Wednesday, November 6, 2013

Random

Assalamualaikum. Dah lama giloss tak update. Sebab tahap malas nauzubillah. Rasa macam malas. Malas. Dan malas. Haaaa..gituu~ Last entry pasal raya. Bukan nya raya haji, raya puasa nu haaa. Lama kan kan, lebih kurang 3 bulan. Rekod paling lama tak mengupdate. Weeeewit~

Ekceli bukan malas sangat pun *ayat cover. Sebab terlalu sibuk dengan dunia realiti. Hihi bajett sangat. Sepanjang semester 5 memang takde entri langsung, sekeping dua pun haromm takde. Sebab balik je kelas terus tidur, pergi kelas petang, balik tu tido lagi, malam buat assignment sikit kalau ade, kalau takde ‘movieee time’, lepas tu tido balik. Haaaa lebih kurang macam tu aktiviti seharian. Selalunya setiap sem ada riadah jogging walaupun sekali dua. Tapi sem lima ni memang tak jogging. Setakat petang petang sembang depan bilik dengan kengkawan ada lerrr.

Ok, cerita pasal sekarang pulak. Sekarang tengah cuti sem. Dah separuh cuti dah pun. Cuti kali ni tak lama, sebulan lebih je. So malas  nak kerja. Tolong mak kat rumah jelah kann. Ayat tunjuk rajin tuu. Sebulan lebih ni aku habiskan dengan amik lesen kereta. Aku tengok kawan aku drive macam senang. Tapi susah jugak sebenarnya weh. Sebab tak biasakaannn. Minah rempit sejati cenggini lah. Aku yang lain ok. Tapi masalah mati enjen yg lemah tu. Aku tak tau lah kenapa kaki kekok semacam.

Sekarang dah enam haribulan, dalam 2 minggu setengah lagi nak kena balik UiTM dihatiku. Rasa malas gila. Tapi macam semangat jerrr, macam semangat jerrr, sebab last sem kan. Weehooo. Walaupun result sem 5 ni agak terok, syukur Alhamdulillah semua lepas. Doa yang terbaik untuk sem depan. Aminnn~ Alhamdulliah jugak sebab dapat kolej walaupun dah tua bangka. Dan walaupun stiker ciput waktu hantar permohonan  haritu. Rezeki kan. Syukur.

Semester depan paling neves sebab tak tau roommate dengan sape. Roommates kesayangan hamba ada yang dah habis belajor, ada yang praktikal. Tinggal lah aku. Alone. Tskkk tskkk (T_T)~ Harap dapat yang okey. Okey tu macam boleh la serasi, gosipp dan paling penting. Boleh terima aku yang suka melepak dalam bilik dengan kengkawan lepas kelass. Aminnn~

*throwbackk*

KBAI. ASSALAMUALAIKUM.
it should be wordless wednesday =='


Tuesday, August 20, 2013

Happy Raya Day


Tak tau nak setat dari mana nih. Setelah lama menghilang tidak berupdate. Lepas entry last pasal kerja terus senyap. Takde cerita pasal semester baruu, bilik baruuu, lecturer baruuu, boyfriend baruuu. Eh? Skip semua cerita tu. Nak cerita pasal raya jee nii. Raya raya raya~ Ok, sila beri perhatian.

Dah lama tak update, dah lupa nak berpenulisannn. Oh bajet sangat tau! Kalau rasa hambar tu boleh la close tab eh. Tapi jangan close dulu, banyak gambar meletopss raya ni. Hakhakhak bajet lagiii. Tak tau nak mula nyaaa. Haihhh eh, herghhhh!

Malas la nak cerita pasal baju raya, langsir raya, kueh raya, dan segala jenis raya rayaan. Kalau cerita semua ni mau lima enam kali kena scroll down. First day raya, pagi tu masih kat rumah. Yesss, masih kat rumah. Sebab malam raya tu ayahanda kesayangan kerja malam. Layan jelahh ‘Dam Dam Dum Pak Nil’, suka hati punya tajuk. Nasib ada Keknis (Hanis Zalikha), memang tak berganjak dari depan tb. Minat nau kat Keknissss. Siap mimpi dia datang raya rumah. Kalau lahhh kan.

 Lepas siap terus heading ke Kedah. Dalam pukul 12 tu dah sampai kampung. Raya khamis kan. Stay dekat rumah Long, penuh sedara mara sepupu sepapat semualah. Sampai mandi pun kena berebut. Seriussslyy. Weh, tahap kerajinan sampai sini jeee. Sesi tayang gambar. Sori. I’olls nak layan movie. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Wehiiii~ KBYE !


Our family, sayang semuaaa :*

With gojes jagus sisters. From left, kakak, eton, gua and marini. 

Againnn, with them. Sisterssss


                 


Konvoi raya with classmatess, dekat rumah zaki. Tak dapat duet raya kicap pun jadilahh kan. Thanks~

Raya ketiga, balik Taiping dari Kedah. Berjubah hitam. Dan bershawlkan tudung bawal corak amende ntah. Konon vintage gituuu. 
**Takdelah meletopss sangat pun kan. KBAI**
 
     
                
  


Sunday, June 9, 2013

First Experience Kerja


Mula mula start kerja aku rasa macam ahhh bosannya kerja ni. Aku melangut tengok muka hang hang melangut tengok aku. First day memang kerja tengok orang buat kerja. Dalam hati rasa macam, cekapnyaa diorang buat kerja. Aku rasa mesti budak baru masuk pun rasa macam tu jugak. Rasa macam cekap je pekerja lama ni. Kerja aku duduk atas kerusi usha kiri kanan je hari tu. Dah macam cctv pun. Nak attend customer tak berapa pandai.

