Friday, December 30, 2016

Sembangs study and my anak buah photos

Previous entry kata nak letak gambar Hana Zulaikha soon. Tapi tak masukkan pun dan Hana dah nak masuk tiga bulan dah pun. Hihi I’m sorrryyyyy. Busy sangat final semester ni. Sem depan dah start practical and yaahh degree is done. Tak sabar nak habis and at the same time takut rindu university life. Ramai yang dah kerja cakap, study lagi best. Study memang best, yang tak best tuuuu, test, assignment, presentation and final examination. Haa tu semua tak best. And satu lagi, nak hadap perangai orang yang pelik and kadang kadang kita sendiri fedup nak faham. Pergi kelas je best, itu pun bukan kelas pukul lapan hihi

Pejam celik tahun depan dah 24 tahun dah. Times go marathon. Dia tak fast dah. Dia marathon teruih. Dah tak tunggu hengko dah oih. Sepatutnya aku dah habis belajar time ni. Tapi disebabkan delay kejap waktu diplome nak masuk degree tu. dengan tukar kos. Haaa rugi setahun jugak la. Pada adik adik yang baru habis spm tu, kalau dapat offer matrikulasi atau diploma. Please go for matric. Jimat masa. Tak macam hakak, tua tua kena belajor lagi. Tapi kena struggle sikit la kat matric tu, janji dapat sambung degree. At first aku tak dapat pun matric, masuk uitm, tapi still buat rayuan matric tu. Bila dah dua minggu kat uitm barulah dapat offer dari matric. Waktu tu macam alahhh malas la. Lebih kurang je pun habisnya nanti. Tengok sekarang haaa, lebih banyak. Ramai kawan yang dah grad. So marilah kita berhuhuhu. Tapi takpe, ni jalan yang Dia dah tentukan untuk aku. Ni yang terbaik.

Mana gambar Hana ni? Kejaappp, aku tak habis borak lagi ni. Walaupun takde orang baca. Jom berhuhuhu lagi sekali. Sekarang study week. Nama jela study week, tapi apa yang kita buat? Movie week, khatam cerita mana yang tak habis tengok lagi. Tido week, qado tido mana yang tak cukup sebab berjaga buat assignment. Lagi dua hari nak exam baru bukak buku. Lepas tu menyesal. Haaa rotate dari first semester sampai final semester. Jangan macam tu ye adik adik. Jangan! Diploma dulu aku memang main teruksss punya. Pergi final exam tanpa ilmu yang cukup di dada. Study mana yang sempat and main banyak. Sebab tu result tak flying colour walaupun above 3 pointer.

Final sem ni ada lima paper. Kena study lebih, make sure semua paper lepas. Kalau tak delay lagi lah nak habiskan degree ni. Cukup cukup lah tu kan delay. Nak kerja pulak. Cari duet sikit. Kawin. Ramai dah kengkawan dah kawin, dah ada anak. Kita ni ada anak tekak jee. Tambah hujung tahun ni, memang tak berapa nak berasap la dapur rumah. Asyik kenduri je. Baru ni geng waktu kecik pun dah kawin, cepat jodoh dia. Cepat jodoh dia takpe. Yang serabut bila mak dok sibuk tanya pasal calon. Haaa haruu. Siap nak carikan calon. Sabor jela. Doakan aku yaaa. Semoga Marliza dapat first class degree. Semoga Marliza dapat practical dekat Bank Rakyat. Amin~


Itu je kot untuk entry kali ni. Alhamdulillah kakak dah sihat. Hana bertambah sihat. Waktu mula mula tengok dulu haluih ja dia. Nak pegang pun seriau. Sekarang haaa hamik kau. Debab kemain dah dia. Hari hari makngah doakan Hana. Bagi Hana besar dengan sihat, cantik dan bijak. I miss you, Hana Zulaikha.




Ni gambar waktu photoshoot. Kemain Hana, kecik kemetot dah siap photoshoot hihi. Waktu ni haluih lagi. Sekarang dah debab. Gambar sekarang tak dapat nak letak sebab my laptop ada virus and tak boleh nak transfer gambor dari phone. Karang jahanam laptop dengan phone sekali harung. Maybe on next entry bila aku dah format my laptop. Next entry taktau bila. Kbye~


Sunday, September 18, 2016

Welcome to the family, Hana Zulaikha.

Lengkap sekeluarga bila ada cuti panjang. Aku dari Arau, adik aku si Marini dari Jengka, adik aku si Eton dari SBP semua balik rumah. Raya haji oi. Susah nak berkumpul bila masing masing dah besar ni. Kakak pulak dah kawin. Nak jadi ibu dah pun. Raya first dekat rumah je, walaupun tak ramai yang ada tapi mak masak meriah. Jiran tetangga yang tak balik raya datang makan dekat rumah kami. Rendang, lemang, laksa, dessert lima jenis. Dessert aku yang buat. Semangat betul kan. Trifle, cheese kek, kek coklat berhantu, cheese layer dengan kek marble. Ada jiran yang datang makan dessert je. Sebab rumah dia pun buat laksa. Aireen dengan adik dia pun ada datang.

