Rasa macam bajet sangat tajuk entry kali ni. Hikhik,
walaupun bajet kita teruskan. Sepatutnya waktu ni aku kena tidur dah pun, yelah
esok first day start kerja. Tapi nak
cerita jugak, nak jugak nak jugak *hentak kaki*. Nak tau kita kerja apa? Sila baca
sampai habis tau tau. Majority student diploma
konferem sekarang tengah sibuk nak cari kerja, nak cari duet poket. Yelah,
duduk rumah pun bukan buat apa pun kan selain makan *eh, cakap dekat diri sendiri pulak*. Dari menggalakkan double chin menjadi triple chin baik
aku cari kerja, cari duet beli phone
baru. Yelah, teringin jugak amik gambar guna camera depan, kesian sungguh kan. TT^TT
Ada dua tempat yang aku tau ada vacancy. First, Big Cinema dekat Taiping Sentral tu. Ini
pun aku tau sebab bestfriend kita punya
boyfriend kerja sana. Tengah finale exam dia tanya, konfom lah excited nak
kerja. Kerja wayang pulak tuu, masyuuukk
weh. Tapi bila dah tanya ayah. Ayah diam je, muka macam tak bagi. Then
terfikir fikir, aku nak kerja apa ni. Huh. Aku tau kenapa ayah aku tak bagi kerja situ, yelah kan.
Walaupun masyuk, tapi konfom kena deal dengan ramai orang, tambah tambah kat
Taiping Sentral tuu ramai budak nakal. Floor
atas sekali. Aku pun terfikir jugak, macam tak sesuai je dengan aku. Tak kan
hari hari aku nak kerut kening buat muka garang. Kedut seribu muka den woh. Dulu time kerja dekat butik, dalam Taiping Sentral tu jugak ayah selalu
tanya, ada budak budak muda masuk kedai
tak? Risau sungguh dengan anak dia ni.
Tapi nasiblah mak gua ni alert, tau je kat mana mana tanda
iklan kerja kosong. She said dekat celcom ada satu. Then petang tadi
bergegas dengan ayah nak pergi cari kerja. Mengada tak? Mintak kerja pun nak
ajak ayah. Hihi yelah kena ada support. Tapi yang masuk dalam tanya tu den
sesorang okay. Terima kasih UiTM
kerana mengajar saya menjadi lebih yakin
*bajet again*. Orang dekat dalam tu pun semua ok. Aku isi borang, and ada
seorang kakak ni approve aku kerja. On the spot. Suka tu tak yah cakap lah,
first mintak dah dapat. Rasa lucky gila. Thanks jugak dekat mak. Sebab sebelum
pergi tu aku mintak mak doakan, and she doakan depan pintu. Syukur sangat. Alhamdulillah~
Actually aku tak tau pun payment dia berapa. Main redah je janji dapat kerja, hihi. Start kerja pukul 8.30 pagi sampai 6 petang. Oklah kan, janji dapat tengok tb memalam. Especially drama, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Handsome gila weh Izzue Islam. Rugi tak tengok, eh jangan tengok nanti terpikat banyak pulak saingan kita. Hihi and esok
kena pakai baju formal, kemeja. Nasib aku ada satu kemeja biru, tapi tak kan
nak ulang yang sama sampai retired kan. Busuk
sangat bunyinyaa. And now aku tak tau nak pakai tudung kaler apa. Biru ke? Maroon?
Or boleh suka hati je? Trademark celcom kaler apa eh, rasanya biru jee. Hadoi, pening.
Esok lah sambung fikir balik. Tidur dulu. Goodnight~ Doakan yang terbaik untuk
saya :* Assalamualaikum.
Demand nak boyfriend macam izzue, tapi muka tak berapa nak cun macam tiz. Hikhik I ❤ U ~ |
1 comment:
skrg ni...kerja cri pengalaman...dr pengalaman bru org nk pndg...redah2 jugak...tp kene pilih jugak...
Post a Comment