Saturday, June 30, 2012

: happy birthday ayah ! :* :

actually bufday ayah semalam . 28 JUNE . now ayah dah 50 tahun 1 hari . bangun je dari tido semalam aku terus text ayah ,

hepy bufday ayah , semoga panjang umur , murah rezeki , AMIN ~

umur ayah dah cecah 50 tahun , dah setengah abad dah . sekejap je masa berlalu .  aku rasa sedih , sebab aku tak nak umur ayah aku bertambah , aku tak nak ayah aku semakin tua , aku tak nak ayah aku jadi warga emas , dan yang aku paling tak nak , aku tak nak ayah aku sakit . aku tak nak semua tu , tapi siapa lah aku kan . aku bukan siapa-siapa yang boleh menetapkan semua tu . so , aku  just berdoa yang terbaik untuk kedua orang tua aku , mereka jantung hati aku . segalanya bagi aku , aku tak pernah lupa untuk doakan mereka . aku nak mereka sentiasa sihat . kalau boleh , aku nak pergi dulu sebelum mereka . sebab aku rasa aku tak boleh hidup tanpa mereka . but . Allah tak kan menguji kita lebih dari kemampuan kita , kaan . 

oke , stop bersedih . ayah aku hero , mak aku heroin . tapi entry nie pasal ayah , so hanya gambar ayah yang akan tertempek disini . mak jangan jeles taw . hehehe . eh , lupa . happy father's day too . sayang ayah .

ayah aku time muda-muda , sungguh awesome dan handsome , kan ? adik harap ayah akan sentiasa kuat .
nota kaki : entry nie dah taip siang tadi , tapi tetiba line putus , so post malam nie . date yang tunggan terbalik . bayangkan anda membaca hari jumaat pagi , taw . hewhew . kbai . saya sayang ayah saya ! anda sayang ayah anda ! *tetiba


Sunday, June 24, 2012

: ontheway to TAIPING :


actually , dah lama nak create post . but , disebabkan oleh kekangan masa yang berlaku plus sedikit halangan aku kena post and pone ! so , finally menari-nari jugak jari-jemari aku nie di atas keyboard yang sudah lama tak di tekan , lama ke ? errr -.- oke , now aku nak cerita kisah semalam and semalam . kalau blog aku english version dah lama kena pakai past tense , mau berpeluh aku . kaaan ? maklumlah orang tak berapa nak putih , lemah sikit english-english nie . keh keh keh . sekarang aku dekat uitm di hatiku <3 ~ baru je balek dari taiping tercinta . haaa , besau kan ?

kalau ikotkan plan dengan budak kelas member kelas , diorang ajak overnight minggu nie . tapi disebabkan kerinduan yang teramat kat rumah , acara terpaksa di tangguhkan . sorry korang -_- laenkali and laenhari la eh ? jangan serik plan dengan aku taw . hehehe . oke , kisah past tense pon bermula . jumaat pagi ritu aku bangun dengan terkejot . yelah , aku dah janji dengan kawan aku nak balek rumah sesama . kitorang janji nak gerak pukul tujuh setengah . awal kan ? nampak tak excited nak balek kat situ . awal gila . aku bangun dengan kalut sekali time tu sebab lagi lima belas minit pukul tujuh . dengan barang semua tak kemas lagi . barang la sangat , aku selalu balek bawak beg sandang seketoi . sebab malas bawak banyak barang naik bas . penat nak hangkut . kawan aku terpaksa tunggu aku bersiap kejap . then , kitorang pon jalan ke stesen bas bus stop . dengar macam dekat je kan , berpeluh jugak oh nak sampai . kawan aku bawak dua beg . so , aku tolong hangkotkan buku dia . baik tak ? pui , kurang pahala aku. -.-