Raya kedua semua dh start kerja. Mak pun kerja. Babysit budak. So kamilah yang kena babysit mereka mereka ni. Tapi bukan baby dah pun. Dah 4 tahun, 7 tahun. Baru je pun mak jaga diorang. Anak pegawai yang baru pindah dari Pahang Ogos lepas. Baru sebulan lebih. Awal awal rasa lain macam sebab jaga budak yang dah besar. Sebelum ni mak jaga anak orang yang dari baby. Tiga orang mak jaga. Emak yang sama. Tapi sekarang seorang je yang still mak jaga, yang lain dah ke tempat lain. Sebab apa? Dah. Malas buka aib orang. Total tiga orang la mak jaga sekarang. Seorang yang lama, dua lagi baru. Alhamdulillah masing masing dengar cakap, takdela mak pening.

Raya kedua mak buat nasik goreng. Dua jenis, nasik goreng orang tua dengan nasik goreng budak budak. Nasik goreng budak budak tu nasik goreng cina. Nasik goreng orang tua pulak nasik goreng kampong. Mak tak masak banyak sebab nak habiskan rendang semalam dengan laksa. Kakak datang pukul 11 macam tu. Dia baru balik dari klinik. Dia nak makan nasik goreng dengan keropok. Pelik. Sejak bila dia makan nasik goreng dengan keropok. Mak cakap kalau yang pelik selalunya bukan dia nak, baby dia. Ohhh cenggitu eh mak.

Malam tu sembang sembang dengan mak, nak bawak apa esok majlis korban pulapen. Nak buat kek tak cukup bahan, nak buat pudding dah ada orang buat. Dok berbincang tiba tiba  abang ipar call mak. Dia cakap kakak kena tahan wad. Semua dah risau. Kakak muntah muntah malam tu, tu yang ilun (abang ipar) bawak pergi hospital terus. Tak sangka kena tahan wad. Kami semua risau, sambil mulut cakap benda benda positif. Takpela, nurse bagi masuk air kot esok dia balik la balik. Dia penah cek ada masalah kencing kotor. Kami ingat benda benda macam tu jela. Tak lama lepas tu mak dapat whatsapp dari ilun, yang doctor nak operate kakak malam tu jugak. Ya Allah, betul ke apa aku dengar ni. Aku tengah makan terus stop. Air mata dah turun laju. Mak pun sama. Due date dia lagi 6 minggu. Anak pun kecik lagi.

Mak ayah terus siap pergi hospital. Mak suruh kami stay kat rumah, baca yassin dan doakan kakak. Tak habis aku makan. Terus baca yassin dengan Eton, dengan air mata laju. Teringat siang tadi elok je dia makan nasik goreng dekat atas sofa. Ya Allah, hanya keajaibanMu yang dapat membantu kakak aku ketika ini. Tak lama lepas tu ayah whatsapp yang dah selamat bersalin, tapi kakak  tak sedar lagi. Tak henti henti doa waktu ni, Ya Allah, lindungilah kakak aku ya Allah. Benda tu je berulang ulang sebut dekat mulut. Waktu tu dalam pukul 11 malam. Lama sikit ayah whatsapp lagi, cakap kakak tersedak ubat bius, acid masuk dalam darah. Dugaan demi dugaan. Aku syak tu mesti salah doctor atau nurse yang in-charge. Masuk air lah kakak lagi sejam untuk stabilkan balik. Doctor cakap, acid tu boleh sebabkan koma. Luruh jantung bila tahu. Kakak, please kuat, lawan semua tu. Malam tu memang malam yang paling aku taknak  berulang dalam hidup aku. Satu satunya kakak aku tengah pertarungkan nyawa. Pukul 1 lebih barulah semuanya stabil. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Mak ayah sampai rumah dalam pukul 2 pagi. Bawak uri. First time aku tengok uri. Aku tengok ayah basuh. Sebelum tu letak garam, asam jawa, limau. Basuh sampai keluar semua darah. Lama jugak nak hilang semua darah tu. Dah siap basuh ikat dalam kain. Terus menyangkul dan tanam. Baca la selawat selawat sikit. Aku cakap kat mak, kalau ada yang tengok mesti ingat apa lah keluarga tu dok menyangkul, dah nak dekat pukul 3 pagi. Kalau nak simpan esok berbau pulak nanti mak kata. Pukul 3 baru kami sekeluarga tidur.

Esok pagi siap siap barang buat kerabu megi siam. Nak hantar untuk majlis korban pulapen. Tak sempat siap buat mak dapat call dari ilun. Kakak masuk icu. Mak dah air mata laju. Terus panggil ayah nak ke hospital. Aku dah menangis mengadap tingkap. Ya Allah, beratnya rasa dekat dada aku ini ya Allah. Kau lindungilah kakak aku ya Allah. Siapkan buat kerabu. Terus hantar kat rumah jiran suruh dia bawak ke sana. Kami adik beradik tak pergi. Nak ke hospital tak boleh. Sebab nak kena jaga budak dua orang tu. Mak ingatkan suruh baca yassin, kepala kakak kena scan kejap lagi. Tak henti henti doa, nak kakak selamat. Harap sangat takde apa apa.

Tengahari nak ke petang tu mak ayah balik. Mak cerita, kakak kena masuk icu sebab doctor nampak dia nak tarik sawan. Dia macam tak sedar sangat. Ayah cakap,’Kakak, ayah ni. Kenal tak? Ayah ni kakak’. Dia angguk je. Mak ayah masing masing belakangkan katil. Layan perasan masing masing. Beratnya dugaan ni ya Allah. Aku yang dengar cerita mak ni pun menangis on the spot. Lepas asar semua siap nak tengok kakak dekat hospital. Budak budak tu ibu diorang dah amik. Aku pesan dekat diri sendiri. Jangan nangis depan dia. Please kuat walaupun sekejap. Aku taknak dia lagi sedih kalau tengok orang sekeliling dia sedih.

