Sedih dengan pemergian nyet
tak habis lagi, rasa macam tak percaya pulak yang bila balik rumah nanti tak
dapat nak main main dengan dia, tidurkan dia atas riba, kendong dia keliling
rumah macam selalu. Sedih sedih sedih. Kalau tatap gambar dia lama lama mula
rasa sentap, nangis sesorang, tapi coverlaa kan, takot orang nampak. Maluuu. ==’
Tapi life kena go on lah kan, tak kan aku nak nangis hari
hari sambil tatap gambar dia. Macam putus
cinta pulak kan. Cerita perantau ni agak panjang, tapi aku cuba pendekkan,
tau tau. Tapi kalau panjang jugak tak tau lah yee, hihi. Dari mana nak mula ni,
hadoi, aku selalu failed bab bab introduction ni tau, menci menci.
Straight to the point jelah kan, ini cerita minggu ni.
Khamis petang, lepas habis kelas FAR, kami
(aku, farah, mia, noren) berlari ala ala marathon balik ke bilik. Siap
siapkan diri and barang semua sebab bapak noren dah sampai. Bapak noren yang sampai, tapi kenapa kami nak siap, kan kan? Sebab kami nak pergi rumah dia, tidur sana. Cepat gila bapak
dia drive, kata pukul 6.30, pukul 6 dah sampai. Punctual sungguh. So, dalam
keadaan kepoh lagi kalut, kami berjalan seperti berlari. Betol ke ayat aku ni?
Hentam sajalah labu.
Noren drive dari UiTM sampai lah rumah dia, Kampung Ulu Chepor Tambahan. Bapak dia
duduk sebelah dia sambil bagi semangat untuk dia drive secara safety, ‘Go
Go Go !’, kata ayahnya abahnya. Aku, mia and farah terbongkang
dekat belakang sambil mulut kumat kamit layan lagu, macam macam lagu ada, salah
satunya, ‘untuk dia hey, untuk dia hey, untuk dia hey, untuk dia’ *berapa kali hey pun aku tak tau lah*. Siap buat gaya angkat tangan tau, jangan
main main. Hihi
Belum sempat sampai rumah, pakcik ajak berhenti makan, roti canai plus horlick
ais jadi pilihan. Waktu ni aku dah segan, awal awal lagi dah belanja makan.
Segan segan. Menguyah nguyah roti yang dicanai oleh abang mamak sambil layan cerita
Abu Dhabi, besar gila tb dekat kedai
mamak ni. Bila perut dah kenyang, bermalasanlah kami jalan pergi kereta.
Akhirnya sampai jugak rumah noren, lepas salam mak dia, abang
kak long dia, kami masuk bilik. Nak tukar baju solat Maghrib. Malam tu mak dia
masak lagi, rasa segan bertambah lagi. Tapi dah rezeki kan, bedal sajalah.
Malam tu kami tidur sama sama, berebut rebut bantal, tapi aku berjaya dapat
bantal peluk. Yes yes! Noren tidur dengan kak long dia.
Esok tu lepas subuh aku tidur balik, part ni sweet, waktu mia bangun dalam pukul 9,
aku terjaga, tapi mia cakap ‘kau tidurlah, aku keluar’. Yelah
kan, duduk rumah orang tak kan nak bangun pukul 12, lagipun noren memang tak
tidur balik lepas subuh. Mia kira wakil kami bertiga lah tuu, aku dengan farah
balas tidur dalam 20 minit extra. Hihi
Petang jumaat tu kami semua pergi main game dekat Aman Jaya, lepas tu jenjalan dekat Mydin. Best gila game dekat Aman Jaya
ni, belambak lambak game dia sampai rambang mata tak tau nak main yang mana, aku
rasa nak try semua game. Murah pulak tu, satu
token lima puluh sen. Mana nak dapat
sekarang ni kan. Rasa macam promoter pulak.
