Wednesday, April 2, 2014

Planning After Dip Dip Dip


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah tiga paper berlalu. Sekarang tinggal dua paper lagi. Dengan gap paper yang agak panjang, kita chillax lah dulu kan. Kita update blog, kita scroll timeline twitter, kita menyembang sampai ke pagi, kita tidur ikut suka hati, kita layan movie sampai lebam. Tengok cerita frozen berkali kali. Kalau aku yg dewasa ni pun ulang puluh puluh kali. Agak agak budak budak ulang ratus ratusan kali ke macam mana. Do you want to build a snowman?

Ok. Berbalik kepada tajuk. Actually nak cerita pasal planning lepas diploma. Sebenarnya rasa excited lah nak habis ni. Aku rasa bukan aku sorang je kot rasa macam tu. Kannn. Sebab macam macam benda dah aku plan dalam kepala otak aku yang memory dia sudah kaler merah ni. Full memory maksudnya. Kalau ilmu ni boleh transfer dah lama aku transfer dekat adik adik part five sem ni.

Kadang kadang bila study kita mesti terniat yang study untuk ambil periksa kan. Sedangkan kita sepatutnya niat akan guna ilmu tu sepanjang hidup. Sebab tu kalau kita nak refresh benda yang kita pernah belajar tu lambat. Tapi aku sendiri pun terniat macam tu. Kalau kita celup jari dalam air laut, banyak tu je ilmu kita berbanding ilmu yang ada dekat dunia ni. Allah hu~

First planning, nak daftar kursus menjahit. Disebabkan upah menjahit sekarang mahal plus demand yang tinggi. Ni dikira opportunity laa kan. Lagipun, minat lah jugak nak menjahit ni. Tapi more tu manik manik lah. Takpun belajar je dengan mak sendiri. Dari kecik sampai umur 20 tahun 8 bulan ni, boleh kira berapa helai je baju kurung yang beli. Yang lain supermom yang buat. Kalau nak cerita pasal my mom dekat sini memang tak sempat cerita pasal planning.

Second planning, nak kerja. Ni konfem lah kan, dari duduk sesaja kat rumah tu baik kerja. Tapi itulah, kalau takde kelas menjahit tu lah. Kira macam option kedua gitu. Tapi kalau boleh nak kerja kena mengena dengan akaun. Baru boleh praktikalkan apa yang dah dibelajar, kan kan.

Third planning, nak belajar memasak. Sebenarnya nak taip memasak ni gigil gigil jugak. Sebab kalau aku tak masak kat rumah. Konfem kakak atau adik adik aku akan baca entry ni dekat aku. Hey you! Ini planning ok. Bukan surat aku janji. Rasa macam buang tabiat je tiba tiba nak belajar masak kan. Masuk dapur tu biasa je, tapi selalu jadi assistant mak je. So, lepas ni no more assistant, but chef utama gitu. I want to learn all of the resepi. All the ilmu memasak from emak.

Lastly, nak jual flower crown secara online. Sebelum ni memang jual pun. Tapi untuk orang orang terdekat je. So after this, I nak buat satu IG khas. So, kalau nak postage ke mana mana pun boleh. Harga tak dapat nak fixed kan lagi. Later on I will make an entry untuk my business ni okay. Sebenarnya, yang business flower crown ni paling semangat. Sebab I suka Art walaupun tak pandai nak melukis sangat.

Setakat ni, itu jelah planning nya. Ada lagi dua paper. Accounting dengan taxation. Tapi dah siap to do list bagai. Harap segalanya yang berlaku dalam hidup aku berjalan dengan lancar. Jauhkan aku dari musibah yang berat Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu musibah adalah ujian kehidupan. InsyaAllah. Got to go. Assalamualaikum.

