Monday, May 12, 2014

Diploma end (Officially)


What I’m doing now. After all the planning, malangnya aku masih tak bekerja. Jobless. Yang lain tu boleh di kira achieve lah. Tapi takde lah excellent, moderately achieve jer sebab malas. Jahit sikit, masak sikit, flowercrown sikit. Yang selebihnya tengok tb. Bukan lah pemalas nauzubillah sangat pun. Konon nak kursus menjahit, tapi yang ada nya pun nun jauh di gerik sana. Enggak mau sehh.

Sana sini resume dah di email. Isi borang lagi lah selalu. Tanya vacancy je kena isi borang, call nye idok juga. Hari demi hari aku tunggu call untuk bekerja. Duduk rumah pun bukan buat apa sangat, layan temptation of wife jer. Cerita feberet yg sedih dan menyakitkan hati. Setiap kali tengok mesti air mata berjujuran. Setakat ni dah sebaldi air mata. Tapi si Angeline tu tak berubah pun lagi. Kalau aku, dah lama dah berambus dari hidup lelaki jahat tuu. Ahhh kenapa emo sangat ni, muehehe~

Hari ni result untuk final exam itu kali, walaupun muka aku relax je malam tadi. Tapi hati aku cuak sesangat. Cuak sebab macam terfikir fikir, lepas ke aku diploma ni. Dalam hati doa lulus je semuanya. Tak mintak lebih. Malam tadi pun tidur tak tenang. Pagi tadi bangun cepat cepat terus check email dari uitm untuk result. Aku tak bagitau family aku pun, sebab aku lebih suka bagitau bila dah tau resultnya. Biar aku gabra sorang sorang sebelum tuu.

Alhamdulillah, lebih dari yg aku sangkakan. Aku ni belajar pun main main. Tapi takdelah main teruk sangat pun. Mungkin aku dan akaun takde chemistry. Walaupun aku tak pernah dekan satu sem pun, aku bersyukur aku berjaya habiskan diploma ni. Anugerah selimpang pink kaler takyah cakap lah, jauh tersasar. GPA Alhamdulillah 3+, just percaya rezeki based on Allah SWT. Bukan result.

Conclusions, thank you to all classmates, roommates, lecturers and the most thankful too my parents and family. Without them, supportive people, I don’t think I can go through this. Terima kasih sebab bagi semangat, bagi kasih sayang, bagi makanan, bagi gelak berdekah dekah dan segalanya lahh. Terima kasih sebab sentiasa ada bila diperlukan. Bila sedih, bila runsing, bila putus cinta. Hahaha thanksss ! Paling terima kasih dekat kengkawan ‘acah tak acah laaa’, sepanjang study week kita study sesama, makan sama, mandi sama. Walaupun sekejap. That most memorable. Walaupun aku hampir tergelincir Audit, nasib rezeki berpihak kepada ku. Padahal aku risaukan Taxation. Thanks a lot kawan :*

Sekarang tunggu masa nak grad je nih, tak sabar nak baling jubah. And sebelum terlupa jugak, nak mintak maaf dekat semua yang mana ada  terasa hati. Aku tak lepas dari buat silap. Dan aku sentiasa cuba untuk nak jaga hati semua orang. Tapi tu je yang terbaik aku boleh lakukan. Sorry~And satu benda lagi yang aku tak pasti sampai sekarang, if we have to choose between the person who love you and the person you love. Which person you going to choose? Hmmmmm, ntah. Kbai~



No comments:

Close