Mak dengan eton masuk dulu. Aku ayah marini tunggu kat luar. lepas eton keluar baru aku masuk. Icu boleh masuk dua orang je dalam satu masa. Masuk tu aku dah rasa sebak dah. Masuk bilik tengok mak tengah bersembang dengan nurse. Aku pergi kat katil tengok dia tidur. Mak cakap pg la sembang dengan kakak, dia dok lali lagi tu. sedih aku tengok keadaan dia. Bermacam macam wayar dekat tangan dia. Muka dia sembab je. Air mata aku dah nak turun tapi aku tahan. Aku sembang sembang dengan dia. Macam macam benda. Bagi dia relax. Kadang suara aku tersekat, sebab cuba nk tahan nangis. Aku buat buat tengok laci dia sebab nak lap air mata. Nasib katil tu tinggi. Dia tak perasan. Dia tanya dia ada cakap merapu ke tadi? Kot mak ayah ada cerita. Cakap takde pun. Dia diam. Dia cakap boring. Nak balik. Kakak mana penah kena tahan wad sebab sakit sebelum ni. Icu pulak tak boleh ada handphone, mati kutu dia dalam tu. Tapi nurse kat situ baik baik. Waktu melawat sampai pukul 7 je.

Esok tu ilun bagitau kakak dah transfer ke wad hdu. Alhamdulillah. Dengar icu rasa seriau sangat. Wad hdu ni still dalam pantauan la sebelum masuk wad biasa. Wad ni ok sikit sebab boleh masuk ramai. Tak payah nak tunggu turn. Baby still dalam wad baby sebab underweight. Cepat sihat tau baby. Tak sabar nak jumpa awak sayang. Tapi lagi sedih sebab kakak pun tak jumpa baby dia lagi. Lepas asar pergi melawat. Kali ni jiran jiran dari pulapen turun padang. Ok la sikit tengok dia dari kat icu haritu. Tangan pun dah takde wayar wayar pelik. Dia pun dah boleh gelak gelak. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Seronok tengok dia macam tu, walaupun tak fully recover.

Hari jumaat sedara mara dari kedah pulak datang. Pergi melawat tengah hari tu. Mak bawak nasik, ikan salmon grill, sayur sawi. Special untuk ibu berpantang. Kakak dah makin sihat. Syukur sangat. Petang saudara dari ipoh pulak datang. Kali ni tak pergi dah. Pergi aeon betulkan spec marini yang tercabut lens sebelah. Macam2 tau budak ni. Haihhh. Esoknya dah nak ke Arau. Mak, ayah, eton nak ke Jengka hantar marini. Semua kembali ke sarang. Cuti dah habis oi. Tak dapat nak jumpa baby lagi. Lagi dua minggu makngah balik jumpa awak ye sayang, Hana Zulaikha. Semoga mama dan hana sama sama cepat sihat. Amin. Gambar Hana will be on next entry soon. 





Portfolio of boyfriends

Hai semua. Long time no cerita kan. So harini I nak borak sikit dengan engkorang semua. This semester ialah final semester before industrial training. Rojak habis bahasa melayu campur english marliza buat. Semester ni enam subjek. Semua nya agak tough, 4 credit hours. Semester lepas jangan tanya apa apa, jatuh tergolek resultnya. Tak tahulah sebab apa. Semester ni kena kejar balik lah cgpa bagi cgpa cun cun before grad. In sha Allah dengan izin-Nya.

Minggu depan raya haji, cuti seminggu. Bayangkan. Baru masuk seminggu dah cuti balik lagi seminggu. Tapi ada je yang tak balik kampus lagi. Sebab seminggu je kan. Seminggu ni pun pengenalan je. Pengenalan pun ada jugak lecturer yang mengamuk sebab student tak balik lagi dari cuti sem. Nasib aku datang jugak walaupun sekejap. Masalahnya tak beli tiket siap siap haritu. Bukan aku je, classmates semua ada masalah sama. Bila pergi tanya hari isnin haritu semua tiket kamis jumaat sabtu ahad dah sold out. Khamis pagi je ada. Daripada balik kamis pagi, baik balik rabu malam tu kan. Rasa macam pergi kem pulak, tiga hari dah balik rumah. Tengok, dah taip panjang panjang still tak masuk main point. Mari kita berhuhuhu

Tahu tak portfolio tu apa? Portfolio dari segi investment macam sekumpulan asset dari pelbagai jenis ciri ciri yang dikumpulkan untuk mengurangkan risiko. Faham tak? Mesti tak faham kan. Okay, kita bagi situasi. Lain investment, lain risk and return. Kalau kita buat investment. Kita tumpu dekat satu investment, mungkin kita akan hadapi risk yang tinggi. So kita kena pelbagaikan la investment kita tu.  Lecturer subject portfolio ni nama dia Jaaffar, tapi student panggil sir Jeff. Dia kelakor gler. Dia cakap,  I nak you praktikkan apa yang u semua belajar dalam kelas portfolio ni. I nak semua ada lebih dari seorang boyfriend/girlfriend. Ada boyfriend dan girlfriend ni jugak merupakan investment. By end of this semester I akan tanya setiap seorang, jumlah boyfriends/girlfriends terkini. He said.


