Wednesday, December 4, 2013

Oh My Roomates


Hai u’olls. Kenapa rajin pulak mengupdate ni. Kenapa, kenapa, kenapa? Saja gedik nak update, nak ceriteww dekat roommates gua yang sudah habis belajor mahupun praktikal. Keadaan gua sekarang. Hikhik~over sangat tauuu. Lempang seratos puloh kali. Kepada u’olls yang terlibat sila baca sampai habis. Yang tak terlibat pun kena baca jugakkk. Wink wink ;)

Mula mula aku rasa sedih gila, sebab keadaan sekeliling yang berubah. Letak sikit ayat hiperbola kat sini. Kalau aku menaip waktu mula dulu, waktu sentap nak mamposs tu, aku rasa mesti yang baca semua lemah semangat jerr. Hihi sebab semuanya konferemm negative lah. Biar gua cerita sekarang, tapi tak senegative gua rasa dulu lah.

Mula sekali pasal bilik lain. Dulu duduk ground floor. Dicampaknya aku kat first floor, padahal dah last sem. Kes nak kena naik tangga yang aku rasa lemah sampai nak terkentut kentut. Over. Dulu kalau bosan je lepak dekat luar bilik. Kini tidak lagiiii~ Kini aku duduk melepak dalam bilik sendiri mahupun bilik jiran tetangga yang terdekat. Terdekat tu maksudnya floor tu jelah. No tangga tangga!

Bilik kecik, loker kecik, kipas kecik. Sedih gua sem ni tauu. Menci ahhh *hentak kaki*. Uitm dah tak sayang gua. Tskkk tskkk TT_TT~ Berapa kali dah loker kecik gua reban. Haha sebab penghadang dia loose. Kelakorr pun ade, pandai pandai lah repair sendiri. Kipas kecik tapi sebab cuaca yang ala ala Cameron Highland sekarang ni, so ok lah. Takde la berpeluh ketiak pun.

Tapi yang paling power. Walaupun bilik kecik ker besor. Busuk busuk gua mesti akan lepak dalam bilik gua lepas kelas, lepas makan, lepas tangan kering sebab malas bangun basuh awal awal. Busuk sangat kan, hikhik termasuk i’olls. Berdua jer dengan roomate baru. Sepatutnya bilik ni untuk tiga orang. Aku lemah sikit kalau duduk dua orang je. Sebab dia macam kena completing each other. Hihi over lagi. Kalau dia balik, gua pun wajib balik. Takkan nak tinggal sorang sorang kan. Roomates dolu semua speshis jarang balik. Senang.

Eh eh, lagi satuuu. Kalau nak tau, DM dah rombak habis semua. Dah bertukar, berpusing, berganti, ber, ber, ber. Ada pakcik jual nasik tetiba jual air. Nampak akak jual air dulu tetiba bungkuskan nasik. Memang dah rasa macam part 1 dah rasa. Sebab semuanya baruuu. Air sedapp dekat IM pun dah takderr. Rindu teh ais dia. Sedappp. Yang baru ni macam ce me roi moi sikit.

Dear roommates dolu dolu, gua nak bagitau walaupun maluu. I rindu sesangat kat u’olls semua. Tapi gua sedar gua dah besar. Last sem dah pun. Part six kan, takkan nak gedik mengada lagii. Last word untuk entry kalini. Jaga diri baik baik yer u’olls. Kalau ade jodoh jumpa lagiii. Thanks untuk sem sem sebelum nii. Babai ~ :') 

zira and sarah

gua dan mek kelate, tirah

completee. semua ada. last keluar sesama

ok. ni ayaq.

makang makang dekat the chicken rice shopppp~ bukan sekadar nasik ayamm. *kooo kok kok*



again, dengan atirah hassan. rindunya kat hang wehh. :'(
p/s: Mohon terharu. Hikhik


Wednesday, November 6, 2013

Random

Assalamualaikum. Dah lama giloss tak update. Sebab tahap malas nauzubillah. Rasa macam malas. Malas. Dan malas. Haaaa..gituu~ Last entry pasal raya. Bukan nya raya haji, raya puasa nu haaa. Lama kan kan, lebih kurang 3 bulan. Rekod paling lama tak mengupdate. Weeeewit~

Ekceli bukan malas sangat pun *ayat cover. Sebab terlalu sibuk dengan dunia realiti. Hihi bajett sangat. Sepanjang semester 5 memang takde entri langsung, sekeping dua pun haromm takde. Sebab balik je kelas terus tidur, pergi kelas petang, balik tu tido lagi, malam buat assignment sikit kalau ade, kalau takde ‘movieee time’, lepas tu tido balik. Haaaa lebih kurang macam tu aktiviti seharian. Selalunya setiap sem ada riadah jogging walaupun sekali dua. Tapi sem lima ni memang tak jogging. Setakat petang petang sembang depan bilik dengan kengkawan ada lerrr.

Ok, cerita pasal sekarang pulak. Sekarang tengah cuti sem. Dah separuh cuti dah pun. Cuti kali ni tak lama, sebulan lebih je. So malas  nak kerja. Tolong mak kat rumah jelah kann. Ayat tunjuk rajin tuu. Sebulan lebih ni aku habiskan dengan amik lesen kereta. Aku tengok kawan aku drive macam senang. Tapi susah jugak sebenarnya weh. Sebab tak biasakaannn. Minah rempit sejati cenggini lah. Aku yang lain ok. Tapi masalah mati enjen yg lemah tu. Aku tak tau lah kenapa kaki kekok semacam.

