Tuesday, April 14, 2015

Tanamkan Hati di Perlis

Ini bukanlah luahan perasaan. Cuma sedikit overview sepanjang berada di kampus ini. Setelah bergelar pelajar kampus Arau, Perlis. And yaaa, dah sebulan lebih tak balik rumah. Tujuh minggu weyy, tujuh mingguu. Record paling lama setakat ni. Waktu diploma paling lama tiga ke empat minggu je. Tak pun dua minggu sekali angkut beg balik Taiping. Tapi takpelah, waktu tu dekat. Kentut pun dengaq kata orang. Tapi tak dengaq sangat laa sebab sejam lebih jugak. Mungkin dengaq jugak tapi samar samar gituww. Ada ke cakap pasal kentut dekat perenggan introduction. Ish ish


Mula mula sampai, I be like. Oemji, best nyaaa arau ni. Ok tipu. Waktu tu sedih. Mata dah mula berair, hidung mula beringus cuma tak meleleh lagi. Gila. Takkan tak sedih. Nak berpisah dengan family yang dah setahun aku mengadap muka depa hari hari. Terutama mak. Sebab mak sentiasa kat rumah. Takdak kawan lain, kawan dengan mak je hari hari. Lagi lagi waktu jadi pengaggur sebelum dapat kerja KFC dengan lepas resign dari KFC. Memang lama kat rumah. Lepas sampai je kolej. Semua tolong bawak naik barang sampai bilik. Semua tu ialah sedara mara yang turut memeriahkan lagi suasana. Dua bijik kereta. Satu kereta ayah, satu lagi kereta kak pijah yang cik dengan anak anak dia naik.


Lepas settle pendaftaran, barang semua dah bawah naik bilik. Terus pergi makan. Eh kejap. Ada berita yang mengecewakan. Aku dapat katil atas, dan meja tengah. Meja yang without board dan lampu belajar. Yang ada cuma tingkap yang dilalui angin sepoi sepoi bahasa. So sadddd. Tahu tak, sepanjang diploma aku tak penah dapat katil atas. Ni bukan kira dapat ke terima ke. First come first cop. So yang datang lambat tiga empat minit ni kena terimalah pilihan terakhir ituu. Takpelah, aku redho. Padahal baru lepas potpetpotpet komplen hihihi and yahh, my roomates, seorang dari Jitra seorang lagi dari Batu Gajah. Dua dua nya kos marketing. Dan aku jadi macam lost. Nak cari budak finance, nak kenal, nak buat kawan. Maklumlah. Masuk sini bersendirian. Ada kawan waktu diploma tapi dia kos Human Resource.


Kita cerita pasal kolej. Aku rasa kolej sini lagi ohsem lah. Sebab ada rak kasut, so kasut hang takkan tersepak oleh orang sampai ke hujung koridor. Loker pun lebih gedeq(besaq) boleh simpan banyak barang. Watercooler setiap aras, kemudahan untuk orang yang duduk aras atas. Like me, aras tiga. Lenguh kaki hoih naik turun tangga. Ada bilik study dan musolla yang lengkap dengan aircond. Dan juga ada bilik tv dekat ground floor. Tv dia ada astro hokayyy. Macam macam hader. Kolej dia banyak lebihnya dari Sri Iskandar actually. And yahh kena bayar RM300+ per semester. Sangat murah berbanding nak duduk rumah sewa. Dewan makan dia pun notbad. Cuma makanan tak berapa best. Tu je. Tak banyak pilihan. Dan untuk orang yang kuat makan macam saya, ianya satu masalah besarrr.


Ok cerita pasal mall dekat arau pulak. Arau takde mall ye anak anak. Yang ada cuma mart, CMART. Cmart tu kira tempat paling besar lah untuk shopping kalau kat Arau. Tapi rasanya tak shopping sangat kot. Sebagai seorang pelajar finance. Harga semua aku teliti and yahh Cmart ni barang dia mahal. Yelah, mungkin dia rasa dia satu satu nya mart dekat situ, so dia eksyenn (action) lebihh. Dan dekat Perlis ni kan ada segala jenis tempat belajar, student pun lain lain negeri. Sebab tu harga mahal. Wehh, kami student kot! Bisik hati kecilkuu. Rasanya Taiping segalanya lagi murah. So kalau nak beli stok makanan belilah kat rumah, hangkut bawak sini. To je optimal solution dia, githuww~


Haritu jenjalan dengan classmate dan kengkawan lain pergi Kuala Perlis. Pergi makan besaq. Konon. Kat situ nak parking kereta sat sebab nak pergi makan pun dah kena caj lima ringget. Mahal. Nasib makanan dia best. Siakap tiga rasa, siakap stim, tomyam, kalian ikan masin, telur dadar, dan sotong celup tepung. Order dua set sebab kami ada lapan orang. Semua orang macam takut takut lepas tu. Takut mahal dan tak mampu bayar. Order bukan main makcik makcik ni semua. Nasib lah kena sekepala enam belas ringget. So kira mampu lagi lah. Cuma aku rasa takde apa yang best sangat pun. Aku bajet makan tepi laut dengan angin sepoi sepoi bahasa. Rupanya cuma ada kereta kuda. Spoil. Semua ni boleh dapat kat Taipingg. Sebenarnya saya rindukan Taiping. Hmmm kat Perlis jarang hujan, boleh kira berapa kali je. Dan agak panas. So kalau kulit saya macam hangus lebih dari biasa jangan tanya kenapa k


Awal awal masuk dulu rajin menangis, sebab rasa macam tak percaya sekarang kat Perlis. Dan rasa macam tak boleh survive. Sebab sesorang. Tapi Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan aku, bagi aku kawan. So sekarang tak cengeng dah. I’m 22 and I’m okay! Cepatlah berlalu dua tahun setengah. Bagilah semuanya cemerlang disini. Yess, lagi berapa hari je nak balik. Naik train. Yahh, first time naik train. Dengan kengkawan. Dah suruh ayah tunggu kepulangan anak dia kat stesen ketapi khamis ni. See u! Tashabarnyaaaa~


Throwback sikit gambar lama. Mak i miss u a lot :* Adik dah buat list makanan untuk seminggu kat rumah nanti hihi
 
Mysibling. Kakak dah nak kahwin this year. Marini going to sambung belajar. And eton masih di rumah dengan kucing kucingnya.


No comments:

Close