Friday, April 22, 2016

Ilmiah: Kelas CTU555 (Part I)

Dah lama tak cerita pasal kelas, pasal lecturer, pasal kampus. Semester ni aku amik 6 subjek, salah satunya CTU555 (Sejarah Malaysia). Pasal subjek lain kalau ada masa akan aku ceritakan. Cuma subjek Sejarah Malaysia ni special sikit sebab banyak perkara yang dikongsikan bersama. Gituw~ Sejarah Malaysia tapi lebih kepada Melayu dan Islam. Disampaikan setiap minggu oleh Ustaz Azhar. Bukan Azhar Idrus atau Azhar Sulaiman k. Kelas setiap Rabu, jam 8 pagi sampai 10 pagi. Setiap kali habis kelas terasa rohani ni lebih terisi. Ewah. Empat kali kelas terus rasa nak kongsi cerita ni sama sama. Tapi serius Ustaz Azhar ni sangat kelakar walaupun apa dia cakap tu selamber je.

First kelas, 2 march 2016. Awal awal lagi ustaz dah bagi tazkirah. Isu perempuan zaman sekarang yang mudah terpedaya. Tambah dengan media social yang berlambak sekarang. Paling famous, wechat. Alah yang boleh ‘look around’ tu. Kenal orang sekeliling guna apps je, tak payah nak tulis tulis surat tabur bedak. Pernah ada kes, seorang perempuan nak buat report polis atas dakwaan lelaki yang baru dia kenal rogol dia. Tapi bukti tak kukuh disebabkan oleh kerelaan perempuan tu datang rumah lelaki tu. Mungkin baru kenal, nak jumpa. Tak sangka terus masuk mulut buaya. Jadi, kita perempuan jangan terlalu lurus. Ustaz pesan, perempuan sekali dia berzina kesan dia boleh terkesan sepanjang hidup, tambah kalau mengandung anak luar nikah. Lelaki ni senang, dia ‘touch and go’ je. Jadi jagalah diri anda sekalian wahai wanita wanita yang precious.

Lagi satu, tiada istilah ‘saya terlanjur’. Sepatutnya guna istilah ‘saya berzina’. Orang melayu kita terlalu menjaga bahasa, perkataan tidak boleh terlalu terlalu kasar dan mestilah berlapik. Disebabkan istilah berlapik ni lah zina dipandang ringan di mata manusia. Istilah dating. Gantikan dating dengan istilah, muqadimah zina. Supaya dia nampak lebih berat dan orang pun gerun nak buat. Ustaz pesan, ‘Boleh la balik ni awak whatsapp boyfriend awak tanya, malam ni nak muqadimah zina kat mana?’ Terkedu sekejap dengar contoh statement ustaz bagi. Islam bukan sahaja suruh kita menjauhi zina, malah jangan engkau mendekati zina. Dating tu haram, sebab dia muqadimah zina. Nampak simple kan. Lepas ni boleh ganti istilah k.

Kalau ada kawan kawan yang suka berzina, nasihatkan dia. Bagitau dia, pintu taubat sentiasa terbuka. Allah swt ni Maha Pengampun. Jangan sesekali berfikir, ‘Aku ni teruk sangat dah weh, Allah swt mesti takkan terima aku dah.’ Allah swt tu Maha Pengampun. Kita sebagai kawan sekeliling perlu bagi sokongan moral. Supaya taubatnya tu bukan sementara, tetapi kekal. Bagi orang yang pernah berzina dan dah bertaubat, jangan pulak nanti kawin macam ni…

Wife: Abang, saya ada sesuatu nak bagitau awak. Disebabkan saya percaya awak, dan awak terima saya sebagai wife awak. Saya nak terus terang. Sebelum saya jumpa awak dulu, saya pernah berzina.
Husband: Takpelah sayang. Sebenarnya abang pun nak berterus terang. Sebelum abang kenal sayang,  abang pun selalu pergi Danok.

Tak perlu. Tak perlu cerita kisah silam kita walaupun kita tulus, kita ikhlas. Mungkin sekarang masing masing cakap tak apa. Takut nanti bila dah bergaduh, mula lah keluar perkataan atau kata kata kasar. Teruskan kehidupan baru, lupakan kisah lama. Buang yang keruh ambil yang jernih ye kawan kawan. Nanti kita kongsi cerita lain pulak ok?:)




No comments:

Close