dalam 15 minit duduk kat bus stop . bas sampai . kitorang duduk seat belakang sekali . tetiba kawan aku , hanun cakap , tak bahaya ke duduk belakang nie , sebab jauh dari orang . lagipun orang bangla selalu naek bas nie . aku dengan serta merta tarik beg pergi seat depan sikit . yelah , takut aku . kawan aku gelak dengan tindakan aku yang kelam kelibut tu . depan kitorang ade budak laki , tak budak sangat la . remaja gitu . tibe-tibe dia letak tangan kat kepala dia . errr , tau tak apa aku nampak kat tangan dia ? pui , kuku panjang macam kak ponti . kalau putih bersih tak pe jugak . nie buat loya tekak aku jaa . sangat pengotor . aku ajak hanun pergi tesco lepas sampai taiping , dia on je . mula-mula aku tak taw jugak nak naek bas mana nak pegi tesco . jadi buat tebai muka tanya orang-orang kat situ , padahal orang taiping . maluu jaaa . so , kitorang terpaksa tunggu bas pulak pergi tesco . lama jugak nak tunggu . first time aku nak naik bas tu .  nasib tak naik bas parit buntar , maklumla rabun-rabun ayam sikit aku nie , maen redah je . nasib kawan aku perasan , kui kui kui .

waktu naek bas tu , ade pakcik nie dok usha-usha . mula la aku nak hangin . orang tua-tua nie kena la hormat kan , tapi pantang sungguh aku kalau orang tua laen macam nie . mula aku buat muka ketat . pui . saba jelaa , nasib dekat jugak . opah aku pernah pesan , jangan baik-baik sangat dengan orang tua , sebab diorang suka amek kesempatan . tapi tak semua laaa . setengah-setengah ja . hati-hati ye kaum hawa sekalian , jangan bagi chance kat orang tua-tua nie . kadang-kadang ade udang disebalik mee . sampai tesco pusing sana sini , mak hanun datang . mak dia tolong hantar aku kat umah , baek sungguh ! tenkiu tw . harini pun aku balik dengan hanun , mak dia siap belanja kepsi lagi . tenkiu again . semoga murah rezeki mak hanun . actually den tak pueh lagi jumpa family den . kalau nak puas kena stop study la kaan . +____=  28 ribulan nie besday ayah den . HB ayah !

nota kaki : waktu dekat tesco aku habiskan duet beli contact lens , saja gedik-gedik nak try . haha . menangis-nangis jugak aku waktu kakak tu pasangkan . yela kan , first time . hehe .

comel kan ? dulu aku takot sangat dengan kucing , tapi sekarang dah jadi penyayang sikit . heee .  


eh , lupa pulak ! tenkiu kepada mereka-mereka yang baru folllow kite , terharu den :'( tak penah-penah ramai komentor , kite dah terjah blog korang . tenkiu uolls :* eh lupa lagi , nak letak post tittle , nasib tak publish lagi , hehe . :)

Wednesday, June 20, 2012

: Segmen Tambah Follower Blog :


oke , sekian lama eden tak join giveaway or segmen . so setelah dijemput oleh tuan empunya blog , cik purple . aku nak saja la nak join segmen nie . untuk tambah follower . untuk mereka-mereka yang follower sikit macam aku nie digalakkan join nye . tapi ade jugak orang yang tak suka follower ramai-ramai , privacy katanya . bukan aku yang cakap oke ! :) aku nak tambah polower .

senang je nak join , follow blog cik purple and twitter die , tempek header segmen . senang kan ? lebih lanjut sila ke blog dia oke :)  klik on the banner !


expired date : 24 JUN 2012
nota kaki : semangat dengar lagu raya yang roommate aku pasang . puasa pun tak lagi kaann . but , semangat tu penting ! 20 more days i’m nineteen . 


