Mula mula start kerja aku rasa macam ahhh bosannya kerja ni.
Aku melangut tengok muka hang hang melangut tengok aku. First day memang kerja tengok orang buat
kerja. Dalam hati rasa macam, cekapnyaa diorang buat kerja. Aku rasa mesti
budak baru masuk pun rasa macam tu jugak. Rasa macam cekap je pekerja lama ni. Kerja
aku duduk atas kerusi usha kiri kanan je hari tu. Dah macam cctv pun. Nak
attend customer tak berapa pandai.
Kedai celcom ni ada dua. Satu lagi kat hujung. Aku pun tak
paham kenapa ada dua. Aku tak pernah pergi kedai lagi satu tu sampai nak dekat
seminggu kerja baru aku pandai bejalan sana sini. Bukan takat pandai dah,
kadang kadang seharian duduk dekat kedai hujung. Kedai hujung tak ramai
customer sgt sebab jauh sikit dari centre. Semua orang
kerja kat sana best. Rasa macam baik je semua, tak sombong. So tak rasa macam
sunyi je kerja.
Banyak sangat benda belajar waktu kerja ni. Ni first time
kerja time cuti, kalau tak kerja golek golek kat rumah je. First, belajar tegur
orang tanpa rasa segan silu. Orang lalu depan kedai je terus terpa, ‘Bayar bil cik?’. Ada yang senyum, ada
yang buat muka pelik and ada jugak yang buat derk macam cakap dengan angin.
Lepas sales kurang tukar trademark, tak tanya bayar bil dah. Bunyi macam ni
pulak, ‘Ye cik, cari broadband?’.
Haa macam tu lah lebih kurang cerita.
Then belajar bill payment. Ok ni ada satu cerita. Penah
sekali jaga counter ada budak datang bawak bil TM. Siap no telefon rumah lagi.
Rasa macam nak gelak golek golek tapi
tahan je. Tapi betul jugak dah tulis bill payment. Maybe dia ingat boleh. Jahat
tau sape gelakkan dia. Ada sekali ni jugak confident level tak berapa nak
tinggi. Cakap slow gila dekat customer bil payment dia, sampai kak mun cakap
aku nak bisik ke hape, terkebil kebil customer tuuu haha. Macam macam.
Belajar pakej government la, siap pergi sekolah sekolah.
Jumpa pengetua kot, kecut gila perut jumpa orang atas sendiri. Tapi tu semua
experience. Last last tu rasa sedih jugak nak berhenti. Sedih bukan apa sebab
rindu dekat kawan kawan situ. Baru ni boss ada bukak satu lagi outlet dekat Sri
Iskandar. Woot woot boleh laa nak menyemak kat sana. Tu pun kalau ada staff
transfer dari Taiping. Kalau tak takde gila nye aku congok muka depan celcom
padahal tak kenal sesapa.
Belajar pergi bank in duit ribu riban dekat Maybank. Dulu
Maybank pun aku tak tau kat mana kot. Haha sekarang dah pandai, deposit cheque
pun dah pandai. Sila beri tepukan gemuruh. Bukan tu je, dah pandai tukar taste jugak
usha usha Chinese man. Mesti mak suka kalau dapat menantu Kpop, hik berangan
jauh gila. Chinese tu kerja Digi, selang satu kedai je dengan Celcom. Mesti dia
tercari cari mana budak Celcom yang selalu usha dia macam nak makan. Hihi
Macam macam sangat dah aku belajar. Alhamdulillah semua
berjalan lancar. Sekarang nak sambung balik belajar. Dekat UiTM ni ada la masa
nak taip. Kat rumah asyik mengadap tv memanjang. Laptop pun dah lama sangat tak
bukak. Ni entry pasal kerja sekali harung. Malas nak buat part part. Doakan semester
ni semuanya baik baik je. Aminnn~ Kalau
tangan ni rajin and boring tak tau nak buat apa maybe akan ada next entry. Babai~
:*
Gambar last day kerja. Aku rasa malas sangat tu yang main sarung je tshirt kek lapis, sebab malas nak iron kemeja.
Ada yang takde dalam gambar ni. Kak mun, kak su, kak efa, aizul and mirul. Thanks semua for treat me well. Terharu sangat ni. Harap dapat lah jumpa lagi. I will miss u'alls :') |
Last but not least. Hihi :)