 Some of the flower crown I made. Have a look :)







Monday, March 10, 2014

BLOG PALING SMART


Walaupun petang ni ada discussion untuk last presentation. I’olls tetap nak join contest Cik Aish. Sacrificing my tido time. Wuuuu~ Firstly, congrats akak for the beautiful Irine Humaira. Entry tak boleh membebel banyak sangat kan. So nak cerita pasal apa ni pun tak tau. Pengalaman mengedit blog eh. Selalunya edit blog guna guideline dari some blogger. One of the favourite tutorial blog is by Lyssa Secret. Tapi dah lama tinggal pun, takde masa terluang nak edit edit. So, blog I’olls biasa biasa jewww. And of kos, kaler pink pink sikit, kasik nampak girlish gitu. Sebagai full time student. Layout blog simple sesangat tapi SMART okeh, SMART! *taknak kalah* Kikiki J


I want to try the shaklee, set penjagaan kulit tuwww. Nak menang, nak menang. *hentak kaki*. GTG, babai :)



DINNER & MPG (Diploma In Accountancy)


For a long time, I tak update. Seriously busy gila sekarang ni. Semua kerja nak kena submit. Test, quiz, presentation bagai. Serabut kepala. Siapa yg uitm dihatiku tu tahu lah kannn. And diam tak diam, tinggal sebulan je lagi dekat uitm ni. Lepas tu berambuslah aku ke tempat asalku, Taiping. Rasa sedih tu ada lah kan, tak sabar nak habis pun ada. Sekarang ni tinggal presentation entrepreneur, lepas tu test dengan quiz. Then, final examination.

Kebetulan ni sem last, kena lah buat betul betulkan. Semoga aku lepas semua paper dengan jayanya. Aminnn~ 24 March ni first payyper. Ya Allah, mudahkan lah urusanku. Aku harap semuanya berjalan lancar. Actually nak cerita pasal dinner. Biasa la tu, intro selalu lari dengan tajuk. Paham paham jelahh kan. Hiksss

Dinner & Malam Pra Graduan buat sekali. Nak sambutlah akak akak dan abang abang part6 ni. We’olls lah tu. Hihi temanya English garden gituww, rasa macam ada dress bunga bunga sikit boleh hentam pakai. Dress aku pinjam dari kakak je sebab malas nak beli. Here is the gambar


22 February actually

The food. Biasalah dekat hotel. Amik semua sikit sikit je, tak boleh hentam macam makan kenduri.

Semua wajib rasa. Yelah, makan free kan. Hihi tapi tekak aku dengan makanan hotel tak berapa nak serasi. Mungkin lebih serasi dengan kedai mamak jee. Hihihi

The pudding roti, yang ni sedap!

With some classmates. From left, aku, nurul, imah and ku mahani.

Gambar mula mula sampai. Muka bajet cool lagi. Tunggu kejap ye, tunggu kejap.

Haaa ni muka bila dah dapat makan. Budak budak hyperactive bila dapat coklat. Aku hyper bila perut kenyang. 

The Atitats : 1

The Atitats : 2

The Atitats : 3 + Nadzirah Syazwana (kawan bilik depan). Sorry noren, I tehalang muka you. Hihihi

The Atitats : 4

No caption (maluuu) :3


With noren kesayangan. (The Atitats)
Main laga laga bunga di kepala.

With mia kesayangan. (The Atitats)
Misai mu didalam hidungku.

The Atitats : 5

Marliza kesayangan. (The Atitats). Thanks to kakak for some sponsor. Hihi

So the concusion is aku nak cakap thank you untuk semua yg banyak tolong aku sepanjang diploma ni. Lebih kurang tiga tahun jugaklah kan. Firstly, thanks to Allah SWT. Then, to my parents, lecturers, classmates, roommates, sekolahmates dan segalanya lah. And especially the Atitats, yang sentiasa ada. Kau ada dikalaku suka, dikalaku duga. Setiap tangisan dan juga tertawa :’) Thanks a lot sayangs! Sorry for all of my mistakes. Gaduh kadang kadang tu biasa lah kan. Gaduh tanda sayang gitew. Terima kasih Ya Allah, kerana kenalkan aku dengan kawan yang baik. Haaa terharu la tuu kan. Our friendship will never sink, haaa gitu. Walaupun dah nak habis diploma dah pun, we will still contact each other sehinggalah ke anak cucu okay. Apa guna wechat whatsapp semua tu kan. Thanks again untuk semua. Doakan aku berjaya habis kan diploma J


Close