Sunday, October 26, 2014

Flower Crown by Marliza

Tidak bekerja. Duduk rumah goyang kaki. Rasa tak productive langsung. Nak bagi nampak productive sikit, main lah lilit lilit bunga. Buat jual. Sesiapa yang berminat untuk flower crown dibawah ni boleh pm saya kay! Saya jual murah jeee. RM20 include postage J

Flower crown ni boleh adjust ikut saiz kepala masing masing. Budak kecik pun boleh pakai. Jangan risau sebab lilitan kemas, tiada dawai bercabang. Warna pun ala ala princess gituw. Sesuai untuk kenduri, bridesmaids ke flowergirl keee. Nak pakai pergi dinner pun boleh. Ikut suka youuu.







Pm saya : 0134143639 :)


Wednesday, October 1, 2014

What I am doing now?


Bila rasa sedih, sunyi. Nak luahkan sesuatu. Baru aku akan cari kau, wahai computer riba. Yang dah berkurun lamanya aku tak sentuh, tak belai. Yang dulunya sentiasa berkepit dengan aku siang malam, sepanjang diploma. Temankan aku bermovie, makan, main game. Segalanyalah. Nampak sangat jarangnya guna laptop untuk beresaimen. Mungkin penulisan kali ini agak panjang, mungkin jugak tidak. Bergantung lah kepada daya upaya jari jemari.

Itu hari aku ada cerita pasal kfc, yang kononnya aku akan berhenti 25 hb Julai, sebelum raya. Tapi semua yang dirancang tunggang tebalik dan tergolek. I iz sad. Very sad. Bermula dengan kerja, aku berhenti 20 hb Ogos, terlebih satu bulan kehadapan dari yang dirancang. Aku hantar surat berhenti kerja. Sebab nak sambung belajar. Aku bajet nak berehat la pulak dekat rumah. The result is, aku tidak berjaya to continue my study. Tiada degree live yang aku bayang bayang kan. Tiada campus life yang happening macam waktu diploma dulu. Tiada perasaan belajar tempat baru. Semuanya tiada. Hanya air mata menemani aku dua tiga hari lepas tuu. Tuhan saja tahu. Aku redha ketentuanNya, tapi aku rasa macam dah kecewakan kedua orang tua aku. Hmmm

Hari kawan kawan dah mula daftar, aku masih tunggu keputusan rayuan. Aku mintak marketing, akaun letak pilihan kedua. Sebab kaunselor uitm yang aku call tanya kenapa aku tak dapat cakap, akaun minima 3.5, gila tak gila lah kan. Mungkin sebab bebudak akaun yang semakin genius. Yang gagal kemasukan bukan lah aku seorang. Ada 4, 5 orang. So kami masih berjimba dekat rumah. Yelah,sementara nak tunggu keputusan rayuan. Tipulah kalau aku cakap aku tak berharap. Tapi apakan daya, result rayuan pun aku masih tidak berjaya. Berpuluhan kali cek, tak puas cek dekat fon, cek dekat computer, tak puas lagi cek kat laptop. Dengan harapan keputusan tiba tiba jadi berjaya. Malangnya keputusan masih sama, aku redha Ya Allah. Aku redha. Walaupun dalam hati kecik aku, aku menangis.

Tapi nak buat macam mana lagi, dah bukan rezeki aku. Pasti ada yang lagi baik. Aku yakin tu, sebab jalanNya lagi jelas dari perancangan aku. Tapi buat masa sekarang aku taktau nak buat apa. Mati akal. Kerja entah kemana, belajar entah kemana. Tapi aku tak pernah menyesal berhenti kerja sebagai staff kfc tu, sebab kalau boleh aku nak cari kerja yang ala ala office, dan ada kena mengena sikit dengan akaun. Yelah kalau tak buat apa aku belajar semua tu kalau tak gunakan. Takkan aku nak kerja lap meja selamanya. Cuma sekarang aku belajar baking sikit sikit. Sama seperti perancangan aku. Buat pertama kali nya perancangan aku ni berjaya. Kalau tak hangat hangat tahi unta jerr. Tapi kek biasa biasa jelah, kek marble, kek oren, cheese kek, kek coklat, kek coklat with caramel on top. Itu jelah, kalau yg pro pro macam secret resepi belum try lagi. Tapi resepi coklat indulgion dah ada. Assistant I dah carikan. Assistant I tu mak I leww. Hihi

Nak belajar kursus menjahit pun susah. Takde yg dekat Taiping. Bukan nak mengada taknak pisah dengan mak. Tapi memang jauh semuanya. Giatmara Taiping ada kursus untuk anak jantan jee, jenis cat kereta, mekanikal dan letrik semuanya lah. Lagipun tempoh 6 bulan tu dari Januari sampai Jun. Bulan tiga kalau ada rezeki nak sambung degree. Takot tergantung pulak nanti. Sekarang join kursus jangka pendek jela. Kolej komuniti Taiping. Baking pun ok sebab minat. Tapi yang banyak kursus jangka pendek ni kursus make up dan grooming. Ayah tak berkenan. Ayah memang tak suka perempuan mekap, tambah tambah yang tebal tebal macam opera cina. Katanya, cukup lah apa yang ada, semua yang kita ada ni dah cantik. Tapi aku dengan akak nak jugak pergi hihi. Degil. Lagipun temanya sweet and simple. Takde opera sangat lah kot. Kannn. Sabtu ni. Boleh la belajar ilmu make up sikit. Mihmih nak taip entri seketul pun boleh berhari hari. Padahal bukan buat apa pun dekat rumah. Hihi baboi chu ollls! :*




Close