Contoh aplikasikan senang je. Cari boyfriends yang berbeza ciri ciri. Seorang mungkin kuat makan. Seorang mungkin kaya. Seorang mungkin rajin study. Seorang lagi mungkin kuat berjalan. So kalau kita lapar, haa call terus yang kuat makan tu. Kalau nak dekat exam, call yang rajin study tu. Kalau nak release tension sikit, nak jalan jalan, haaa call yang kuat berjalan tu. Last sekali, kalau duet takde haa call yang kaya tu. Giler nak ada lebih dari seorang. Seorang pun rasa macam nak give up dah. Mari kita berhuhuhu. Lagi. Itu je kbyeeee~


Saturday, May 7, 2016

Empat hari bermanfaat

Bila ada cuti extra konfem lah nak tinggalkan Arau. Dah planning dari awal sebenarnya dengan roommate, nak ikut dia balik Penang. So that I can melepak dekat USM jumpa my best friend, Afai. Mulanya tak tahu pulak isnin tu Labor Day dan macam lama sangat pulak nak melepak Penang. Dan mak jugak suruh balik rumah sebab semua family members ada. Susah bila semua dah besar. Nak berkumpul sama sama susah. So aku divide. 2 hari Penang dan 2 hari Taiping. Budak finance memang bijak membahagikan sesuatu dengan adil dan saksama. Perjalanan bermula pada 28 April, Khamis. Pukul 6.30 dah bergerak ke Kangaq (Kangar). Scary marry bila perjalanan yang sepatutnya 3 jam tu jadi 5 jam. Driver taktau jalan. Whattt. Terus mata dari lali lali jadi bulat. Tengok je jalan driver ni bawak. Mungkin pekerja baru kot. Jalan mana tah dia lalu. Gelap je. Siap dia boleh tanya polis yang tengah buat roadblock jalan mana nak lalu. Aku duduk seat no dua belakang driver, so I can heard everything clearly. Dalam pukul 11.30 lebih jugak sampai Sungai Nibong. Aku dah risau, sebab takot tak lepas masuk USM tu. Pukul 12 nak masuk kena punch student card dekat pagor. Mana lah nak ada, dengan pakai baju UiTM nya. Taktau lah apa motif pakai baju UiTM tapi pergi USM kann. Menumpang naik kereta roommate aku tu, Mus, suruh bapak dia tolong hantarkan. Terima kasih pakcik Najib. Nasib sempat. Yayyyyy berjaya menyeludup. Wiiii~

Rancang nya sampai tu nak pergi makan. Tapi dah sampai lewat, dengan mengantuknya. Terus menyembang dan tidur. Sori afai, kiter banyak cakap pulak malam tu. Dia dalam hati macam, eh bila dia ni nak berhenti cakap. Pukul 3 jugak lah tidurnya. Esok dah la nak berjalan sakan. Tapi takpa, pagi tu lepas subuh recharge energy extra. Tak elok tidur lepas subuh ya anak anak semua. Jangan ikut perangai kakak kakak ni. Pukul 10 lebih bangun bersiap. Yayyyy kita nak pergi bukit bendera ini hari. Sebenarnya aku excited nak pergi tengok padlock tu je. Sebab bajet bajet kat korea hikss. Pukul 11 lebih pergi amik kereta sewa. Aku boncengkan Afai. Aku tak reti naik scooter sebenarnya. Tapi tu je yang ada. Asyik nak break guna tangan kanan je. Lepas tu tak reti nak kepit kaki, biasa naik moto gear duduk mengangkang je. Ahhh tak reti. 

Malam tu Afai dah berteka teki dengan aku pasal kereta sewa yang kami akan naik tu. Macam macam jenis kereta dah aku teka. K tipu. Aku cepat give up. Aku teka 2, 3 kali je. Hikss kereta rare, jarang orang pakai. Takdelah jarang orang pakai, tapi jarang perempuan pakai. Teka laa teka laa. Ok jawapannya kendian. Dalam kawasan USM jugak rumah abang yang buat servis kereta sewa tu. Senang kan. Kalau university aku, kena berjalan pergi depan pagor yang beribu batu tu baru boleh naik kereta sewa. Kira sempat lah mekap cayaq dan ketiak berlecak. Serius. Aku penah sekali je sewa, dengan kawan kawan waktu part 2 dulu, lepas tu serik. Tapi sekarang nak kemana tak payah nak naik kereta sewa atau teksi. Sebab dah ada motor. Motor yang terbang nun jauh dar Taiping. Terimakasih mak and ayah. Lebiuuu~