Sunday, June 17, 2012

: weekend tak ketahuan :


kepalaku kini mendongak ke langit , untuk mencari sinaran bulan mahupun kilauan bintang . namun , semuanya terhalang kerana aku kini terbaring di atas katel double-daker . and aku berada di katil bawah . yang aku nampak hanya kayu tilam katil orang di atas . *sila bayangkan . huuuuuhh ~ mengeluh panjang iaitu sepanjang dua puloh lima harakat with full speed kerana bosan tahap dewa dewi to the power of seventy four . boleh bayangkan ? macam orang tak de life gitu , choi . aku ade life okey ! just first weekend untuk semester tiga nie , mati akai tak tau nak buat apa . -,-

entry hari tu , tak ingat hari apa . aku mention yang nak balek umah this week . siap countdown lagi , sumpah tak tipu . bila dalam kelas , aku bosan dengar lecturer terang sana sini . mula la kepala aku melewaq sana-sini , kira berapa hari lagi nak balik , terfikir mak masak apa hari nie . sungguh choi . and kadang-kadang aku usha tengok orang lalu lalang kat luar kelas , tengok tukang kebun cakar daun kering . tengok bas uitm lalu , tengok orang parking kereta . and so on . tu yang aku suka duduk tepi tingkap . tambah-tambah tingkap kat fakulti aku dah tinted sekarang . lagi suka aku tengok sana sini . sebab kadang-kadang ada orang buat kelakuan diluar jangkaan sebab ingat orang kat dalam tak nampak orang kat luar . waktu kat hostel waktu sekolah pon aku selalu countdown berapa hari lagi nak balek even rumah aku dekat jugak la . so , bila kerja nanti aku nak cari tempat kerja yang sejengkal je dengan rumah . senang kaan .

actually aku tak jadi balek rumah , sebab hari senin tak cuti . sedih kan ? nanges sesorang sebab tak jadi balek . sedih wooh , penat countdown . *tipu . tapi aku just rindu taiping , rumah , family dan omey ! nanti kite letak gambar omey kite , tw . so cuti-cuti nie aku just terperap dalam bilik tak ketahuan hala , roomate-roomate aku yang laen pon sama ja . dyorang tak balek sebab rumah dyorang jauh . selangor and kelantan . memang jauh la kan . so kitorang duduk je dalam bilik macam PATI nak kena terjah . makan malas . mandi malas . sebab rasa malas nak keluar bilik menguasai badan even boring jugak terperap dalam bilik . kalau ikotkan nak pegi IPOH siang tadi , tapi ade konflik pulak . kui kui kui . so , tak jadi laaa . tapi its sokay ! sebab jimat jugak kaan . takde la duet keluar cam air . nanti-nanti mesti nak keluar lagi kaan .

sepanjang malam weekend yang tak ketahuan hala nie , aku ditemani SUPER SPONTAN sehingga lewat , termasuklah sekarang . tapi aku gelak slow-slow je , takot roomate aku terjaga pulak . oke la . bye-bye uolls ! rindu rumah :( . kena start countdown nie .

mak , cantek tak rumah nie ? nanti adek beli kan mak ngan ayah rumah yang special macam nie , taw . tapi tak leh la rumah nie , takot tsunami tak dan nak lari . hehe . selamat hari bapa . ayah kaptenku .



Tuesday, June 12, 2012

: semester tiga :

menaip entry sambil menghirup cendol buatan abang pasar malam . slurrp ! *bunyi sedutan . tiba-tiba teringat pulak kat rumah . kalau kat rumah mesti pergi jalan-jalan kat pasar malam dengan family . soortt ! soorrt ! *sedut hinggus yang hampir cecah lantai . yelaa . aku tak de la homesick terok sangat pon . *tipu . aku just teringat bila aku tengok jam and kat rumah aku tengah buat apa waktu tu . hokhok :( .

this sem aku punya jadual kelas memang baik punyer , sebab aku kena bangun pukul lapan setiap pagi , memang choi . grrrr . sumpah aku jeles bila aku bangun pagi-pagi tengok roomate yang masih bergolek-golek kat atas katel sebab tak de kelas . jelesnyaa aku . doa ayah aku termakbul nampaknya . yela kan , kalau kelas tak pukul lapan memang tersasar jauhnya lah subuh aku . subuh gajah nama saintifik nya . waktu cuti sem ayah aku la yang kejut subuh pagi-pagi dengan muka gangster kampung kolam . yela , sebab liat nak mampuih bangun kan . haha . waktu ayah aku nak balek dari hantar aku pon ayah aku dah pesan , subuh jaga . kui kui kui . macam tau-tau je kan .

