Tuesday, April 23, 2013

Satu Malam Satu Hari

Lepas balik kerja untuk second day terus balik kampung. Actually memang plan nak balik kampung minggu ni. Aku yang gatal start kerja awal. It should be Isnin, tapi aku dah start Khamis lagi. Sabtu aku kerja and plan balik kampung sangkut. Then, balik kampung kejap jelah. Takdelah kampung sangat. Jenjalan dekat rumah baru sebonaunyaa.

Aku tak pasti pun sebenarnya Ahad tu cuti ke tak, tapi aku tanya some kakak dekat celcom tuu and they said cuti. Terus call mak suruh packing kan barang. Lepas balik terus gerak ipoh. Dalam pukul 6.10 petang. Dengan busuk busuk pakai kemeja naik kereta. Tertido tido dalam kereta. Tido tersengguk macam buat kerja banyak sangat. Dalam sejam lima belas minit sampai dah Chemor, rumah baru kami. Kejap je pong Taiping to Ipoh.

Masuk dalam rumah yang ala ala rumah bujang, tak complete furnished lagi. Siap mandi and solat maghrib. Then, terus tolong mak masak. Sebenarnya eton my lil sister je yang tolong. Aku dengan marini bergambo guna tab. Hiks baguskan perangai kami. Mak membebel kami tengok tivi. Jangan tiru aksi ini ok. Dah siap masak semua, solat. Dan terus melantak. Mak dah bawak semua bahan, tinggal campak dalam pot.

Hobi kami sefamily suka golek golek depan tivi lepas kenyang, malas jalan. Kalau mak suruh amik barang pun mengesot, pemalas tahap tak tau lah ceritanya. Tapi ayah ajak pergi tengok opah. Teng! Sweet tak ayah cari rumah dekat dengan rumah mak dia sendiri, syurga bawah tapak kaki ibu hoi. Dengan bermalasan siap siap lah kami. Aku sarung cardingan dengan tudung. Malas sangat. Naik kereta terus pecut pergi rumah opah. Jalan ke sana kiri kanan hutan. So macam biasa, pejam mata buat tido. Tak nak lah peghati sana sini japgi ada yang peghati balik nayaaa jaa.

Sampai terus salam cium cium opah and menyembang. Sembang yang lama kemainnyaa. Dah nak dekat pukul 12 baru gerak balik. Saja nak experience tido rumah baru, padahal boleh jee tido rumah opah kalau dah lewat. Balik tu again pejam mata buat buat tido. Malam tuu, bentang toto. Bergolek lah ramai ramai depan tivi. Kami semua nak tidur, ayah macam biasa tengok tivi sampai tivi tengok dia balik.

Pagi tuu bangun awal gila. Tak gila sangat pun, subuh macam biasa. Mengantok sesangat. Nak sambung tido tapi kena ugut tinggal kat rumah. Pagi tu breakfast sandwich, sardin tu aku masak ok. Again, sadin tu aku masak. Hikhik buat dua bekas sardin sebab satu spicy satu original. Yang spicy untuk mak den dengan eden. Kami kalau tak pedas tak boleh, macam tak adventure gitu. Letak cabai melaka kot. Ohsem kan kami anak beranak?

Dah kenyang, golek golek kejap terus siap pergi pasar. Aiceh, jenjalan je pun. Pasar Chemor. Ramai gila orang. Tengah jalan nampak bangkai anak kucing, fresh lagi. Otak dia berkecai. Dah seleper dengan jalan pun. Rasa sentap je hati, kesian dia. Kalau tikus aku ok lagi, ni kucing yang kiut miut. Sedih sedih. Lepas beli barang sikit sikit. Terus pergi jenjalan. Jenjalan cari perabot. Survey je pon. Bila dah tengok perabot semua aku dah berangan rumah sendiri nanti. Cantik sangat semuanya. Harga pun cantik. Lagi 7 tahun baru nak pindah. Kalau beli sekarang konfom kena beli lagi nanti. Sebagai student akaun aku kena manage kan perbelanjaan. Bajet sangat tau. 

Sebelum balik singgah beli lauk, balik tinggal masak nasi dengan goreng telur dadar. Eton lagi yang masak, aku sambung tidur sebab ngantok yang amat. Makan. Kenyang. Golek. Tidur. Bangun. Solat zohor. Siap. Balik. Malas nak taip dah, battery tangan dah low. *teett teett*#Kbye #Assalamualaikum

Kakak not joining us. Next time will be complete, semua ada.

Before balik, depan rumah. Semua muka excited bak hang.

                
Candid. Dah macam ombak rindu dah. Loving couple ever. Amin~
 



Close