Sekarang dah enam haribulan, dalam 2 minggu setengah lagi nak kena balik UiTM dihatiku. Rasa malas gila. Tapi macam semangat jerrr, macam semangat jerrr, sebab last sem kan. Weehooo. Walaupun result sem 5 ni agak terok, syukur Alhamdulillah semua lepas. Doa yang terbaik untuk sem depan. Aminnn~ Alhamdulliah jugak sebab dapat kolej walaupun dah tua bangka. Dan walaupun stiker ciput waktu hantar permohonan  haritu. Rezeki kan. Syukur.

Semester depan paling neves sebab tak tau roommate dengan sape. Roommates kesayangan hamba ada yang dah habis belajor, ada yang praktikal. Tinggal lah aku. Alone. Tskkk tskkk (T_T)~ Harap dapat yang okey. Okey tu macam boleh la serasi, gosipp dan paling penting. Boleh terima aku yang suka melepak dalam bilik dengan kengkawan lepas kelass. Aminnn~

*throwbackk*

KBAI. ASSALAMUALAIKUM.
it should be wordless wednesday =='


Tuesday, August 20, 2013

Happy Raya Day


Tak tau nak setat dari mana nih. Setelah lama menghilang tidak berupdate. Lepas entry last pasal kerja terus senyap. Takde cerita pasal semester baruu, bilik baruuu, lecturer baruuu, boyfriend baruuu. Eh? Skip semua cerita tu. Nak cerita pasal raya jee nii. Raya raya raya~ Ok, sila beri perhatian.

Dah lama tak update, dah lupa nak berpenulisannn. Oh bajet sangat tau! Kalau rasa hambar tu boleh la close tab eh. Tapi jangan close dulu, banyak gambar meletopss raya ni. Hakhakhak bajet lagiii. Tak tau nak mula nyaaa. Haihhh eh, herghhhh!

Malas la nak cerita pasal baju raya, langsir raya, kueh raya, dan segala jenis raya rayaan. Kalau cerita semua ni mau lima enam kali kena scroll down. First day raya, pagi tu masih kat rumah. Yesss, masih kat rumah. Sebab malam raya tu ayahanda kesayangan kerja malam. Layan jelahh ‘Dam Dam Dum Pak Nil’, suka hati punya tajuk. Nasib ada Keknis (Hanis Zalikha), memang tak berganjak dari depan tb. Minat nau kat Keknissss. Siap mimpi dia datang raya rumah. Kalau lahhh kan.

 Lepas siap terus heading ke Kedah. Dalam pukul 12 tu dah sampai kampung. Raya khamis kan. Stay dekat rumah Long, penuh sedara mara sepupu sepapat semualah. Sampai mandi pun kena berebut. Seriussslyy. Weh, tahap kerajinan sampai sini jeee. Sesi tayang gambar. Sori. I’olls nak layan movie. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Wehiiii~ KBYE !


Our family, sayang semuaaa :*

With gojes jagus sisters. From left, kakak, eton, gua and marini. 

Againnn, with them. Sisterssss


                 


Konvoi raya with classmatess, dekat rumah zaki. Tak dapat duet raya kicap pun jadilahh kan. Thanks~

Raya ketiga, balik Taiping dari Kedah. Berjubah hitam. Dan bershawlkan tudung bawal corak amende ntah. Konon vintage gituuu. 
**Takdelah meletopss sangat pun kan. KBAI**
 
     
                
  


Sunday, June 9, 2013

First Experience Kerja


Mula mula start kerja aku rasa macam ahhh bosannya kerja ni. Aku melangut tengok muka hang hang melangut tengok aku. First day memang kerja tengok orang buat kerja. Dalam hati rasa macam, cekapnyaa diorang buat kerja. Aku rasa mesti budak baru masuk pun rasa macam tu jugak. Rasa macam cekap je pekerja lama ni. Kerja aku duduk atas kerusi usha kiri kanan je hari tu. Dah macam cctv pun. Nak attend customer tak berapa pandai.

Kedai celcom ni ada dua. Satu lagi kat hujung. Aku pun tak paham kenapa ada dua. Aku tak pernah pergi kedai lagi satu tu sampai nak dekat seminggu kerja baru aku pandai bejalan sana sini. Bukan takat pandai dah, kadang kadang seharian duduk dekat kedai hujung. Kedai hujung tak ramai customer sgt sebab jauh sikit dari centre. Semua orang kerja kat sana best. Rasa macam baik je semua, tak sombong. So tak rasa macam sunyi je kerja.

Banyak sangat benda belajar waktu kerja ni. Ni first time kerja time cuti, kalau tak kerja golek golek kat rumah je. First, belajar tegur orang tanpa rasa segan silu. Orang lalu depan kedai je terus terpa, ‘Bayar bil cik?’. Ada yang senyum, ada yang buat muka pelik and ada jugak yang buat derk macam cakap dengan angin. Lepas sales kurang tukar trademark, tak tanya bayar bil dah. Bunyi macam ni pulak, ‘Ye cik, cari broadband?’. Haa macam tu lah lebih kurang cerita.

Then belajar bill payment. Ok ni ada satu cerita. Penah sekali jaga counter ada budak datang bawak bil TM. Siap no telefon rumah lagi. Rasa macam  nak gelak golek golek tapi tahan je. Tapi betul jugak dah tulis bill payment. Maybe dia ingat boleh. Jahat tau sape gelakkan dia. Ada sekali ni jugak confident level tak berapa nak tinggi. Cakap slow gila dekat customer bil payment dia, sampai kak mun cakap aku nak bisik ke hape, terkebil kebil customer tuuu haha. Macam macam.

