Sunday, August 26, 2012

: random :

setelah sakan beraya sana sini . lupa pulak yang kite nie student . cuti seminggu saja . finally , sampai universiti tersayang . duduk kat bilik sorang-sorang . masuk-masuk bilik tengok tak ada orang lagi pon . yeeeaaayy ! orang first datang . haha . ekceli tak seronok pon . kalau first sampai banyak keja kena buat . sapu sampah . kemas situ sini . seriously , bilik berhabuk gilaaa , macam cuti semester pulak . penat aku spray-spray ayaq kat lantai lepastu lap guna tisu . dah macam cinderella pulak . heee . sebab tak jumpa kain buruk . bila laa roomate kesayangan aku semua nak balik nie . bosan jaa . aku bukan buleh , kalau tak tau nak buat apa mula nak terlelap . hahaha . macam tak de life je , sebab tu aku suka sembang-sembang . ngeee . sape yang kenal rapat dengan aku tau laa . kaaaan . :D *senyum sampai telinga .

cuti raya nie sekali laa dengan cuti mid sem . so tak de laa cuti dah lepas nie . and dalam 3 minggu lagi jee nak study  . lepas tu finale yang sangat menggerunkan . aku dah la tak berapa nak sungguh-sungguh belajaq .  sebab tu kena aim dengan lecturer . malu kott . jika anda yang membaca ini , classmate saya . serious aku malu kena aim . aku perempuan lhaaa . :D *senyum sampai telinga lagi . aku pon tak tau apa salah aku . acece , macam baik sangat . maybe aku kurang ajar kerek . penggunaan kurang ajar tidak sesuai untuk saya yang sopan lagi santun nie . kaaaan .

nak taip apa lagi nie ek ? sementara tunggu roomate balek . nak cerita pasal raya cam bosan jeeaa . ramai yang dah cerita . raya aku sama jaa macam raya korang . pakai baju kurung jugak . takde pulak pakai sari or cheongsam . tapi aku tak dapat banyak duet raya pon . sedih kan ? aku baru 19 kot . muda lagi . heeee .
aku nak kemas barang aku lhaa . tak kemas lagi . kalau ade orang nak menolong tak pe la jugak kaaan  ? sambil-sambil menaip aku tengok line wifi . adakah sempat aku nak publish ? kadang-kadang tu jadi draft je . sebab kejap-kejap ada . kejap-kejap tak de . macam chipsmore gitu . aku bawak balik tiga balang kueh raya . tapi tiga jenis jelaa . yang lain tak sempat nak cekau . naseb ayah aku hantaq , kalau tak terbongkok-bongkok aku jalan dengan beg , kueh raya bagai dari depan pintu UiTM sri iskandar  sampai lah ke cempaka 2 yang 'dekat' sangat . -,-

eh , tadi kata nak kemas barang kann ? tapi rasa macam nak taip lagi . lama tak taip-taip kot . selalu taip assignment jee . *bajet rajen . aku konfom stat esok banyak benda nak kena rush . sebab nak dekat finale . yelaaa , kelas mesti bertindih-tindih . nak cover chapter bagai . dengan speaking test lagi . aaahhhh . tension kalau fikir semua nie . nak kawen tak de orang nak la pulak . hahahaha  . sokay laaa , jaga mak ayah aku cukop . kaaannn . nak letak tajuk apa eh entry nie ? random cukup . sebab dah merapu meraban . okeee . nie betul-betul nak pergi kemas barang . bubye . kalau aku sembang dengan orang pon empat lima kali babai , baru laa stop betul-betul . heeee :D *senyum laagi , sampai telinga .




3 comments:

アヌム said...

comel blog ni..

kekasehh awak said...

ahh. kau mar bye sekali tak cukup. 4,5,6 kali baru bye betol betol. haha

leeza said...

@ アヌム : tenkiu, tak comel mana pong :)
@ kekasehh awak : hahaha, aku memang kena bye banyak kali. heee:D

Close