hari senin lagi aku dah spoiled sebab lecturer tak masuk . bukan aku nak dia masuk sangat pon . just , buang kederat aku jaa jalan jejauh datang kelas awal pagi then tak de kelas . baik aku mengeruh dalam bilik je kan ? ceit . but second kelas pukul dua ada pulak lecturer . jadi kebiasaan lah kan bila kelas pukul dua nie , aku mesti lambat , sekali dengan kawan aku lah sebab temankan aku . kesian dia , choi . masuk-masuk je kelas semua orang dah sampai . gila lah , kelas CITU *sebut dengan comel . memang terkena batang hidong bila ustazah cakap pasal datang lambat . dia kata dia penah tutup pintu sebab ada student dia penah lambat . jujur aku tak suka lecturer main tutup-tutup pintu nie , grrrrr . actuaally , aku dengan kawan aku ada doa harap-harap sem nie ustaz yang ajar CITU . tak pon ustazah yang best-best sebab dah dua sem ustazah yang sama . nak jugak tukar-tukar selera kan . keh keh keh . nah , amek kau dapat ustazah yang straight dari sem lepas , hamdek hamek ! akibat tak bersyukur . kaan .

then today , kelas pagi tak de lecturer masuk lagi . sekali lagi aku rasa macam nak gigit orang . buang masa aku kot . grrrr . kena balek pulak . so aku ingat nak kong la kelas pukul sebelas . yela , malas pulak nak ulang alik kan . tapi nasib baiklah kitorang pegi . sebab lecturer subjek cost accounting nie pon macam garang jugak . dia bising-bising sebab ada yang kong kelas . dia cerita la yang dia student PHD . semua macam teruja gila . wow . dia advice suruh study actuaallyy sampai master . padahal aku ingat nak cari keja terus lepas diploma . haha . aku memang pemalaih pon . sungguh,  tak tipu . heeee *sambil buat muka comel . pukul dua nanti ade kelas pulak . hari selasa memang agak busy macam assistant PM gamaknya .so aku just stay kat library sebab malas nak balik , library tuuu . rajen tak ? rajen tak ? hoho  *gelak bangga . lepas selak metro selai dua , tengok apa yang best then sembang-sembang sampai pukul dua . alhamdulillah lecturer kelas kali nie okey sangat ! biasa la kan , lecturer muda . so memahami sikit jiwa remaja nie . remaja ? errrr , remaja la kan . -,- * buat muka annoying

aku rancang nak balik la minggu nie , hoho *gelak gedik . sebab hari jumaat tak de kelas and hari senin maybe cuti . seronok tak sangga . naseb baek rumah aku dekat ja . sila jeles . hee . tapi mau berpeluh jugak dalam bas dengan bangla-bangla sebab naik bas roadway . sapa penah naik taw la kan betapa nikmatnya kan ? :/ dalam dua jam lebih jugak nak sampai rumah aku . tu  pon kalau naik kereta then berhenti sat-sat singgah makan . kalau naek bas lagi lama la kaan . sebab kene naek dua bas . tak de yang direct . ceit .

so minggu nie just lepak-lepak dalam bilek dengan roomate yang sama macam sem lepas . rezeki aku gamaknya dapat duduk ground floor lagi . kipas besau lagi taw . sebab bilek empat orang . hoho . tiap-tiap malam layan runningman . sorang dah terkena jangkitan penyakit runningman , so aku ada geng ! muaahaahaha . so kite layan sama-sama ya tengok our grasshopper . i'm happy with my roomate . <3 ! sayang korang . hehehe . thanx budak bilek depan sebab bagi banyak sangat cerita yang best , boleh jugak tengok-tengok kalau bosan .cepat la hari jumaat . nak balek nie . lalalala ~

aku rasa fake friend memang ramai dan bersepah . so aku rasa kalau kawan tak ramai pon ok , janji kawan-kawan tu memang real friend . kaaan ? aku sayang semua kawan-kawan aku , lebiu :*



nota kaki : kong means ponteng .