Belajar pakej government la, siap pergi sekolah sekolah. Jumpa pengetua kot, kecut gila perut jumpa orang atas sendiri. Tapi tu semua experience. Last last tu rasa sedih jugak nak berhenti. Sedih bukan apa sebab rindu dekat kawan kawan situ. Baru ni boss ada bukak satu lagi outlet dekat Sri Iskandar. Woot woot boleh laa nak menyemak kat sana. Tu pun kalau ada staff transfer dari Taiping. Kalau tak takde gila nye aku congok muka depan celcom padahal tak kenal sesapa.

Belajar pergi bank in duit ribu riban dekat Maybank. Dulu Maybank pun aku tak tau kat mana kot. Haha sekarang dah pandai, deposit cheque pun dah pandai. Sila beri tepukan gemuruh. Bukan tu je, dah pandai tukar taste jugak usha usha Chinese man. Mesti mak suka kalau dapat menantu Kpop, hik berangan jauh gila. Chinese tu kerja Digi, selang satu kedai je dengan Celcom. Mesti dia tercari cari mana budak Celcom yang selalu usha dia macam nak makan. Hihi

Macam macam sangat dah aku belajar. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sekarang nak sambung balik belajar. Dekat UiTM ni ada la masa nak taip. Kat rumah asyik mengadap tv memanjang. Laptop pun dah lama sangat tak bukak. Ni entry pasal kerja sekali harung. Malas nak buat part part. Doakan semester ni semuanya baik baik je. Aminnn~  Kalau tangan ni rajin and boring tak tau nak buat apa maybe akan ada next entry. Babai~ :*

Gambar last day kerja. Aku rasa malas sangat tu yang main sarung je tshirt kek lapis, sebab malas nak iron kemeja. 
Background tak cantik. Amek gambar lepas kedai tutup. Gambar first dengan semua. Second dengan kak fatin gojes! Tapi selalu panggil dia adik konon nak tackle abang dia haha. Yang last dengan diba and zai. Diorang praktikal. 21 Jun ni diorang habis. Mula kerja dulu aku start sembang dengan diorang sebab diorang pun baru macam aku.

First dengan kak siti ngan kak nadia. Kak siti kerja lama dah, setahun lebih dah pun. Kak nadia praktikal. Dia habis sama masa dengan last day aku. Thanks for the kitkat kak nadia. Second gambar dengan felicia shila. Awal awal dulu kawan dengan dia jugak, and macam biasa aku start banyak tanya haha. Dia india tapi layan lagu melayu, cerita melayu. Last dengan mira and shaza. Minggu last aku, baru diorang masuk. Mira tu mula mula jumpa terkejut jugak, kawan baik aku waktu darjah satu kot. Memang rasa terharu nak guling guling je haha

Ni agak special, dah lama kerja baru rasa ada chemistry dengan dia. Walaupun dia India pure tapi ok lah kawan dengan dia. Naik moto sama sama waktu ayah aku kursus. Baik sangat dia ni. Ada sekali tu bawak bekal capati and kari buatan mak, dia rasa kari tu . Dia cakap sedap and kari melayu pertama yang dia rasa. Thanks my bestfriend, Logeswari.

Ada yang takde dalam gambar ni. Kak mun, kak su, kak efa, aizul and mirul. Thanks semua for treat me well. Terharu sangat ni. Harap dapat lah jumpa lagi. I will miss u'alls :')
Last but not least. Hihi :)




Sunday, June 2, 2013

Kitten Baru dan Phone Baru


Bismillah. Rasa macam dah lama tak menaip merapu. Last entry 9 May. Lagi tiga hari cukup lahh sebulan, blog pun dah boleh kena sita. Haha saja merapu awal awal. Failed betul gua part introduction ni tauu. Rasa macam nak balik sekolah balik belajar buat karangan sungguh sungguh. Banyak gila benda nak cerita actually. Cerita tempat kerja, abang sedara kahwin, anak kucing baru, phone baru. Eh? Cerita tempat kerja konfom panjang. Boleh terkulai layu tangan gua nanti. So rasanya kita sekali kan cerita anak kucing baru dengan phone baru. Eh? Haha gedik sangat tauu.

Jap, rasa macam bosan je nak cerita pasal anak kucing ni. Gua cerita directly jelah. Gemok, satu satu nyaa kucing dalam rumah ni dah pun selamat melahirkan. Lima ekor kitten. Dalam tiga minggu lalu. So dah boleh bukak mata. Jalan jalan sikit. Pantas jugak berlari. Dan dah pandai lari kan diri dari sangkar emas buatan ayah. Serius busuk gila diorang. Hari hari kena tukar paper. Dah macam jaga anak kecik tau?

Aku tak tau kenapa gemok malas susukan anak dia. Yang dia tau lepak dalam rumah dengan kami sekeluarga. Maybe dia menyesal kawin awal. Haha and baru baru ni anak dia sorang sekor dah mati. Tak pasti kenapa. Saingan maybe. Gemok pun tak berapa lalu makan. Kurus gila gemok sekarang. Harap anak dia yang lain kuat. Kiranya rumah ni sekarang ada enam lah kucing. Gemok, empat anak dia, plus satu lagi kucing tumpang mana mai tak tau. Thats all about the kitten.

Cerita phone pulak. Hihi segan pulak kita. Kita dah ada phone kamera depan. Yang biasa jahhh. Ninetology. Tahu? Good. Anda menyokong product Malaysia! Haha macam lahh sokong sangat, ni pun sebab tak cukup bajet. Tapi ok lahh function diaa. Lebih kurang Samsung. Just dia lambat sikit jee. Camera pun 8 mp. So mau apa lagii kan. Banyak jenis Nine ni. Gua beli Insight. Guna rebate kakak. So after rebate RM500. Ok lahh tuu kan.