Ok sambung pasal kereta misteri tu, jeng jeng jeng. Abang tu bawak pergi tempat kereta tu di parking. Oh em ji. Terkejut i. Seriously kereta ni? Seriously? Mewahnya dari sudut jenama. Dari sudut appearance, oh comotnyaa awak. Comot namatiii. Bayangkan dua orang aweks comel naik kereta yang berminggu tak di bawak keluar. Bukan comot sikit, comot sangat. Hmmm habislah tercalar kewanitaan kami. Nanti orang ingat kami ni wanita pemalas. Ohh, tidak. Afai bawak kereta, lead kat depan. Aku follow dengan scooter kat belakang. Balik bilik hantar motor, amik barang dan chow. 10 kali pusing USM pun aku rasa aku tak ingat jalan. Besaq gila weh ‘u’ depa. So aku follow jelah belakang. Malangnya. Segala ranting pokok dan tahik burung kering yang meyelaputi kereta tu terbang ke belakang. Aku menghadapi nya dengan penuh kesabaran. Aku slow kan moto, bagi jarak jauh sikit. Dan sepanjang jalan aku tengok semua orang usha pelik. Wehh, malu. Walaupun aku belum lagi naik kereta tu. Keluar terus direct pergi stesen minyak, dekat Shell tu kami amik la mop cermin tu. Nak bagi clear cermin kereta tu. Ada bangla datang tolong. Dia cucikan cermin depan sambil terlepas cakap, ‘Eeeeee’. Hamboih, dia pun pandai eeee. Dia suruh kami pergi basuh. Kalau basuh kedai konfem kena charge lebih ni. So kami mengambil keputusan tebalkan muka dan drive je. Biar jelah orang nak cakap apa, janji kami dalam kereta ni selesa. Kannn Afai kan. Sori, budak finance ni bukan kedekut. Bijak merancang hihi. Tapi yang sedih, pergi bukit bendera, kereta orang lain berkilat, comel. Kereta kami comot. Sekali orang tengok mesti ingat dari hutan mana diorang ni datang ntah. Gagah nak naik Bukit Bendera. Takpelah, janji sampai.

Bukit Bendera ramai jugak mat saleh dan minah saleh. Minah saleh semua lawa lawa gais. Please datang Bukit Bendera gais, tak rugi gais. Kalau nak cerita semua macam panjang berjela pulak kan. So aku highlight je benda yang patut dikongsi bersama gituuw. Pertama yang best, ketapi dia tu. First time jugak naik ketapi yang macam roller coaster ni. Seronok. Tak best sikit sebab tak dapat tempat duduk. Tapi kejap je pun, takdelah lama sangat pun nak kena berdiri. Kedua, ada ais buah kat atas tu. Sedap ngattt ais buah tu. Dengan cuaca panas. Memang daebak! Kami beli mango ais. Pelam dia tuu, ermmm manis bangettt. Gue suka bangettt. Tiba tukar indon jap. Ketiga, tempat padlock yang aku nak sangat pergi tu. Cantik. Padlock bentuk love kaler pink banyak banyak. So beautippul. Chowaaa~(saya suka dalam bahasa Korea). Kau kunci cinta kuuu, di dalam hatimuuuu~ Afai jadi photographer tak berbayar hihi tq. Pemandangan kat atas memang cantik. Tapi dengan kepanasan yang boleh tahan melampau, kami beransur ke masjid. Solat dan duduk duduk kejap kat situ. Terus naik train balik ke bawah. Lepas tu blank, taktau nak pergi mana dah. My driver Afai bawak ronda ronda Penang, balik pulau lah mana hala. Lepas tu terus balik, recharge energy. Malam ni nak keluar lagiii. Batu Feringgi pulok.

Malam ni tak berduaan, tapi berempatan. Mula ke sana berlima, sorang kawan dia mintak tolong drop dekat hospital. Tinggal aku, afai, ekin dan afiq. Ekin penah jumpa dah haritu mai Penang waktu pesta tahun lepas. Afiq ni kira first time, ramah dan lady like sikit. Sikit je. Kira boleh masuk geng geng jemah. Ok taknak describe lelebih hahaha tapi have fun jugak lah dengan diorang. Walaupun aku macam blurr blurr katak bila diorang  cerita pasal kelas, pasal Jessica alba, pasal classmates. Pergi makan dekat kedai apa ntah nama. Sikit, dan tak sedap. Tapi dah lapor, bedal sajalah labu. Habis tu pergi fish spa. Yayyyy~ First time weh, bagi ikan makan kulit kaki. Selalu bagi makan roti. Heksaited hakak kejap malam tu. Tapi kedai mengurut tu agak scary. Macam kedai kedai siam yang, ‘Massageeee, one dollar massageee’. Bila customer perempuan laki yang massage, and vice versa. Tukang urut perempuan bukan main, luas leher baju. Sexy ladehhh. Tapi aku rasa boleh request kot. Sebab ada sorang akak bertudung tu, perempuan yang massage dia. Geli mula mula tu bila ‘anak anak ikan’ tu gigit gigit manja kaki ni.

Keesokannya yang aku kena balik Taiping, dah janji dengan my mommy. Ingat nak balik pukul 3 petang. Tapi pagi tu keluar jalan lagi. Pergi cari jeruk pak ali dengan kesesakan lalu lintas yang melampau. Gerammm mak nak. Banyak benor kereta. Mungkin sebab hari sabtu. Lepas beli belah jeruk, terus pergi KFC Greenland nak jumpa Wani, kawan waktu kerja part time Teleflex. Lama gila tak jumpa. Lepas habis contract haritu dia terus apply jadi manager KFC. Sekarang ni susah dapat kerja, so kita grab je opportunity yanga ada. Kann. Dia training KL dan dicampak ke Penang. Aku ingat dia pernah cakap, nanti aku dah jadi manager hang datang store aku, aku belanja makan. Dengan perut lapar pagi tu, maka kami breakfast KFC. Yayyy freee J Thankyou Miss Wani.


