Sunday, June 9, 2013

First Experience Kerja


Mula mula start kerja aku rasa macam ahhh bosannya kerja ni. Aku melangut tengok muka hang hang melangut tengok aku. First day memang kerja tengok orang buat kerja. Dalam hati rasa macam, cekapnyaa diorang buat kerja. Aku rasa mesti budak baru masuk pun rasa macam tu jugak. Rasa macam cekap je pekerja lama ni. Kerja aku duduk atas kerusi usha kiri kanan je hari tu. Dah macam cctv pun. Nak attend customer tak berapa pandai.

Kedai celcom ni ada dua. Satu lagi kat hujung. Aku pun tak paham kenapa ada dua. Aku tak pernah pergi kedai lagi satu tu sampai nak dekat seminggu kerja baru aku pandai bejalan sana sini. Bukan takat pandai dah, kadang kadang seharian duduk dekat kedai hujung. Kedai hujung tak ramai customer sgt sebab jauh sikit dari centre. Semua orang kerja kat sana best. Rasa macam baik je semua, tak sombong. So tak rasa macam sunyi je kerja.

Banyak sangat benda belajar waktu kerja ni. Ni first time kerja time cuti, kalau tak kerja golek golek kat rumah je. First, belajar tegur orang tanpa rasa segan silu. Orang lalu depan kedai je terus terpa, ‘Bayar bil cik?’. Ada yang senyum, ada yang buat muka pelik and ada jugak yang buat derk macam cakap dengan angin. Lepas sales kurang tukar trademark, tak tanya bayar bil dah. Bunyi macam ni pulak, ‘Ye cik, cari broadband?’. Haa macam tu lah lebih kurang cerita.

Then belajar bill payment. Ok ni ada satu cerita. Penah sekali jaga counter ada budak datang bawak bil TM. Siap no telefon rumah lagi. Rasa macam  nak gelak golek golek tapi tahan je. Tapi betul jugak dah tulis bill payment. Maybe dia ingat boleh. Jahat tau sape gelakkan dia. Ada sekali ni jugak confident level tak berapa nak tinggi. Cakap slow gila dekat customer bil payment dia, sampai kak mun cakap aku nak bisik ke hape, terkebil kebil customer tuuu haha. Macam macam.

Belajar pakej government la, siap pergi sekolah sekolah. Jumpa pengetua kot, kecut gila perut jumpa orang atas sendiri. Tapi tu semua experience. Last last tu rasa sedih jugak nak berhenti. Sedih bukan apa sebab rindu dekat kawan kawan situ. Baru ni boss ada bukak satu lagi outlet dekat Sri Iskandar. Woot woot boleh laa nak menyemak kat sana. Tu pun kalau ada staff transfer dari Taiping. Kalau tak takde gila nye aku congok muka depan celcom padahal tak kenal sesapa.

Belajar pergi bank in duit ribu riban dekat Maybank. Dulu Maybank pun aku tak tau kat mana kot. Haha sekarang dah pandai, deposit cheque pun dah pandai. Sila beri tepukan gemuruh. Bukan tu je, dah pandai tukar taste jugak usha usha Chinese man. Mesti mak suka kalau dapat menantu Kpop, hik berangan jauh gila. Chinese tu kerja Digi, selang satu kedai je dengan Celcom. Mesti dia tercari cari mana budak Celcom yang selalu usha dia macam nak makan. Hihi

Macam macam sangat dah aku belajar. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sekarang nak sambung balik belajar. Dekat UiTM ni ada la masa nak taip. Kat rumah asyik mengadap tv memanjang. Laptop pun dah lama sangat tak bukak. Ni entry pasal kerja sekali harung. Malas nak buat part part. Doakan semester ni semuanya baik baik je. Aminnn~  Kalau tangan ni rajin and boring tak tau nak buat apa maybe akan ada next entry. Babai~ :*

Gambar last day kerja. Aku rasa malas sangat tu yang main sarung je tshirt kek lapis, sebab malas nak iron kemeja. 
Background tak cantik. Amek gambar lepas kedai tutup. Gambar first dengan semua. Second dengan kak fatin gojes! Tapi selalu panggil dia adik konon nak tackle abang dia haha. Yang last dengan diba and zai. Diorang praktikal. 21 Jun ni diorang habis. Mula kerja dulu aku start sembang dengan diorang sebab diorang pun baru macam aku.