Dulu suka guna phone kakak bila nak tangkap gambar. Bila sendiri dah ada, rasa malas pulak nak bergambar. Tipu. Belambak dah gambar sebelum malas tu. Hihi overall aku rasa Nine ni ok jahh. Sesuai lah untuk kita kita nii. Sekarang ni sibuk layan wechat tuuu, laghaaa sungguh. Oklahh, nanti kan entry seterusnyaa pasal tempat kerja. Maybe akan ada dua tiga part. Hihi banyak gilaa nak share. Sekarang ni dah jadi penganggur, tu yang ada masa nak menaip ni. Haha kbai~  

Masih berlima lagi waktu ni. Kaler hitam putih tuu laa yang dah takde.

Anak dia kita pulak yang jaga. Belasah mau ? -..-



Thursday, May 9, 2013

My Undi Day


Orang dah habis mengundi baru sibuk sibuk nak update. Cerita sejuk woi, cerita sejuk. Macam biasa, siapa yang tak tahan dengan kesejukan ni boleh beredar dari sini. Banyak sangat dah isu isu politik sekarang. Cerita pasal PRU13 ni memang panas and tak habis habis. Sana sini semua cerita sama. Lagi lagi bila makan warung mana mana. Pumpang pumpang cerita. Especially pasal kes blackout tuu. Siap facebook facebook sekali blackout tau. Dah dah, malas nak ulas panjang. Kita pun tak tau mana pihak yang betul kan. Rumors memang bersepah sana sini. Senang cerita kita jangan terus buat kesimpulan tanpa bukti.

Sebenarnya aku tak boleh mengundi lagi pun. Tak cukup umur lagi, baru 20 tahun. Tapi tau lah serba sikit pasal politik ni. Tak boleh jadi noobs sangat kan. Kira first mengundi nanti 25 tahun lah kannn. Alahai, tuanyaaa. Masa tu harap dah kahwin. Ok, gatal. Ahad tuu, kami sefamily pergi mengundi. Sefamliy ok, padahal yang nak mengundi ayah, mak and kakak. Pagi tu aku rasa malas sangat nak ikut. My Sunday haruslah digunakan dengan qada segala tidur yang tak cukup. Tapi mak cakap tak nak masak that day. Makan luar. Paksa diri mengesot ke bilik mandi, mandi then siap siap.

Muka tak sempat nak bedak, eyeliner tak sempat nak pakai, lip balm semua tak sempat. Dalam kereta barulah touch up sikit sikit. Luar kereta sambil tunggu ayah, mak, kakak pergi mengundi baru sempat touch up banyak banyak. Lama jugak lahh tunggu kat luar tuuu, panas boleh tahan. Nasib ayah park kereta bawah pokok. Orang yang first time mengundi, kakak keluar dulu. Then the sweet couple, my parents. Dekat jari masing masing semua kaler biru.

Lepas tuu terus gerak pergi Tesco, beli barang dapur sikit. Then terus pergi melantak dekat McD. Ramai gilaa orang time ni, Smokin’ Beef jadi pilihan hati. Tak sedap sangat. Mc Chicken lagi sedap. Tak selalu sangat makan McD actually, selalunyaa Kepsi, Kepsi dan Kepsi.  Tu yang tak tau sangat mana sedap. Dah habis isi perut, pergi taiping konon nak claim duet mengundi.

Cerita ni yang panas sikit untuk entry kali ni. Beriringan dengan kakak beratur panjang nak mampus sebab nak claim duet. Kan boleh claim kalau stay area lain mengundi  area lain.  Beratur dalam pukul 2 sampai pukul 2.45. Memang lah 45 minit jee kan. Tapi dengan panasnya, berdirinyaa, lama weh lama. Tapi yang lagi panas bila tiba tiba line dah tak bergerak. And suddenly siap ada polis bagai. Polis siap dengan perisai plus helmet. Kalau kereta lalu lalang mesti ingat ada rusuhan. Ramai gila. Takut jugak time tu. Tapi aku nak tau apa yang jadi.

Rupanya ada orang yang stay taiping tapi datang claim. Memang tak lah kan. Diorang tutup tak nak bagi masuk dah. Duet habis ke apa tak tau lah kan. Last last call ayah suruh datang amik. Konon dapat lah RM100 siap dah deal dengan kakak nak 30%. Haha last last peluh je dapat. Hadoi. Tulah ceritanyaa, hiks. Dah menaip semalam. Baru nak publish sebab nak touch up sikit kasi kemas. Macam lah kemas sangat kan. Publish directly from JN Business Centre. Tempat kerja. Hihi bye and assalamualaikum.

Nampak tak yang pakai helmet merah. Polis lettew.

With youngest sister, Eton. Bajet kiut sangat kan.

Tadi youngest yang ni youngerer. Youngerer pun boleh. Do we look like twins? Do we? 





One big family. Weeehuuuu~ Complete.

       



Wednesday, May 1, 2013

Demam dan Labour Day


Baru je baik demam, demam apa tak pasti. Demam rindu tak pun demam kura. Rasanyaa demam rindu, sebab tengah rindu kaw kaw dekat sayang sayang UiTM di hatiku. Dari roommates, classmates, sekolahmates dan segala jenis mates. Eh? Hihi. Sekarang ni ada sisa sisa batuk yang tinggal. Aku tak pasti kenapa aku boleh terkena serangan demam. Aiseh, serangan pun boleh. Mungkin sebab aku suka tahan lapar.

Waktu balik dari sekolah sekolah, kerja under Celcom terus rasa sakit kepala yang amat. Yelah, perut lapar and without tenaga boleh pulak naik scooter pergi sekolah siap boncengkan orang. Tapi aku rasa sakit kepala dia lain macam woh. Rasa nak hantuk kat dinding. Alternatifnya aku baring dekat ruang solat staff. Memang dah tak tahan. Kalau aku nak jaga counter kat depan nanti semua orang takut masuk kedai sebab tengok muka ketat aku. Yelah sakit dia memang takleh cover. Time tu pulak ada customer yes. Nasib boleh handle kejap.

