Taknak lah aku. Lagipun dah janji dengan kedai henfon. Balik rumah terus samak tangan kaki. Sebab was was. Sekian cerita tragis saya :’/ Esok bermula lah kisah hidupku sebagai penjual henfon.

gambar sumber google


Close