Friday, May 15, 2015

Kakak Engagement Day


Mencari kelapangan masa. Alhamdulillah malam ni free sikit. Kalau tak, ada test, quiz, assignment dan sebagainya. Yayyy boleh lah scroll temlen twitter @ instagram sampai pengsan. Padahal ada lagi tiga assignment tak sentuh. Grouping. Biasalah. Kalau main henfon ni, takyah cakap lah, scroll benda tu saja makan masa beberapa jam. Tengok jam pukul 8, capai henfon. Scroll dan scroll. Tengok jam balik dah pukul 9.30. Masa bukan berlari dah waktu tu. Dia marathon! Ingat dia nak tunggu hang buang masa ke? No way lah, kata masa dengan nada perli. Cuba baca buku ke, waktu lecture dalam kelas ke, waktu tu mesti rasa macam lama gila. Tapi ada jugak masa yang laju bila kita study. Tau kan bila. Bila study last minit. Waktu tu semua nak push masuk dalam kepala. Jappp. Sebenarnya nak update pasal kakak bertunang je. Aku merapu apa niii. Eh

Alhamdulillah selesai jugak majlis pertunangan kakak dengan bakal abang ipar, 2 May 2015, Sabtu haritu. Sepatutnya aku dah sampai khamis malam. Habis je kelas boleh terus berambus balik Taiping. So boleh lah tolong apa yang patut pagi Jumaat tu. Tapi biasalah Marliza, oh well, dia ingat tiket ketapi tu sentiasa tersedia untuk dia. Memang lah Arau Bandar DIraja, tapi dia bukan anak raja pun. Wehh, sebenarnya aku ingat ramai tak balik sebab kebanyakannya ada community service. Ish lupa, jumaat tu cuti pekerja, isnin lepas tu pulak cuti apa ntah. Konfemlah ramai orang awam kesana sini.

Kebetulan tiga orang kawan aku pergi cari tiket bas kat mushroom. Mushroom tu, ishh, google lah sendiri. Diorang bertiga nak pergi KL rumah kakak memasing. Yelah, cuti lama kan. Kat mushroom tu ada jual tiket bas, tiket train, tiket flight je belum. Diorang tanya pakcik tu pasal KTM pukul 7 ke Taiping. Habis, full, licin. Nasib diorang tanya. Aku dah kemas beg nak pergi naik van pergi KTM Arau dah. Nasib. Kalau tak, adalah sorang budak perempuan patah balik naik van masuk kampus dengan air mata berjujuran. Sadisss. Jadi terpaksalah aku mereput depan laptop layan movie untuk tunggu hari esok pukul 7. Jadi tak kesampaian lah niat aku nak tolong menolong Jumaat tu.

Jumaat pukul 12 lebih selamat sampai Taiping. Alhamdulillah. Turun train terus pergi kat kereta ayah. Dekat je KTM Taiping dengan rumah. So senang jelah. Pukul 12 ayah dah tunggu situ. Selalunya mak ada sekali, sebab mak selalu cakap, takkan mak nak tinggal darling mak sesorang. Hahaha dalam kereta dah soal siasat ayah siapa yang ada kat rumah. Boleh tahan ramai. Tu baru separuh. Dah ada yang kena duduk bilik tamu pusat latihan sebab tak muat. Yelah, saudara dari ipoh kedah bergabung meletop. Nasib jiran semua tidur kat rumah memasing. Eh