Officemates kita baik baik plus caring tau semuanya, siap suruh tidur. Dah nak dekat pukul 6 diorang kejutkan. Waktu tu terus hangkut barang masuk kereta. Ayah tanya jawab sikit sikit je sebab tak larat sangat. Sampai rumah naik bilik terus tidur. Sempat bukak tudung je. Style habis lah tidur pakai kemeja. Kau hado? Hiks. Siap orang hantar ubat kat bilik tau. Tapi aku malas nak layankan sangat sakit paksa diri bangun mandi turun makan. Dah tu tengok tivi terus tido. Kalau kat rumah memang tak complete hidup seorang Marliza Mazlan kalau tak tengok tivi. Serius talk.

Esok tuu badan still panas, so tak pergi kerja lah kita. Duduk rumah goyang kaki. Tapi biasalah demam kan. Sakit kepala, selsema, batuk tak datang sekali. Kali ni, sakit kepala datang dulu, selsema then batuk. Respectively. Next day, ahad memang tak kerja laa kan. Waktu tu badan still panas siap pakej hingus berjela cecah lantai. Bila dah cuti dua hari, rasa macam heavennyaa. Rasa macam malas nak kerja. Tapi kena kerja jugak lah kan. Ingat! Mission nak phone camera depan. Hewhew~

Senin kerja, selasa kerja. Rabu labour day. Hooorayy! Sebagai seorang wanita bekerjaya sekarang. Labour day sangat sangat lah berharga. Oh, poyo sangat ayat.  Boleh bangun tido lewat sikit. Yes yes. Suka sangat tau. Dulu kalau labour day buat derk je kan. macam nothing. Bukan buat derk, actually tak tau pun bila labour day nya. Yang tau kalau ayah cuti, dengan pantas, ayah jom keluar jenjalan!

Selamat Hari Pekerja yer semua! Doakan one of my wishlist berjaya. Phone camera depan. Kuno sangat bunyiknyaa kan. Okay okay. Tukar. Phone yang ada front camera. Babai~ Budak baru baik demam nak sambung tengok tivi. Assalamualaikum~

Macam dah kurus sikit. Macam jela kan. Hihi. #Camera360




Tuesday, April 23, 2013

Satu Malam Satu Hari

Lepas balik kerja untuk second day terus balik kampung. Actually memang plan nak balik kampung minggu ni. Aku yang gatal start kerja awal. It should be Isnin, tapi aku dah start Khamis lagi. Sabtu aku kerja and plan balik kampung sangkut. Then, balik kampung kejap jelah. Takdelah kampung sangat. Jenjalan dekat rumah baru sebonaunyaa.

Aku tak pasti pun sebenarnya Ahad tu cuti ke tak, tapi aku tanya some kakak dekat celcom tuu and they said cuti. Terus call mak suruh packing kan barang. Lepas balik terus gerak ipoh. Dalam pukul 6.10 petang. Dengan busuk busuk pakai kemeja naik kereta. Tertido tido dalam kereta. Tido tersengguk macam buat kerja banyak sangat. Dalam sejam lima belas minit sampai dah Chemor, rumah baru kami. Kejap je pong Taiping to Ipoh.

Masuk dalam rumah yang ala ala rumah bujang, tak complete furnished lagi. Siap mandi and solat maghrib. Then, terus tolong mak masak. Sebenarnya eton my lil sister je yang tolong. Aku dengan marini bergambo guna tab. Hiks baguskan perangai kami. Mak membebel kami tengok tivi. Jangan tiru aksi ini ok. Dah siap masak semua, solat. Dan terus melantak. Mak dah bawak semua bahan, tinggal campak dalam pot.

Hobi kami sefamily suka golek golek depan tivi lepas kenyang, malas jalan. Kalau mak suruh amik barang pun mengesot, pemalas tahap tak tau lah ceritanya. Tapi ayah ajak pergi tengok opah. Teng! Sweet tak ayah cari rumah dekat dengan rumah mak dia sendiri, syurga bawah tapak kaki ibu hoi. Dengan bermalasan siap siap lah kami. Aku sarung cardingan dengan tudung. Malas sangat. Naik kereta terus pecut pergi rumah opah. Jalan ke sana kiri kanan hutan. So macam biasa, pejam mata buat tido. Tak nak lah peghati sana sini japgi ada yang peghati balik nayaaa jaa.

Sampai terus salam cium cium opah and menyembang. Sembang yang lama kemainnyaa. Dah nak dekat pukul 12 baru gerak balik. Saja nak experience tido rumah baru, padahal boleh jee tido rumah opah kalau dah lewat. Balik tu again pejam mata buat buat tido. Malam tuu, bentang toto. Bergolek lah ramai ramai depan tivi. Kami semua nak tidur, ayah macam biasa tengok tivi sampai tivi tengok dia balik.

Pagi tuu bangun awal gila. Tak gila sangat pun, subuh macam biasa. Mengantok sesangat. Nak sambung tido tapi kena ugut tinggal kat rumah. Pagi tu breakfast sandwich, sardin tu aku masak ok. Again, sadin tu aku masak. Hikhik buat dua bekas sardin sebab satu spicy satu original. Yang spicy untuk mak den dengan eden. Kami kalau tak pedas tak boleh, macam tak adventure gitu. Letak cabai melaka kot. Ohsem kan kami anak beranak?