Habis semua tu dalam pukul 2 jugak hahaha tak gerak ke jeti lagi. Pukul 2.30 gerak ke jeti naik student cab kawan Afai. Dalam kereta tu ada classmates dia yang lain pulak, Sopisopian, Khai, Nada. Nada aku pernah jumpa jugak haritu. Tapi diorang okay, takde lah rasa awkward walaupun nak duduk kejap je dalam kereta tu kan.  Habis scene salam salam, peluk dan babai. Terus aku seorang diri berjalan menuju ke jeti. Dalam 20 minit jugak tunggu feri. Naik feri sampai Buteerworth terus beli tiket dekat KTM. Naik komuter balik Taiping. First time jugak naik komuter. Selalu naik KTM atau ETS je. Dia ada bahagian untuk lelaki dan perempuan. Tapi yang tak best dia berhenti KTM Kamunting. Bukan KTM Taiping. So jauh sikit lah dari rumah. Kalau Taiping 5 minit je dari rumah. Sejam je dari Butterworth sampai Kamunting. Eh kejap, jari krem. BYEEEE~

Beratur nak beli tiket, nampak sexy layyydeh lalu.

Dalam ketapi kita duduk depan, dekat dengan pakcik driver. 

Santik kan pemandangan atas ni. Ok boleh cari benda tersembunyi.

Padlock yang nak sangat tengok. Cantik pemandangan atas ni. Lainkali nak datang, datang dengan boifren baru sweet, eh suami. 

Boleh saya nak kunci awak dalam hati saya? Tapi saya tak pakai padlock biasa. Saya pakai lock motor yang berantai tu. Baru safety hihi

Cantik kan view dia. Beautippul~

Bertambah beautippul pemandangan bila ada adik manisss. Jap, sape photoboom gambar i ni.

Kim Hye Jin (kiri) dan Min Ha Ri (kanan). Kita sekarang kat korea kan?

Afai cakap, bunga tahik ayam macam ni rumah dia pun ada. Hmm k.

Kawan baik since 7 february 2006 :> #10yearsandstillcounting

Keluasan penang. View dari atas. Santik kannn.

Sori muka i jadi avatar kejap, i dekat fish spa ni. 

Empat bentuk avatar tengah bagi ikan makan. Fish spa ni dekat Batu Feringgi ye kawan kawan. 

Kalau nak urut kaki dekat kerusi. Nak lebih lebih masuk dalam, 'massagee one dollar massageee'. 

Pagi sabtu sebelum balik Taiping, singgah KFC Greenland jumpa Miss Wani.

Bila kawan sendiri yang shootkan jalapeno. Melimpah ruah ke ladang gandum. Wedges nampak lebih sexy.

Miss Wani belanja kita makan macam macam.Thankyouuuu :*

Waktu ni tengah cari mesin ATM. Tiba nampak loker ni,tiba teringat cerita isteri separuh masa, tiba rasa nak ambik gambor.

Tiba ada event konvokesyen, tiba teramik gambar kakak dan abang yang konvo, tiba baju merah tengok kamera kita dengan muka marah. 

Dalam kereta menuju ke jeti. Goodbye Penang.

First time naik komuter. Ada 5, 6 ketul orang je. RM7.10 je dari Butterworth ke Kamunting. Murah. Sejam je perjalan. 
Mystery solved. Kereta yang kami naik dengan menebalkan muka bila orang intai ikut tingkap dan masa nak turun kereta. Honda lama. Bunyi pun mengaum macam racing car. Ganas.



Tuesday, April 26, 2016

A Good Cat, Rain.

Kucing yang kami sekeluarga jaga buat pertama kalinya adalah Omey. Yelah, dulu duduk rumah flat. Tak boleh nak bela kucing. Mak ayah tak bagi, takut susahkan jiran sekeliling. Terutama bab makan berak kucing tu. Tau lah kan, bau dia harum semerbak macam mana kan. So, no means no bebeh. Dah pindah rumah bawah barulah terjebak dengan kucing. Kalini cerita pasal Rain. Omey dah cerita itu hari. Omey sekali beranak je, lepastu sakit dan mati. Ok jap, nak cerita asal usul si Rain. Rain anak si Gemok. Gemok anak si Omey. Ok paham dah k? Tak paham takpe, tak masuk exam k. Gemok hilang entah kemana dah. Dulu duduk rumah jiran. Tapi dah tak penah nampak lepas tu. Where are you gemok? Yahh, kisah kucing ni penuh dengan drama. Ni baru sikit. Hang tunggu jap drama yang bakal bersusul.

Gemok ada dua anak, Rain dan Bubu. Dulu kecik kecik bukan main rapat dorang ni. Tido sama, main sama. Makan sama. Ada satu masa ni, ada sekor kucing ntah datang dari mana. Kami panggil Ning. Sebab kaler macam nak kuning sikit. Datang nak menumpang. Tapi selalu gaduh dengan si Gemok. Gemok marah, taknak kongsi kasih gituw. Tapi kami bagi makan jugak si Ning tu. Dulu dia makan takut takut. Jarak aku lima meter dari makanan baru dia berani datang. Punya lah takut. Lama lama dia dh tak takut dh. Siap boleh gesel badan kat kaki lagi. Ning ni kurang hasam rupanya. Sama jugak cerita ni macam drama sinetron tv3 pukul dua tengahari tu. Dah lama sikit dia pukul anak anak si gemok, Bubu dengan Rain. Bubu garang dia lawan balik. Si Rain takut. Dia sanggup bawak diri pergi hutan. Banyak kali jugak lah ayah kena panjat tangga sebab dia duduk atas pagar. Habis telinga Rain penuh cikenet, binatang yang hisap darah tu. Sebab tinggal kat hutan kan. Sakit ooo cikenet tu kalau kena.