Malam tu tidur kat ruang tamu, katel bagi opah. Waktu sampai majority dah tidur. Mak dengan cik sibuk kupas kentang. Agak dah mak ada kerja, sebab tu dia tak ikut ayah. Mini pelamin pun dah siap, hasil tangan jiran, Cikna, boleh tahan kreatif. Atas meja penuh pinggan mangkuk nak guna esok. Segala hantaran. Setengah jam lepas tu semua tido. Aku je sibuk scroll instagram lagi hihi. Bangun pagi tu terus nyanyi lagu raya. Biasalah Marliza, mereng sikit. Tapi serius suasana macam raya weh. Meriah. Seronok. Lepas Subuh terus tolong siap siap mana patut. Baru lah nampak muka sedara mara, jiran tetangga. Sarung tudung terus keluar rumah. Tak mandi. Normal bagi Marliza. Kami buat majlis gotong royong. Tak pakai catering. Nampaklah masing masing kerah tenaga.
Menu untuk haritu, nasik putih, kurma daging, ayam goreng berempah, sayur campur, kerabu mangga, ikan bakar, ulam ulam, sambal belacan, air asam. Pukul 10 pergi tesco amik cake dekat secret recipe. Terus beli bunga tangan. Cikna yang pesan, biasalah wedding planner. Lama pulak pergi tesco sebab beli buah. Balik tu kakak tengah mekap. Lain gila muka dia. Ahh jap lagi lah tengok. Aku tak mandi lagi waktu tu. Majlis dah nak mula. Cepat cepat mandi. Mekap sendiri. Baju kurung waktu tu baru nk pilih baru nak iron. Bagus betul. Mak Kakak andam tu mekap tebal jugak. Nasib kakak padam sikit sikit. Bulu mata kalah rozita che wan hengkauu hihi

Lepas tahlil terus makan. Turun bawah rumah dah penuh. Kemah dua bijik tu pun penuh. Meriah. Nampak ayah dengan baju melayu merah. Mak dengan jubbah kelabu. Sibuk layan tetamu, jaga makanan. Tiba tiba teringat, tak sangka semua nya secepat ini. Anak anak mak ayah dah besar. Mak dengan ayah pun dah makin tua. Kami makin besar. Kakak dah nak kawin. Lepas ni sorang sorang kawin. Rasa macam baru semalam ayah bawak kami pergi Lake Garden berempat. Main setiap petang. Dulu kami susah, kereta pun takdak. Balik kampung je naik bas, takpun tumpang orang. Tapi kami bahagia. Tak pernah rasa kurang apa apa.Sekarang Alhamdulillah, ayah dah bagi kami semua keselesaan. Segala nya lebih selesa, berkat dari Allah SWT. Ayah anak yang taat ibu bapa. Tak pernah melawan cakap tok, sampai kan tok hembus nafas terakhir pun dia cari ayah. Ayah sampai sekarang tak pernah lupa ziarah pusara tok. Setiap kali pergi Ipoh, wajib ziarah tok dulu, baru pergi rumah Opah. Walaupun tok takdak dengan kami, tok sentiasa kat hati kami semua. Tok kiah dengan wan pun tak sempat tengok kakak nak menikah. Al-fatihah

Lap hingus kejap, hari pertunangan tu kami adik beradik gotong royong basuh pinggan. Sebab dah takdak orang nak uruskan. Tak sempat tengok kakak sarung cincin. Takpelah, bak kata tok mat. Harini hampa tolong, nanti majlis hampa orang tolong pulak. Haa cenggitu. So tunggu jelah majlis hujung tahun ni, bukan 12, InsyaAllah. Macam aku pulak yang bertunangkan, excited benor. Yahh, I’m happy for you kakak! Saranghae :*

  
Jantung hati kami semua :')
Berkatilah umur kedua orang tua kami Ya Allah 

Kakak with a lots of bunga here and there. Hiks




Lepas ni yang kiri tu pulak. Eh 


Semua dah besar panjang. Sorang je besar lonjong. Eh

Cikna the designer githuww~with Kaisara Iman, anak Cik.

'Jangan la kepit sayaaa,' kata si tengah.

Cik, kaisara iman, kak zura, nurul. (saudara belah kedah)
Banyak lagi gambar yang tak dapat nak bawak masuk. Ada kat cameraman. Gambar jiran tetangga yang banyak tolong. Yang sanggup datang dari jauh, luang masa sesame. Gambar sedara mara belah ipoh, kedah tu pun tak semua. Gambar saudara belah lelaki. Gambar bakal pengantin lelaki hold dulu. Tunggu bulan 12 nanti. Walaupun takde gambar, terimakasih tolong lancarkan majlis keluarga kami. Moga urusan kalian jugak dipermudahkan-Nya. InsyaAllah


No comments:

Close