Dah kenyang, golek golek kejap terus siap pergi pasar. Aiceh, jenjalan je pun. Pasar Chemor. Ramai gila orang. Tengah jalan nampak bangkai anak kucing, fresh lagi. Otak dia berkecai. Dah seleper dengan jalan pun. Rasa sentap je hati, kesian dia. Kalau tikus aku ok lagi, ni kucing yang kiut miut. Sedih sedih. Lepas beli barang sikit sikit. Terus pergi jenjalan. Jenjalan cari perabot. Survey je pon. Bila dah tengok perabot semua aku dah berangan rumah sendiri nanti. Cantik sangat semuanya. Harga pun cantik. Lagi 7 tahun baru nak pindah. Kalau beli sekarang konfom kena beli lagi nanti. Sebagai student akaun aku kena manage kan perbelanjaan. Bajet sangat tau. 

Sebelum balik singgah beli lauk, balik tinggal masak nasi dengan goreng telur dadar. Eton lagi yang masak, aku sambung tidur sebab ngantok yang amat. Makan. Kenyang. Golek. Tidur. Bangun. Solat zohor. Siap. Balik. Malas nak taip dah, battery tangan dah low. *teett teett*#Kbye #Assalamualaikum

Kakak not joining us. Next time will be complete, semua ada.

Before balik, depan rumah. Semua muka excited bak hang.

                
Candid. Dah macam ombak rindu dah. Loving couple ever. Amin~
 



Friday, April 19, 2013

First Day Kerja


Semakin hari semakin rajin pulak rasanya nak mengupdate. Padahal kalau tak, sebulan dalam dua  tiga entry je. Menaip pun sebab ada isi, cakap macam entry sebelum ni berisi lah sangat. Tengok tajuk pun konfom dah tau nak cerita apa. First day kerja lah. Weeehee~ *tetiba*

Eh, ada pulak masa nak menaip semua ni? Esok tak kerja ke? Semalam kalut tido awal.

Untuk pengetahuan, esok Birthday Sultan Perak. So, mereka mereka yang berkampung dekat Perak dapat lah cuti sehari. Baru kerja sehari dah cuti. Untung badan lah kan. Ok, kita flash back cerita pagi tadi. Bangun pagi macam biasa, 6.45 pagi, lepas solat subuh terus mandi. Tergetaq jugak lah mandi tuuu sebab lama tak mandi awal sangat. Last pun waktu ada kuliah dulu. Busuk kan perangai marliza ni. Hihi then terus siap siap. Semangat gila ok. Pukul 8 dah siap. Padahal kedai bukak pukul 8.30.

Dah siap pakai kemeja biru dengan tudung hitam. Lastly, tudung kaler hitam jadi pilihan. Takot tak ikut tema celcom lah konon. Ayah hantar pergi keja naik moto, dekat laa jugak dengan rumah. Terbang terbang tudung den, nasib maintain. Sampai dalam pukul 8.15. Weh, semangat gila kan. First day macam tuu lah. Masuk dalam kedai tengok akak akak kat situ slumber je pakai tudung kaler lain lain. Orange, purple, colourful rainbow pun ada. Terasa skema kejap. Hikhik

Then akak tu bagi punch card. Dia tolong punch, first time woh ada punch card. Excited. Then duduk melangut dalam sejam sebab tak tau nak buat apa. Zero weh zero. Memang nak tolong pun tak pandai. Diorang semua buat kerja cekap. Dah biasa maybe. Ada jugak akak akak kat situ ajar basic sikit sikit. Macam bayar bill. Package yang nak promote. Jual topup. Fotostat liminate. Semua tuu lah.

Sebab actually aku apply untuk promoter seller gitu. Kira aku tak payah belajar pasal admin. Macam siap report semua tuu. Tak payah. Kena focus on pelan yang celcom jual and promotion semua tuu lah. Lepas the bos, kak liza datang *nama sama dengan kita, hihi*. Dia terang lah apa aku and kawan kawan baru yang lain kena buat. She said nak fokuskan kami on sale. Kira kena study on package. 

Pasal lunch, aku berlunchkan biskut oat. Memang sedih bunyinyaa kan, ayah pelik sebab tahan pulak perut aku. Diorang semua bawak bekal, kalau aku tau aku bawak jugak, note 50 ayah bagi tak berusik. Takde lah tahan sangat pun perut aku. Sebab sampai je rumah tanggal tudung, solat, terus senduk nasi dalam pinggan. Tak tukar baju pun. Sedap pulak tuu mak masak, ayam masak merah. Memang tak toleh kiri kanan. Lepas kenyang terus terbaring and hanyut. Bangun je terus sakit kepala. Sebab tidur sesenja kan. Mak bergurau pun buat muka serius. Rasa berdosa. Kejap ye mak, nak mandi, nanti kita gurau gurau. Lepas mandi tu ok lah sikit.

Lepas tuu mak ajak makan luar pulak, memang tak tolak lah kan. lepas solat isyak terus semangat pergi Cherry Corner. Kedai makan peberet kami sefamily. Selalu kalau pergi sana mesti aku order Tomyam, takdak laen dah. Sebab Tomyam dia kaw gila, sedap bakhang. Lepas kekenyangan barulah menaip entry ni. Hihi babai~ Itu saja untuk kali ni. Assalamualaikum. 

