Wednesday, April 2, 2014

Planning After Dip Dip Dip


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah tiga paper berlalu. Sekarang tinggal dua paper lagi. Dengan gap paper yang agak panjang, kita chillax lah dulu kan. Kita update blog, kita scroll timeline twitter, kita menyembang sampai ke pagi, kita tidur ikut suka hati, kita layan movie sampai lebam. Tengok cerita frozen berkali kali. Kalau aku yg dewasa ni pun ulang puluh puluh kali. Agak agak budak budak ulang ratus ratusan kali ke macam mana. Do you want to build a snowman?

Ok. Berbalik kepada tajuk. Actually nak cerita pasal planning lepas diploma. Sebenarnya rasa excited lah nak habis ni. Aku rasa bukan aku sorang je kot rasa macam tu. Kannn. Sebab macam macam benda dah aku plan dalam kepala otak aku yang memory dia sudah kaler merah ni. Full memory maksudnya. Kalau ilmu ni boleh transfer dah lama aku transfer dekat adik adik part five sem ni.

Kadang kadang bila study kita mesti terniat yang study untuk ambil periksa kan. Sedangkan kita sepatutnya niat akan guna ilmu tu sepanjang hidup. Sebab tu kalau kita nak refresh benda yang kita pernah belajar tu lambat. Tapi aku sendiri pun terniat macam tu. Kalau kita celup jari dalam air laut, banyak tu je ilmu kita berbanding ilmu yang ada dekat dunia ni. Allah hu~

First planning, nak daftar kursus menjahit. Disebabkan upah menjahit sekarang mahal plus demand yang tinggi. Ni dikira opportunity laa kan. Lagipun, minat lah jugak nak menjahit ni. Tapi more tu manik manik lah. Takpun belajar je dengan mak sendiri. Dari kecik sampai umur 20 tahun 8 bulan ni, boleh kira berapa helai je baju kurung yang beli. Yang lain supermom yang buat. Kalau nak cerita pasal my mom dekat sini memang tak sempat cerita pasal planning.

Second planning, nak kerja. Ni konfem lah kan, dari duduk sesaja kat rumah tu baik kerja. Tapi itulah, kalau takde kelas menjahit tu lah. Kira macam option kedua gitu. Tapi kalau boleh nak kerja kena mengena dengan akaun. Baru boleh praktikalkan apa yang dah dibelajar, kan kan.

Third planning, nak belajar memasak. Sebenarnya nak taip memasak ni gigil gigil jugak. Sebab kalau aku tak masak kat rumah. Konfem kakak atau adik adik aku akan baca entry ni dekat aku. Hey you! Ini planning ok. Bukan surat aku janji. Rasa macam buang tabiat je tiba tiba nak belajar masak kan. Masuk dapur tu biasa je, tapi selalu jadi assistant mak je. So, lepas ni no more assistant, but chef utama gitu. I want to learn all of the resepi. All the ilmu memasak from emak.

Lastly, nak jual flower crown secara online. Sebelum ni memang jual pun. Tapi untuk orang orang terdekat je. So after this, I nak buat satu IG khas. So, kalau nak postage ke mana mana pun boleh. Harga tak dapat nak fixed kan lagi. Later on I will make an entry untuk my business ni okay. Sebenarnya, yang business flower crown ni paling semangat. Sebab I suka Art walaupun tak pandai nak melukis sangat.

Setakat ni, itu jelah planning nya. Ada lagi dua paper. Accounting dengan taxation. Tapi dah siap to do list bagai. Harap segalanya yang berlaku dalam hidup aku berjalan dengan lancar. Jauhkan aku dari musibah yang berat Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu musibah adalah ujian kehidupan. InsyaAllah. Got to go. Assalamualaikum.

 Some of the flower crown I made. Have a look :)







Close