Monday, June 4, 2012

: no posts . start blogging ! :

assalamualaikum .

 
no post ? ekceli this blog dah macam tunggang tebalik dan sedikit huduh , kan ? and aku dah simpan kan semua post yang lama-lama . sebab ada post-post aku yang kecikkan hati orang kot . yela kan , main hentam update tak kira tengah bengang berapi-api bagai . lagipon waktu tu kecik lagi , kecik la sangat kan ? hahaha. so aku nak start new life yang sejurus dengan new semester . ohoi , dah nak masuk semester 3 dah aku nie . tapi aku tak puas cuti lagi . huk2 :( . rasa sedih nak tinggalkan rumah aku yang juga tempat aku menternak lemak selama cuti sem dua bulan lebih nie . lepas nie maybe aku tido dengan perut berbunyi , huk2 , sedih lagii . kalau kat rumah , makan semua cukop kan ? malam-malam boleh nak punggah dapur lagi . kat kampus cannot !

this isnin aku tengah goyang2 kaki update blog , next week punya senin mesti aku sibuk merewang dalam kampus . yela kan , first day kuliah . adoi , mesti aku asyik teringat kat rumah . homesick jugak la kan . walaupon sepatutnya aku beruntung and bersyukur sebab rumah and kampus satu negeri . sebab ramai lagi orang yang tercampak sana sini study jauh-jauh . lagi sedih kan ? wawawaaa ~ ingatkan bila duduk hostel dari form one takdela aku rasa susah nak teringat kat rumah . but sama jaa . 

today last day tengok 5 rencah 5 rasa . SHERSON LIAN , today our last date ! hokhok :'( . kerja aku selama duduk rumah nie tengok tb jela . sebab tu aku punya blog tak cantik . hehehe . aku siap boleh hafal lagi lepas nie cerita apa and lepas nie cerita apa . kat kampus tak de tb . so aku akan bosan tak tau nak buat apa . mati akai . nak study pon aku nie tak rajin , sebab tu la tak dekan-dekan . hoho . kaaan ? study last minit , pui .

aku harap semester 3 nie , semua nye berjalan dengan baik . takde gadoh-gadoh macam budak2 lagi .and harap tak banyak kelas pukul 2 . waktu matahari terpacak atas kepalaa , memang sangat tak seronok . sampai kelas berpeluh-peluh macam baru lepas merentas desa . sungguh tak best ! and harap lecturer sporting and best macam sem lepas . siap boleh ajak pegi mandi bukit merah lagi . sweet memories banyak jugak sem lepas . i hope this sem we can create more memories . kaaann .

kalau duduk sesorang mesti rasa sedih sebab teringat nak balek . waaaaa ~ tolong aku . adoi . macam mana  nak buang homesick ? nt mesti rindu afif ngan angah . rindu afif cakap ' apaq apaq! '.  rindu angah kejot pagi-pagi . rindu nak masak nasi . rindu main kucing . rindu sikat rambut mak . rindu bebel kat adek-adek yang suka online sampai tak study . rindu naek moto g giant . rindu  nak siram pokok dengan air beras . rindu gadoh ngan adek beradek . rindu buat roti bakaq kat ayah . rindu tengok cerita naik lif turun tangga sebab boleh gelak golek-golek . rindu hantar adek g sekolah naik moto . rindu tengok hindustan dengan mak hari rabu tb2 sampai pukul 1 lebih . semua nie akan aku rinduuu . :'( 

angah and afif yang teman aku sepanjang cuti .
anak-anak mak aku jaga , sebab tu muka tak sama :)
our weekend , lepas nie weekend dalam bilek dengan roomate yang baru . adoi .
minggu depan start rutin as a student , ke sana sini dengan matrix card . wawawa ~ wish me luck :)


Close