Senyuman senget untuk hari pertama kerja, seawal 8 pagi.
      With Mohamad busuk sebelum pergi kerja.
      Muka penyayang, hihi sepatutnya aku apply kerja nursery jaga budak. Tapi takut takut jumpa adam mukhriz. *oh bajet*



Thursday, April 18, 2013

Kerja Oh Kerja


Rasa macam bajet sangat tajuk entry kali ni. Hikhik, walaupun bajet kita teruskan. Sepatutnya waktu ni aku kena tidur dah pun, yelah esok first day start kerja. Tapi nak cerita jugak, nak jugak nak jugak *hentak kaki*. Nak tau kita kerja apa? Sila baca sampai habis tau tau. Majority student diploma konferem sekarang tengah sibuk nak cari kerja, nak cari duet poket. Yelah, duduk rumah pun bukan buat apa pun kan selain makan *eh, cakap dekat diri sendiri pulak*. Dari menggalakkan double chin menjadi triple chin baik aku cari kerja, cari duet beli phone baru. Yelah, teringin jugak amik gambar guna camera depan, kesian sungguh kan. TT^TT

Ada dua tempat yang aku tau ada vacancy. First, Big Cinema dekat Taiping Sentral tu. Ini pun  aku tau sebab bestfriend kita punya boyfriend kerja sana. Tengah finale exam dia tanya, konfom lah excited nak kerja. Kerja wayang pulak tuu, masyuuukk weh. Tapi bila dah tanya ayah. Ayah diam je, muka macam tak bagi. Then terfikir fikir, aku nak kerja apa ni. Huh. Aku tau kenapa ayah aku tak bagi kerja situ, yelah kan. Walaupun masyuk, tapi konfom kena deal dengan ramai orang, tambah tambah kat Taiping Sentral tuu ramai budak nakal. Floor atas sekali. Aku pun terfikir jugak, macam tak sesuai je dengan aku. Tak kan hari hari aku nak kerut kening buat muka garang. Kedut seribu muka den woh. Dulu time kerja dekat butik, dalam Taiping Sentral tu jugak ayah selalu tanya, ada budak budak muda masuk kedai tak? Risau sungguh dengan anak dia ni.

Tapi nasiblah mak gua ni alert, tau je kat mana mana tanda iklan kerja kosong. She said dekat celcom ada satu. Then petang tadi bergegas dengan ayah nak pergi cari kerja. Mengada tak? Mintak kerja pun nak ajak ayah. Hihi yelah kena ada support. Tapi yang masuk dalam tanya tu den sesorang okay. Terima kasih UiTM kerana mengajar saya menjadi lebih yakin *bajet again*. Orang dekat dalam tu pun semua ok. Aku isi borang, and ada seorang kakak ni approve aku kerja. On the spot. Suka tu tak yah cakap lah, first mintak dah dapat. Rasa lucky gila. Thanks jugak dekat mak. Sebab sebelum pergi tu aku mintak mak doakan, and she doakan depan pintu. Syukur sangat. Alhamdulillah~

Actually aku tak tau pun payment dia berapa. Main redah je janji dapat kerja, hihi. Start kerja pukul 8.30 pagi sampai 6 petang. Oklah kan, janji dapat tengok tb memalam. Especially drama, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Handsome gila weh Izzue Islam. Rugi tak tengok, eh jangan tengok nanti terpikat banyak pulak saingan kita. Hihi and esok kena pakai baju formal, kemeja. Nasib aku ada satu kemeja biru, tapi tak kan nak ulang yang sama sampai retired kan. Busuk sangat bunyinyaa. And now aku tak tau nak pakai tudung kaler apa. Biru ke? Maroon? Or boleh suka hati je? Trademark celcom kaler apa eh, rasanya biru jee. Hadoi, pening. Esok lah sambung fikir balik. Tidur dulu. Goodnight~ Doakan yang terbaik untuk saya :* Assalamualaikum. 

Demand nak boyfriend macam izzue, tapi muka tak berapa nak cun macam tiz. Hikhik
I  ❤ U ~ 





Monday, April 8, 2013

Review Final Examination


Assalamualaikum and hai ! Sekarang minggu final exam and tinggal last payperrr je lagi. Saja nak menaip waktu ni sebab. Emmm, sebab. Sebab dah last payperr. And lepas habis paper terus hangkut beg masuk kereta. Then sampai rumah. Bila dah sampai rumah ada tv. And bila dah ada tv tak boleh nak menaip mahupun buat kerja lain. Sebab nak bergolek depan tv layan astro yang ulang cerita berkali kali. Sebab yang berkait, dah macam sains pun. Conclusion is kena lah taip sekarang. Hikhik

Mula dengan first paper, paper economy. Macroeconomic lah kan sebab micro dah amik waktu part two dulu. Sebelum hari nak paper eco ni aku agak pulun jugak study. Bukan sebab rajin sangat pun. Tapi sebab kebijaksanaan aku yang melampau, guna study week untuk bercuti makan angin kat rumah. Dalam seminggu jugak weh makan angin, dah macam cuti raya cina pun. Ohsem tak ohsem? Paper eco boleh tahan jugak lah tough dia, tapi  rasa macam tak puas jawab. Sebab apa yang pulun study lebih sikit tak keluar. Yang part selak halai balai pulak keluar soalan lebih lebih. Tapi aku hentam kan aje janji jangan rompong tak berjawab.

Paper lepas tu paper costing. Paper ni best sikit sebab faham apa yang belajar waktu kelas. Bukan nak perasan pandai pun, tapi lecturer ni memang best gila dia ajar. Faham je dia ajar. Kelakar pulak tuu. Dia siap ajar cara nak jawab soalan. Memang full pakej lah. Buku past year untuk course ni pun dah lunyai sikit sebab banyak guna. Buku past year course lain suci murni lagi tau, macam baru fotostat. Aku kalau tak kena suruh buat memang tak lah aku nak menyelak past year tu. So, aku harap sem sem depan dapat lagi lecturer ni, Puan Naimah. Kalau aku nak cerita bestnya kelas costing ni kena buat entry baru dah sebab panjang berjela dah, hihi. Balik dengan final exam untuk costing. Alhamdulillah semua ok walaupun sangkut kejap dekat process costing.