Dah lama tu Rain bawak diri, dia tak balik langsung rumah. Kami cari merata takdak. Rupanya duduk rumah sebelah. Bukan kami tak kenai jiran kami ni. Cuma rumah kami quarters, rumah paling hujung. Jiran yg si Rain duduk ni rumah yang luar dari pagar quarters. Memang tak kenal sangat pun. Ayah selalu panggil Rain bila nak bagi makan. Dia akan datang bila dengar suara ayah. Ayah aku cikgu kawad, tahu tahulah suara dia macam mana hihihi. Dah lama dia duduk rumah sebelah langsung dia tak jenguk kami dah kat rumah. Tapi yang musykil anak jiran sebelah pun panggil Rain dengan nama Rain. Ada jugak la terdengar dia panggil kadang kadang. Rasa nak je jerit, ‘Weyy, hampa kidnap kucing kamiii!’ Tapi mak kata, biaq jela sebab depa jaga Rain elok. Kalau duduk rumah kita pun kena pukul dengan Ning. Bila mak yang cakap, automatik jadi bahasa utagha okeh hampa hampa semua. Tetiba aku rasa macam baik takyah bagi Ning makan dari mula. Dia lah menimbulkan onar dan drama kucing kat rumah kami. Tapi kesian. Kucing kot. Dengan muka comel depa tuh hmm tak sampai hati tak bagi makan.

Rain bawak diri lama sangat. Walaupun rumah jiran sebelah tu macam jauh jugak kami still boleh nampak ikut tingkap bilik atas. Rain dah ada anak. Sori Rain, bukan kami yang bersama awak dengan anak anak awak tu. Ola dengan Oli nama dua dua anak dia tu. Jiran sebelah selalu main dengan kucing depan rumah petang petang. Lama tu Ning pulak dah takde kat rumah. Tautau je dia dah ada kat rumah jiran sebelah jugak. Memang Ning dilahirkan untuk jadi bawang putih dalam drama kucing. Ada je benda dia dengki dengan Rain. Kesian Rain. Kerja kena hambat jelah si Rain. Berbulan jugak baru Rain balik rumah. Waktu tu semua yang ada dalam rumah riuh. Happyyy. Rinduuuu. Badan dia kurus. Kesian tengok dia. Guess what? Jiran sebelah rumah pindah. Kesian Rain. Aku pun taktau kenapa dia ditinggalkan, atau tertinggal. Kami bagi dia makan belambak. Makan dalam rumah, kalau bagi makan kat luar kena hambat dengan kucing lain. Kucing rumah kami nak dekat 30 ekor. Mana taknya, banyak kucing betina, lepas tu semuanya jenis gatai. Kucing jantan susah nak survive sebab diorang suka bawak diri sebab banyak sangat rival. Drama pasal kucing jantan lagi sedih weh. Banyak sangat drama pasal kucing yang aku ada. Kalau cerita mau krem jari jemari aku ni. Mau cerita drama si kucing setebal buku yellow page tu haaa.


Sambung balik pasal Rain. Rain lain dari kucing lain sebab dia dengar cakap. Lepas tu kalau panggil nama dia, dia meyahut. Orang makan tak penah kacau. Tak panjat sofa. Duduk diam je. Sebab tu semua saiyangg. Tapi taktahu nak tolong dia macam mana sebab kami tak simpan kucing dalam rumah. Letak luar kena hambat dengan kucing lain. Kalau dia datang dia mesti panjat tingkap, lepas tu cepat cepat bukak pintu bagi dia masuk. Bagi dia makan kenyang. Bagi dia tidur kejap. Lepas tu bawak keluar balik. Haritu tengok perut dia macam bunting. Taktau lah dia beranak kat mana hmm. Takpela Rain, Dia ada nak jaga awak. I love you, my good cat~ Agak bosan cerita saya kali ni kan gais. Please love cats gais. If not, then love me gais. Dah tibah. K bye cemua :*


Do i look sexy? Uwww~
Look into my aisss (eyes) :>


Friday, April 22, 2016

Ilmiah: Kelas CTU555 (Part II)


Lepas publish yang Kelas CTU555 part I, tengok gap between post. Mak aih , lama sungguh tak menaip ni. Bukan malas, busy with life. Ok alasan hihi. Ok. Ustaz kongsi tips cari bakal suami pulak. Firstly, agama. ‘Kalau solat dia cukup, mak ayah dia geng masjid ok dah.’ Tapi sekarang ni perempuan pandang lelaki yang sado je. Kesian lelaki lelaki yang sekerempeng, nampak tak nampak je diorang. Sado tak jamin masa depan pun awak semua ya. Yang penting apa? Yes! Agama. Solat pastikan cukup. Kalau solat tak cukup, tak cukup tiang. Tak cukup tiang, apatah lagi agamanya kan? Kalau kita putus cinta, kita jangan cepat sangat down. Ingat hikmah, ingat ketentuan. Kita sebaik baik perancang, Dia menentukan. Tapi tulah, otak memang tak boleh control hati. Otak kata, stop. Jangan fikir. Hati kata, but I miss you bebeh. Kita kena seimbang otak dengan hati.


