Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah tiga paper
berlalu. Sekarang tinggal dua paper lagi. Dengan gap paper yang agak panjang,
kita chillax lah dulu kan. Kita update blog, kita scroll timeline twitter, kita
menyembang sampai ke pagi, kita tidur ikut suka hati, kita layan movie sampai
lebam. Tengok cerita frozen berkali kali. Kalau aku yg dewasa ni pun ulang
puluh puluh kali. Agak agak budak budak ulang ratus ratusan kali ke macam mana.
Do you want to build a snowman?
Ok. Berbalik kepada tajuk. Actually nak cerita pasal
planning lepas diploma. Sebenarnya rasa excited lah nak habis ni. Aku rasa
bukan aku sorang je kot rasa macam tu. Kannn. Sebab macam macam benda dah aku
plan dalam kepala otak aku yang memory dia sudah kaler merah ni. Full memory
maksudnya. Kalau ilmu ni boleh transfer dah lama aku transfer dekat adik adik
part five sem ni.
Kadang kadang bila study kita mesti terniat yang study untuk
ambil periksa kan. Sedangkan kita sepatutnya niat akan guna ilmu tu sepanjang
hidup. Sebab tu kalau kita nak refresh benda yang kita pernah belajar tu
lambat. Tapi aku sendiri pun terniat macam tu. Kalau kita celup jari dalam air
laut, banyak tu je ilmu kita berbanding ilmu yang ada dekat dunia ni. Allah hu~
First planning, nak daftar kursus menjahit. Disebabkan upah
menjahit sekarang mahal plus demand yang tinggi. Ni dikira opportunity laa kan.
Lagipun, minat lah jugak nak menjahit ni. Tapi more tu manik manik lah. Takpun
belajar je dengan mak sendiri. Dari kecik sampai umur 20 tahun 8 bulan ni,
boleh kira berapa helai je baju kurung yang beli. Yang lain supermom yang buat.
Kalau nak cerita pasal my mom dekat sini memang tak sempat cerita pasal
planning.
Second planning, nak kerja. Ni konfem lah kan, dari duduk
sesaja kat rumah tu baik kerja. Tapi itulah, kalau takde kelas menjahit tu lah.
Kira macam option kedua gitu. Tapi kalau boleh nak kerja kena mengena dengan
akaun. Baru boleh praktikalkan apa yang dah dibelajar, kan kan.
Third planning, nak belajar memasak. Sebenarnya nak taip
memasak ni gigil gigil jugak. Sebab kalau aku tak masak kat rumah. Konfem kakak
atau adik adik aku akan baca entry ni dekat aku. Hey you! Ini planning ok.
Bukan surat aku janji. Rasa macam buang tabiat je tiba tiba nak belajar masak
kan. Masuk dapur tu biasa je, tapi selalu jadi assistant mak je. So, lepas ni
no more assistant, but chef utama gitu. I want to learn all of the resepi. All
the ilmu memasak from emak.
Lastly, nak jual flower crown secara online. Sebelum ni
memang jual pun. Tapi untuk orang orang terdekat je. So after this, I nak buat
satu IG khas. So, kalau nak postage ke mana mana pun boleh. Harga tak dapat nak
fixed kan lagi. Later on I will make an entry untuk my business ni okay.
Sebenarnya, yang business flower crown ni paling semangat. Sebab I suka Art
walaupun tak pandai nak melukis sangat.
Setakat ni, itu jelah planning nya. Ada lagi dua paper.
Accounting dengan taxation. Tapi dah siap to do list bagai. Harap segalanya
yang berlaku dalam hidup aku berjalan dengan lancar. Jauhkan aku dari musibah
yang berat Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu musibah adalah ujian kehidupan.
InsyaAllah. Got to go. Assalamualaikum.
Some of the flower crown I made. Have a look :)
1 comment:
hmm nnt boleh aku rasa masakan ang pulak...mst sdp ....hehehe
Post a Comment