First dengan kak siti ngan kak nadia. Kak siti kerja lama dah, setahun lebih dah pun. Kak nadia praktikal. Dia habis sama masa dengan last day aku. Thanks for the kitkat kak nadia. Second gambar dengan felicia shila. Awal awal dulu kawan dengan dia jugak, and macam biasa aku start banyak tanya haha. Dia india tapi layan lagu melayu, cerita melayu. Last dengan mira and shaza. Minggu last aku, baru diorang masuk. Mira tu mula mula jumpa terkejut jugak, kawan baik aku waktu darjah satu kot. Memang rasa terharu nak guling guling je haha

Ni agak special, dah lama kerja baru rasa ada chemistry dengan dia. Walaupun dia India pure tapi ok lah kawan dengan dia. Naik moto sama sama waktu ayah aku kursus. Baik sangat dia ni. Ada sekali tu bawak bekal capati and kari buatan mak, dia rasa kari tu . Dia cakap sedap and kari melayu pertama yang dia rasa. Thanks my bestfriend, Logeswari.

Ada yang takde dalam gambar ni. Kak mun, kak su, kak efa, aizul and mirul. Thanks semua for treat me well. Terharu sangat ni. Harap dapat lah jumpa lagi. I will miss u'alls :')
Last but not least. Hihi :)




Sunday, June 2, 2013

Kitten Baru dan Phone Baru


Bismillah. Rasa macam dah lama tak menaip merapu. Last entry 9 May. Lagi tiga hari cukup lahh sebulan, blog pun dah boleh kena sita. Haha saja merapu awal awal. Failed betul gua part introduction ni tauu. Rasa macam nak balik sekolah balik belajar buat karangan sungguh sungguh. Banyak gila benda nak cerita actually. Cerita tempat kerja, abang sedara kahwin, anak kucing baru, phone baru. Eh? Cerita tempat kerja konfom panjang. Boleh terkulai layu tangan gua nanti. So rasanya kita sekali kan cerita anak kucing baru dengan phone baru. Eh? Haha gedik sangat tauu.

Jap, rasa macam bosan je nak cerita pasal anak kucing ni. Gua cerita directly jelah. Gemok, satu satu nyaa kucing dalam rumah ni dah pun selamat melahirkan. Lima ekor kitten. Dalam tiga minggu lalu. So dah boleh bukak mata. Jalan jalan sikit. Pantas jugak berlari. Dan dah pandai lari kan diri dari sangkar emas buatan ayah. Serius busuk gila diorang. Hari hari kena tukar paper. Dah macam jaga anak kecik tau?

Aku tak tau kenapa gemok malas susukan anak dia. Yang dia tau lepak dalam rumah dengan kami sekeluarga. Maybe dia menyesal kawin awal. Haha and baru baru ni anak dia sorang sekor dah mati. Tak pasti kenapa. Saingan maybe. Gemok pun tak berapa lalu makan. Kurus gila gemok sekarang. Harap anak dia yang lain kuat. Kiranya rumah ni sekarang ada enam lah kucing. Gemok, empat anak dia, plus satu lagi kucing tumpang mana mai tak tau. Thats all about the kitten.

Cerita phone pulak. Hihi segan pulak kita. Kita dah ada phone kamera depan. Yang biasa jahhh. Ninetology. Tahu? Good. Anda menyokong product Malaysia! Haha macam lahh sokong sangat, ni pun sebab tak cukup bajet. Tapi ok lahh function diaa. Lebih kurang Samsung. Just dia lambat sikit jee. Camera pun 8 mp. So mau apa lagii kan. Banyak jenis Nine ni. Gua beli Insight. Guna rebate kakak. So after rebate RM500. Ok lahh tuu kan.

Dulu suka guna phone kakak bila nak tangkap gambar. Bila sendiri dah ada, rasa malas pulak nak bergambar. Tipu. Belambak dah gambar sebelum malas tu. Hihi overall aku rasa Nine ni ok jahh. Sesuai lah untuk kita kita nii. Sekarang ni sibuk layan wechat tuuu, laghaaa sungguh. Oklahh, nanti kan entry seterusnyaa pasal tempat kerja. Maybe akan ada dua tiga part. Hihi banyak gilaa nak share. Sekarang ni dah jadi penganggur, tu yang ada masa nak menaip ni. Haha kbai~  

Masih berlima lagi waktu ni. Kaler hitam putih tuu laa yang dah takde.

Anak dia kita pulak yang jaga. Belasah mau ? -..-



Close