And in a relationship. Bila ada kekurangan pasangan, kita jangan terlalu fikirkan. Sebaliknya ingat tentang segala kelebihan yang dia ada. Yelah, nobody perfect guys! Contoh, a wife yang tak pandai masak but good at everything. Her husband jangan lah disebabkan satu ketul kekurangan tu rasa wife dia ni serba kekurangan. Ingat lah kelebihan dia, yaaaa likes she is good at kemas rumah, she jaga anak anak dengan baik, she boleh tukar mentol terbakar tanpa tunggu awak. Itu akan membuatkan kita lebih menghargai. Appreciation itu penting. Tak perlu barang mahal pun. Just look onto her eyes and say good words. Semua rasa penat tu akan terbang pergi begitu saja gituww. Hargailah semua orang yang sentiasa ada bersama kita especially our parent, family and friends. Not only our partner. Semorang ok? Love you~ Kbyee.


Ilmiah: Kelas CTU555 (Part I)

Dah lama tak cerita pasal kelas, pasal lecturer, pasal kampus. Semester ni aku amik 6 subjek, salah satunya CTU555 (Sejarah Malaysia). Pasal subjek lain kalau ada masa akan aku ceritakan. Cuma subjek Sejarah Malaysia ni special sikit sebab banyak perkara yang dikongsikan bersama. Gituw~ Sejarah Malaysia tapi lebih kepada Melayu dan Islam. Disampaikan setiap minggu oleh Ustaz Azhar. Bukan Azhar Idrus atau Azhar Sulaiman k. Kelas setiap Rabu, jam 8 pagi sampai 10 pagi. Setiap kali habis kelas terasa rohani ni lebih terisi. Ewah. Empat kali kelas terus rasa nak kongsi cerita ni sama sama. Tapi serius Ustaz Azhar ni sangat kelakar walaupun apa dia cakap tu selamber je.

First kelas, 2 march 2016. Awal awal lagi ustaz dah bagi tazkirah. Isu perempuan zaman sekarang yang mudah terpedaya. Tambah dengan media social yang berlambak sekarang. Paling famous, wechat. Alah yang boleh ‘look around’ tu. Kenal orang sekeliling guna apps je, tak payah nak tulis tulis surat tabur bedak. Pernah ada kes, seorang perempuan nak buat report polis atas dakwaan lelaki yang baru dia kenal rogol dia. Tapi bukti tak kukuh disebabkan oleh kerelaan perempuan tu datang rumah lelaki tu. Mungkin baru kenal, nak jumpa. Tak sangka terus masuk mulut buaya. Jadi, kita perempuan jangan terlalu lurus. Ustaz pesan, perempuan sekali dia berzina kesan dia boleh terkesan sepanjang hidup, tambah kalau mengandung anak luar nikah. Lelaki ni senang, dia ‘touch and go’ je. Jadi jagalah diri anda sekalian wahai wanita wanita yang precious.

Lagi satu, tiada istilah ‘saya terlanjur’. Sepatutnya guna istilah ‘saya berzina’. Orang melayu kita terlalu menjaga bahasa, perkataan tidak boleh terlalu terlalu kasar dan mestilah berlapik. Disebabkan istilah berlapik ni lah zina dipandang ringan di mata manusia. Istilah dating. Gantikan dating dengan istilah, muqadimah zina. Supaya dia nampak lebih berat dan orang pun gerun nak buat. Ustaz pesan, ‘Boleh la balik ni awak whatsapp boyfriend awak tanya, malam ni nak muqadimah zina kat mana?’ Terkedu sekejap dengar contoh statement ustaz bagi. Islam bukan sahaja suruh kita menjauhi zina, malah jangan engkau mendekati zina. Dating tu haram, sebab dia muqadimah zina. Nampak simple kan. Lepas ni boleh ganti istilah k.

Kalau ada kawan kawan yang suka berzina, nasihatkan dia. Bagitau dia, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah swt ni Maha Pengampun. Jangan sesekali berfikir, ‘Aku ni teruk sangat dah weh, Allah swt mesti takkan terima aku dah.’ Allah swt tu Maha Pengampun. Kita sebagai kawan sekeliling perlu bagi sokongan moral. Supaya taubatnya tu bukan sementara, tetapi kekal. Bagi orang yang pernah berzina dan dah bertaubat, jangan pulak nanti kawin macam ni…

Wife: Abang, saya ada sesuatu nak bagitau awak. Disebabkan saya percaya awak, dan awak terima saya sebagai wife awak. Saya nak terus terang. Sebelum saya jumpa awak dulu, saya pernah berzina.
Husband: Takpelah sayang. Sebenarnya abang pun nak berterus terang. Sebelum abang kenal sayang,  abang pun selalu pergi Danok.

Tak perlu. Tak perlu cerita kisah silam kita walaupun kita tulus, kita ikhlas. Mungkin sekarang masing masing cakap tak apa. Takut nanti bila dah bergaduh, mula lah keluar perkataan atau kata kata kasar. Teruskan kehidupan baru, lupakan kisah lama. Buang yang keruh ambil yang jernih ye kawan kawan. Nanti kita kongsi cerita lain pulak ok?:)




Close