Third paper, computerized apa ntah. Orang panggil ais je sebab kod dia AIS. Macam computer in accounting lah senang cerita. Kena belajar MYOB dengan EXCEL. Yang computer ni memang aku lemah. Aku takdelah kuno sangat tak pandai kena guna computer. Tapi yang kena hafal menghafal ni memang aku lemah. No telefon family aku pun aku tak ingat kecuali mak ayah. Birthday kawan pun aku ingat bulan je. Jalan dekat taiping tu pun aku boleh sesat. Ni nak suruh aku hafal step bagai ni semua. Memang tak lah kan. Tapi aku paksa kan jugak diri hafal sikit sikit. Rasa macam nak menangis sedu sedu je hafal benda ni semua. Errgghhh! Yang paling geram sekali soalan final yang keluar tuuu. Haih, rasa macam nak makan je kertas soalan dia. Apa yang aku hafal tak keluar. Selalu tak bernasib baik tau *tskkk tskkk*. And lagi sedih bila tau carry mark ais aku ciput je. Macam tak cukup je nak menampung total. Harap ok lah, Aminnn~

And untuk last payperrr ni aku tak dapat nak agak macam mana. Tak dapat nak mengagak sebab tak study apa pun lagi. Yelah kan, gap seminggu. Lekluuuu, sapkokluuuu. Sekarang ni pun otak aku tengah kosoonnggg kosooonggg~ Ok stop. Ini paper, main course punya paper tau. So jangan nak relax sangat siap melepak bilik orang siap layan ABPBH. To jantung pisang saya, Iqram Dinzly, awak sentiasa maintain handsome. Kena sambung study, babai ~ *Mr. Right cepatlah datang, penat kita tungguuu*

Calculator comel yang sentiasa bersama saya :*

Study costing. *oh bajet*

Disebabkan awak panjang sangat, saya terpaksa patahkan awak wahai encik pembaris.
Macroeconomics. With Puan Ayu yang gojes!

Costing Puan Naimah yang ohsem mosem! 

Last payperrr : 13 April 2013 *hai hai Taiping!*

Sunday, March 10, 2013

Dinner


Seperti yang dijanjikan, entry dinner kini akan aku usulkan. Ayat yang semakin power hari demi hari. Hihi. Actually minggu ni i busy gila tau , tapi i cari jugak masa nak tapi benda ni. Cerita panas kena update panas panas kan. Kalau dah lama lama, jadi cerita sejuk . Tak best. Apa yang panas pasal dinner tu pun aku tak tau. Hahaha *ayat bajet kontrobasi*

Ok tak intro aku kali ni? Hihi *tunduk muka*.Cerita ni ada ada relate dengan entry sebelum ni, so sila tekan older post kalau tak faham, kalau tak faham lagi boleh tanya. Perlu ke nak faham cerita ni? Errrr, tak perlu, tak ada kena mengena dengan final pun. Ok, continue cerita yang agak suam suam kuku ni.

Lepas aku balik dari GM beli tudung dinner terus try try dekat baju, match ke tak. Padahal baju aku kaler grey je pun, konfom match. Hihi. Farah sibuk make up syiren, aku diarahkan untuk mandi sebab dia nak make up aku pulak lepas tu, tanpa melawan aku turutkan. Lepas aku, noren pulak. Agak menjadi jugak make up nye lepas beberapa kali tengok video kat Youtube. Hihi.

Cerita yang semakin sejuk, sebab aku baru nak update cerita minggu lepas, ahhh sejuknya cerita ni. Bagi mereka yang tak tahan dengan kesejukan ini boleh  beredar. Dah berapa kali ntah aku draf kan enty ni. Terok bebenor busynyee. Kann. Dengan presentation, quiz, assignment. Tak menang tangan tau. Minggu ni penuh dengan test pulak. Lagi dua minggu je kuliah, seminggu study week then finale. Kecut perut je rasa cakap pasal final, hadoi, wish me luck !

 Actually, macam macam jadi sepanjang malam tu, kitorang sampai lambat sebab silap bajet masa, dengan silap jalan, dengan farah jadi emcee. Memang riuh gila on the way nak sampai Hotel Tower Regency. Memang gila ! Sori, I tak banyak masa ni, banyak benda kena settle ni, so tibalah sesi tayangan gambar.  Hihi J

The event, grand tak? Bollywood tuuu.
Kesayangan saya, semua cantik !
Namaste hey!

With syiren, yang kanan sekali, naik kereta dia lah malam tuu. 

From the left, farah, mia, aku and noren. Sila rank. Hihi

With aisam, muka garang tapi still sopan, kan kan? *muntah*

Tadi kesayangan kan, sekarang manja manja saya. Eh, manja tu nickname noren. Hihi

Bertali di kepala, trademark kami. Mohon jangan jelly.

Tengah tu mata tipu, jangan tertipu. Hihi *macam pantun*

With classmates kesayangan. Semua cantik cantik, tetiba terbuat muka ganas. Hee *peace*

With some classmates, and noren yang tinggi lampai. Ketinggian palsu. Hahaha
Ada orang tu cakap, orang tu la cakap kan, malam dinner tu muka aku ada dua pesyen je, satu muka ganas and satu lagi muka gatai. Jahat kan orang tu. Prefer yang mana? Hahaha   *orang tu noren*

Banyak sesangat lagi gambar sebenarnya, tapi takut ada yang termuntah pulak nanti. Semua ni guna camera mia, cantek je kan. Dengan power of make up, power of camera, nampak berseri seri sikit kami semua. Ayat mintak kaki. Make up by farah, dia make up ok, tak tebal sangat. Tapi ada yang ingat kami make up dekat kedai, farah sila bukak business. Ok lah, nak sambung buat slide presentation *busy busy* #KBYE


Close