Kami jalan berlima,
eh kenapa berlima? Extra kawan baru, boipreng mia. Nak dekat dua jam jugak
dalam tempat game ni. Mana taknyee, main game menari, tembak tembak, race moto,
main drum, basketball. Game kereta aku tak nak try sebab aku tak reti, nanti
pusing setempat macam mia rugi, hihi. Oppss, sorry mia. *sambil buat muka kiut*
Actually, kami ada dinner
sabtu malam, and ada lagi barang tak habis borong. Dinner tu dekat ipoh, so
rumah noren laa jadi sasaran. Rumah mia pun dekat ipoh jugak, tapi mak dia
takde kat rumah khamis tuu. Perlu ke aku explain semua ni? Errrr tak kot, lupakan! Kami
keluar ni konon nak beli barang dinner yang tak complete lagi. Tapi takde
barang sangat pun yang kami beli. Tudung aku pun tak jumpa lagi tau. Padahal esok
tu nak dinner, bagus kan anak pakcik Mazlan
sorang ni?
Kami sampai rumah pukul 7, mia dah tak ikut sekali. Dia balik
rumah dia dekat Manjoi. Aku dengan farah tidur berdua jelah malam ni. Aku berjaya
mengongker tiga bantal. Yey yey! kejuaraan buat kali kedua. Sebab penat berjalan, aku dengan farah tertidur. Noren tak
tidur pun, padahal dia yang drive. Bangun bangun tidur mak noren pelawa makan,
malu nya. Macam tuan puteri pulak, bangun terus makan. Malu malu. Malu pun
bedal jugak, hihi. Malam tu aku dengan farah mengadap video tutorial mekap
untuk dinner. *bajet bajet*
Tadi jumaat kan? Now sabtu, aku dengan noren nak keluar cari
tudung untuk dinner malam ni. Gila kan? Last minute gila, bukan tak jumpa yang
berkenan sebelum ni. But, compare harga punya pasal. Yelah, budak akaun kan. Hihi. Farah tak ikut
sebab ada rehearsal untuk dinner, dia jadi MC
santai gitu. Rugi tau dia tak join kitorang cari tudung, kak long belanja Marry Brown, hahaha. Lastly jumpa
jugak tudung, and lastly jugak aku pakai tudung
bawal je pun.
Balik rumah, tengok kawan sekolah farah, syiren dah sampai. Nak
suruh farah mekup, cantik cantik. Kalau bagi
aku, habis lah muka dia. Cerita dinner ni aku buat post baru nanti. Sebab dah rasa panjang sangat dah ni, kan kan. Aku
ngan farah dah hangkut barang masuk kereta syiren sebab lepas dinner kami nak
ikut syiren balik rumah. Noren ngan mia balik rumah diorang.
Bukan tak best duduk rumah noren, best sangat. Tapi aku tak
nak tumpang lelama. Takut menyusahkan pulak. Minggu nia aku mengamalkan
kehidupan orang nomad, hidup pindah
randah, hihi. Waktu kat rumah syiren, aku rasa rindu dekat rumah noren.
Seriously!
Lastly, sampai jugak hari ahad. Bertolak balik dari Batu
Gajah ke UiTM. Mak su syiren hantar dalam pukul 11. Sampai je bilik unpack
barang, asing baju mana nak basuh. Agak bertimbun jugak baju yang perlu
dibasuh, and as wanita melayu terakhir,
i guna manual wash. Dah siap basuh
jemur semua, terus bukak lappy yang sudah ditinggalkan dalam loker berhari
hari. Tengok itu ini and taip entry ni. Sekarang nak tido, hahaha. Babai~
1 comment:
Niсe blog heге! Also your
sitе loads up veгу fast! What host aгe you using?
Cаn I get your affiliаte linκ to yоur host?
I wish my ωeb site loаded up аs quiсκly aѕ уours lol
Visit my page ... brown county indiana vacation rentals
Also see my site > Rentzio.com
Post a Comment