Tuesday, February 19, 2013

Cameron Highlands


Habis sudah cuti tahun baru, akhirnya sempat jugak nak menaip. Kalau kat rumah idok le teman nak menaip, banyak lagi koje lain teman nak buat. Kan kan? Actually malas jugak nak menaip nii *ketuk ketuk kepala*, tapi ni sweet moment. So, nak buat kenang-kenangan gituuu. Hakhak *gelak gedik yang semakin menjadi-jadi*.

Selalunya kalau cuti panjang aku lebih banyak terperap dekat rumah, macam jeruk petai duduk dalam balang. Mak aku tengok muka aku, aku tengok muka mak aku. Macam tulah hari-hari. Mak aku tak suka sangat kalau aku balik rumah cuti-cuti aku nak keluar lepaking. Nak lepas rindu mengadap muka aku maybe. Hikhik.  Cuti kali ni berjalan sikit, sikit je pun.  Balik kampung kat Kedah and pergi Cameron. Kedah dah pernah cerita pun kan. Sekarang bagi chance dekat Cameron pulak. Tau tau.

Aku punyalah excited bila mak habaq (bagitau) yang ada trip pergi Cameron. Trip ni under tempat kerja ayah. Hari Sabtu, last day before balik uni.  Aku tak fikir panjang. Nak nak aje sambil angguk-angguk kepala lelaju. Disebabkan anak dia yang kiut miut ni teringin pergi, mak layankan aje. Tapi tak semua family members join in sebab ayah kerja and kakak ada project. So, kami berempat je yang atas gunung Sabtu tu. Kalau semua ada lagi best :’)

Ala, Cameron je pun, bajet macam makan angin dekat oversea. Puih.

Cameron tuu dah banyak kali i pergi tau, boleh jadi rumah kedua dah pun. u baru nak pergi? Hikhik
* Saje nak try quote ni. Hikhik ^,^

Biarlah aku nak excited terlebih pun, sebab ni first time tau tau. Family aku semua pernah pergi, ikut trip jugak. Tapi aku selalu ada hal time tuu. Disebabkan trip ni balik hari, kami bertolak awal. Dalam pukul tujuh setengah pagi tayar dah bergolek tinggalkan Taiping and heading to Cameron. Sejuk gilaaa naik bas pepagi. Getaq habis kaki, tangan, kepala, semualahh. Aku makan roti, minum air and terus sarung sweater ayah yang gedabak besar. Sarung je sweater, mata dah layu. Aku layankan je tidur aku sampai tersengguk kepala sini sana.

Sedang melayan mimpi, aku rasa macam ada orang cuit cuit aku. Aku buat tak tau, tapi makin lama aku rasa cuit cuit tu dah macam cubit cubit. Panas betul orang kacau tidur aku, huh! Aku paksa diri bukak mata nak cubit balik. Tapi terus tersengih sampai telinga bila dengar suara ‘Adik, bangunlah tengok ni. Kata teringin sangat nak mai. Takkan mai nak tidoq pulak.’ Aku pun renyih(senyum) sampai telinga sambil gosok gosok mata. Eh, dah sampai laaa.

Ok, dah macam karangan pun. Nak letak gambar lagi, berjela jalalah kalau camni. So, ringkasannya. Pergi ladang stoberi, bungaaan, sayuran and jenjalan kat pasar. Waktu dekat pasar tu hujan. Sejuk gilaaa, dah macam berdrama pulak bila lari dalam hujan dengan tangan penuh barang. Dekat sana tak payah pakai air cond bagai, sejuk je kat mana-mana. Matahari pun segan silu nak lalu. Waktu hujan tu mak aku cakap, ‘Agak-agak baju depa bapa lama nak kering? Mesti lambat.’ *dengan nada risau* Aku balas lah, ‘Tak yah tukar baju mak, bukan berpeluh pun’ *nampak tak busuk kat situ?* Hikhik. Waktu on the way balik pun aku tidur, tapi lagi teruk dari waktu pergi. Maybe penat kut. Alhamdulillah jugak aku tak pening, muntah waktu perjalanan tu. Sebab aku mabuk jalan jugak. Tapi nak ke pening muntah semua kalau tido mati dalam bas? Hahaha. Ok, tak lawak.

Disebabkan camera yang tak berapa nak power, semuanya perlu diedit bagi menambahkan keserian *bajet bajet*. Guna fon cikai je pong. 3.2 mp je, bila lah nak tukar fon ni. *tskkk tskk* T_T

Mula-mula sampai, excited je muka. Hahaha ^,^
Do we look like twins?*muncung mulut tak bertempat* Cantik sangat bunga koci ni. Tak pernah jumpa gedabak besar cenggini.


Muka excited tak habis lagi. =='

Bunga dengan bunga. Hewhew ;D


First time jumpa kaler biru, selalunya merah je kan. Bila sorang nak amik gambar semua nak. Fair and square.

Some of beautifulness. i suka bunga tau u. *suka suka*

Lastly, menjahanam kan buah labu orang dengan menoreh nama sendiri. Wakil semua MAR. Ok lah kan. :)
#KBYE :)



2 comments:

Iyraa Cariyno said...

jom memeriahkan segmen nie :)

http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/22th-birthday-giveaway.html

Aku Penghibur said...

wahhh seronoknye jalan2 di cameron... oklah tu kan janji dapat jalan2

Close