Thursday, January 31, 2013

: Rajinkan diri :


Setelah semua test dah settle. Kepala pun dah ringan, and tak payah serabut nak study. Ada jugak masa nak menaip finally. YEAH ! Waktu aku tak ada masa aku rasa macam banyak sangat idea, siap tangan rasa gatal-gatal nak menaip, but now tinggai ciput-ciput je idea nak menaip.  Hewhew *gelak twitter.  Empat hari test berturut. Memory used otak aku pon dah full. Sampai kena ‘delete some items’ kalau nak sumbat lagi ilmuan. Rasa macam ‘ahhhh, malas laa nak study’ *sambil tolak buku yang berdekatan ke tepi. Tapi bila diingatkan balik, test dalam dewan yang dijarakkan satu kaki dengan orang sebelah, orang belakang tak tau berapa kaki, dengan kehadiran manusia yang lalu lalang sambil jegilkan mata untuk memastikan tiada kes panjangkan kepala. Sangat mengerikan, padahal test je pon. Jadi aku memaksa diri aku untuk study walaupun sikit. Study sambil air mata berjujuran.

AIS, FAR, MAF and ECO is the course of tests *respectively. Mula dengan AIS, aku rasa macam banyak sangat aku gebang dalam tuu, aku rasa macam aku seorang programmer sebab aku jawab confident and smoothly sedangkan ada soalan aku tak tau and tak study pun mostly. Tapi sebab aku tak nak ada ruang jawapan yang rompong atau erti lain berlobang, aku isikan dengan kemerapuan.

Lepas tu FAR pulak, kelas FAR aku tak pernah paham apa yang puan ajar, and aku tak cuba untuk pahamkan pun, tapi disebabkan test, aku kena cuba untuk pahamkan jugak. Nasib ada kawan-kawan yang terangkan. Thanks weh!  Kalau tak kelaut lah jawapan aku. Tapi aku ada tertinggal dua transaction journal dalam test tuu, issue cost, careless gila aku, tapi target aku janji lulus and tak nak result last dalam kelas. Bagus tak target aku. Hekhek *gelak malu

MAF waktu buat latihan aku rasa ok je, macam boleh buat. Tapi bila dah buat dalam dewan yang menggerunkan tu. Aku rasa macam kalut, nervous jugak. Lagipon sebab ada hero Hindustan duduk dekat belakang. Rasa terkejut nak guling-guling kat lantai waktu tu. Tapi untuk menjaga kesopanan aku, aku teruskan menjawab dengan cool. Untuk construction aku rasa macam lari je jawapan aku. Yang proses tu aku stuck jugak. Rasa nak pusing belakang tanya, tapi takut kena baling dengan kalkulator.  Ahhhhhh, dah la, lupakan.

Untuk ECO lagi la aku merapu, kita tunggu jelah result nanti. Aku ada rompongkan ruang jawapan sebab aku tak boleh nak gebang untuk eco. Rasa nak menangis sedu-sedu lepas keluar dari dewan. Tapi disebabkan ni last payyperrr. Aku senyum sampai telinga sambil jerit, ‘YEAH, FREEDOM!’. Aku harap result tidak mengecewakan, seperti yang ditarget. Aku tak nak jadi orang last based on result. Harhar *gelak pesbuk. #KBYE


1 comment:

Liza Licha said...

dah follow. cantik la belog ni.. hehe.. nice to meet u dear

Close