Kedai celcom ni ada dua. Satu lagi kat hujung. Aku pun tak paham kenapa ada dua. Aku tak pernah pergi kedai lagi satu tu sampai nak dekat seminggu kerja baru aku pandai bejalan sana sini. Bukan takat pandai dah, kadang kadang seharian duduk dekat kedai hujung. Kedai hujung tak ramai customer sgt sebab jauh sikit dari centre. Semua orang kerja kat sana best. Rasa macam baik je semua, tak sombong. So tak rasa macam sunyi je kerja.

Banyak sangat benda belajar waktu kerja ni. Ni first time kerja time cuti, kalau tak kerja golek golek kat rumah je. First, belajar tegur orang tanpa rasa segan silu. Orang lalu depan kedai je terus terpa, ‘Bayar bil cik?’. Ada yang senyum, ada yang buat muka pelik and ada jugak yang buat derk macam cakap dengan angin. Lepas sales kurang tukar trademark, tak tanya bayar bil dah. Bunyi macam ni pulak, ‘Ye cik, cari broadband?’. Haa macam tu lah lebih kurang cerita.

Then belajar bill payment. Ok ni ada satu cerita. Penah sekali jaga counter ada budak datang bawak bil TM. Siap no telefon rumah lagi. Rasa macam  nak gelak golek golek tapi tahan je. Tapi betul jugak dah tulis bill payment. Maybe dia ingat boleh. Jahat tau sape gelakkan dia. Ada sekali ni jugak confident level tak berapa nak tinggi. Cakap slow gila dekat customer bil payment dia, sampai kak mun cakap aku nak bisik ke hape, terkebil kebil customer tuuu haha. Macam macam.

Belajar pakej government la, siap pergi sekolah sekolah. Jumpa pengetua kot, kecut gila perut jumpa orang atas sendiri. Tapi tu semua experience. Last last tu rasa sedih jugak nak berhenti. Sedih bukan apa sebab rindu dekat kawan kawan situ. Baru ni boss ada bukak satu lagi outlet dekat Sri Iskandar. Woot woot boleh laa nak menyemak kat sana. Tu pun kalau ada staff transfer dari Taiping. Kalau tak takde gila nye aku congok muka depan celcom padahal tak kenal sesapa.

Belajar pergi bank in duit ribu riban dekat Maybank. Dulu Maybank pun aku tak tau kat mana kot. Haha sekarang dah pandai, deposit cheque pun dah pandai. Sila beri tepukan gemuruh. Bukan tu je, dah pandai tukar taste jugak usha usha Chinese man. Mesti mak suka kalau dapat menantu Kpop, hik berangan jauh gila. Chinese tu kerja Digi, selang satu kedai je dengan Celcom. Mesti dia tercari cari mana budak Celcom yang selalu usha dia macam nak makan. Hihi

Macam macam sangat dah aku belajar. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sekarang nak sambung balik belajar. Dekat UiTM ni ada la masa nak taip. Kat rumah asyik mengadap tv memanjang. Laptop pun dah lama sangat tak bukak. Ni entry pasal kerja sekali harung. Malas nak buat part part. Doakan semester ni semuanya baik baik je. Aminnn~  Kalau tangan ni rajin and boring tak tau nak buat apa maybe akan ada next entry. Babai~ :*

Gambar last day kerja. Aku rasa malas sangat tu yang main sarung je tshirt kek lapis, sebab malas nak iron kemeja. 
Background tak cantik. Amek gambar lepas kedai tutup. Gambar first dengan semua. Second dengan kak fatin gojes! Tapi selalu panggil dia adik konon nak tackle abang dia haha. Yang last dengan diba and zai. Diorang praktikal. 21 Jun ni diorang habis. Mula kerja dulu aku start sembang dengan diorang sebab diorang pun baru macam aku.

First dengan kak siti ngan kak nadia. Kak siti kerja lama dah, setahun lebih dah pun. Kak nadia praktikal. Dia habis sama masa dengan last day aku. Thanks for the kitkat kak nadia. Second gambar dengan felicia shila. Awal awal dulu kawan dengan dia jugak, and macam biasa aku start banyak tanya haha. Dia india tapi layan lagu melayu, cerita melayu. Last dengan mira and shaza. Minggu last aku, baru diorang masuk. Mira tu mula mula jumpa terkejut jugak, kawan baik aku waktu darjah satu kot. Memang rasa terharu nak guling guling je haha

Ni agak special, dah lama kerja baru rasa ada chemistry dengan dia. Walaupun dia India pure tapi ok lah kawan dengan dia. Naik moto sama sama waktu ayah aku kursus. Baik sangat dia ni. Ada sekali tu bawak bekal capati and kari buatan mak, dia rasa kari tu . Dia cakap sedap and kari melayu pertama yang dia rasa. Thanks my bestfriend, Logeswari.

Ada yang takde dalam gambar ni. Kak mun, kak su, kak efa, aizul and mirul. Thanks semua for treat me well. Terharu sangat ni. Harap dapat lah jumpa lagi. I will miss u'alls :')
Last but not least. Hihi :)




Close